Saturday, 14 October 2017
HANTU TINGGI
Sahabat2 yg aku hormati semua. Seperti biasa, kali ini aku nak berkongsi satu kisah mengenai " Hantu Tinggi "...Benar tentang Hantu Tinggi atau Hantu Galah atau Orang Tinggi. Ok....mari kita kenal-kenal dulu dgn Hantu Tinggi ni.
Hantu Tinggi atau Hantu Galah adalah sejenis makhluk halus dari golongan Jin/Syaitan. Wujudnya seperti manusia tetapi tinggi sehingga kepalanya boleh mencecah awan. Selalunya, ia sering di temui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya sahaja yg kelihatan. Hantu Tinggi jarang ada orang yg memeliharanya, mereka yg diusiknya sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya berbulu panjang, selalunya terserempak pada waktu malam, tetapi hantu ini tidak berbahaya. Dia hanya mengusik sahaja.
Manusia yg bersahabat dgnnya, akan diberi bulu betisnya yg akan di bakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongangnya.
Selalunya para pemburu binatang di hutan yg berkawan dgnnya.
Cerita ini terjadi di Terengganu bulan Julai 2006, ketika itu aku masih berada di rumah Amir, keluarga angkat aku di Kampung Pasir Panjang.
Aku baru nak lelapkan mata, Amir menggerakkan aku, katanya ada orang nak berjumpa. Aaaduuuh..!! Baru nak tidur, dah ada orang nak jumpa. Aku jadi hairan lah kadang-kadang, aku bukan kenal sangat dgn orang-orang di kampung ini, macam mana mereka kenal aku. Dalam keadaan terkuap-kuap mengantuk aku membuka pintu bilik. Seorang lelaki separuh umur terkial-kial menumpang motor Honda Wave nya.
" Maaflah dik Badai, abang mengganggu...." cepat-cepat dia bersuara sebaik saja berjumpa aku.
Aku tersengih-sengih sambil terkuap-kuap. Mata aku memang sudah mengantuk walau pun baru pukul 11:00 malam. Sebabnya aku baru sampai Terengganu dari Johor Bahru, naik bas express tentunya aku penat. Sudah menjadi kelaziman aku tidur awal sedikit kerana akan bangun semula pada tengah malam lakukan sholat Tahajud, cuma aku lakukan pada malam Jumaat. Aku akan melakukan sholat Sunat Tahajud di ikuti dgn Sunat Tasbih juga.
" Maaf dik Badai.." ulangi lelaki berkenaan.
" Tak apa, silalah masuk..." aku mempelawanya.
" Tak payahlah dik Badai." sahutnya.
" Saya nak minta tolong pada adik Badai. Tok Bomoh Karim yg suruh panggil Badai." katanya.
" Rumah abang di mana... ?" tanya aku mahu memastikan.
Aku sendiri tidak kenal dgn lelaki berkenaan, kalau dia kipnap aku malam-malam buta ni aniaya lah, tetapi rasanya dia lebih tua dari aku.
" Saya Latif dari Kampong Air Sejuk, Setiu." jelasnya sambil menghulur tangan kepada aku.
" Petang tadi saya pergi ambil Tok Bomoh Karim di rumahnya. Dia ada di rumah saya, tapi dia suruh panggil adik Badai juga." dia tersengih-sengih.
Berdebar juga hati aku bila Tok Karim meminta aku datang. Tentulah perkaranya besar juga, kalau tidak masakan dia menyuruh Latif mencari aku. Mujur juga Latif dapat mencari rumah Amir disini. Kalau sekadar gangguan syaitan Tok Karim sendiri boleh menghadapinya kalau ada orang sakit diganggu syaitan. Heran juga aku selama datang ke kampong ni, mereka menganggap aku macam bomoh. Berkali-kali aku memberitahu mereka aku bukanlah bomoh. Disebabkan yg meminta aku datang itu Tok Karim sendiri, membuatkan aku serba salah. Aku tak mahu mereka menyangka aku seorang bomoh, sedangkan aku tidak tahu apa-apa mengenai ilmu bomoh. Kalau aku tak mahu datang, apa pula kata Tok Karim. Sejak aku berada di Kampong Pasir Panjang, kerapkali sangat Tok Karim meminta aku membantu dia. Ingin juga aku membantah, tetapi cepat-cepat dia mengingatkan.
" Kerja ni semua buat kerana ALLAH saja...."
Setelah bersiap-siap memakai baju, aku pun terus membonceng motorsikal Amir, Latif sendirian. Malam gelap gulita tidak ada bintang-bintang di langit. Aku sampai rumah Latif pukul 12:00 malam. Tok Karim sudah ada di situ duduk di hujung serambi. Beberapa orang jiran Latif juga ada di situ. Aku memberi salam ketika menaiki tangga rumah. Lalu bersalaman dgn mereka yg duduk di serambi.
" Terus ke hujung adik Badai, terus ke hujung..." seorang lelaki tua menyuruh aku duduk di hujung serambi dgn Tok Karim.
Kampong ini kira-kira 4 batu jauhnya dari tempat Tok Karim tinggal. Semasa aku sampai situ, mereka sudah bercerita tentang cucu pak Leman yg tengelam dalam lombong. Tok Karim memberitahu aku dan Nasir yg telah membantunya mencarikan mayat cucu pak Leman yg tengelam di dalam lombong.
Akhirnya mereka semua beralih kepada aku, bukanlah kepada Tok Karim. Aku tahu sebenarnya Tok Karim cuba mengelak-gelak di panggil orang merawat pesakit, tetapi kadang-kala serba salah juga. Tidak hairan lah mengapa bomoh-bomoh atau dukun-dukun terpaksa mengenakan bayaran kerana penat lelah mereka terpaksa berjaga hingga jauh malam. Malah ada kalanya tidak cukup tidur sekiranya dipanggil orang. Bagaimana kalau sampai pagi baru selesai kerjanya...? Tentulah esoknya menjadi letih dan mereka tidak dapat berkerja mencari rezeki nafkah hidup...? Tetapi kebanyakkan orang menuduh bomoh-bomoh itu mementingkan wang semata-mata apabila mengubat pesakit.
Macam mana kalau kami lakukan secara sukarela seperti Tok Karim ini....? Nampak macam senang saja iaitu duduk sambil berdoa. Tetapi ketika berdoa ini mestilah dgn khusuk atau konsentrasi, kadangkala terasa kepala bagaikan nak pitam kalau 'khusuk' dilakukan sampai hampir 1 jam. Inilah yg tidak difahami oleh kebanyakkan orang. Kadangkala diserang demam panas pun segera mencari bomoh, padahal penyakit demikian lebih baik dibawa ke hospital.
" Anak Latif ni hilang dari rumah." beritahu Tok Karim berpaling kepada aku.
"Jadi, itulah nak minta kau sama-sama bantu." jelasnya meleret senyum.
" Eeeeh...Tok sorang pun boleh...." ujar aku tersengih-sengih.
" Tidak....." sahutnya tegas.
" Aku tak kemampuan, sebab itulah perlu sangat kau membantu. Ini bukan kerja manusia...." dia mula serius.
" Dah report polis....? soal aku.
" Tak lagi, tapi ketua kampong dah beritahu..." sahut Latif perlahan.
" Bila hilangnya..?" aku memerhatikan Latif tersandar pada jenang pintu induk rumah.
" Hari ni tadi." jelasnya bertambah gelisah.
" Tengah hari dia membawa kambing-kambing ke tepi kebun getah nun, tau...tau...kambing aje yg balik petang tadi. Dia entah ke mana." Latif menerangkan.
Berita kehilangan anak Latif yg berumur 10 thn itu segera diberitahu kepada jiran-jiran. Biasanya petang-petang selepas balik dari sekolah, Bidin mengembala kambing di hujung kampong.
" Kakak minta adik Badai cuba-cuba lah sikit." pinta isteri Latif yg tiba-tiba muncul di pintu induk rumah. Matanya bengkak bekas menangis.
" Cubalah dik Badai, kalau mati nak tenguk juga mayatnya." dia mula terisak-isak menahan kesedihan yg menusuk.
" Hiisss....jangan cakap macam tu." Latif mendongak sambil menguis paha Kak Siti dgn sikunya.
" Tak ada apa-apa tu, boleh jadi Bidin sesat. Sabarlah sikit...." katanya macam menasihati isterinya.
Sedangkan dia sendiri pun aku lihat resah gelisa sejak datang menjemput aku tadi.
" Cubalah dik Badai." pinta Siti lagi merayu-rayu.
" Akak dah dengar fasal adik Badai di Kampong Hulu bila cucu pak Leman jatuh ke lombong. Akak harap benar dgn adik Badai ni." ujarnya tidak menghiraukan suaminya yg tersandar pada jenang pintu.
" Sabarlah kak...." aku pula meminta dia bertenang.
" Kita tenguk dulu macam mana, jangan tergopoh-gopoh. Kalau kita sudah yakin ALLAH saja memberi perlindungan dan tempat meminta pertolongan, bertenanglah." kata aku mengingatkan.
Selalunya demikianlah ibu-ibu menghadapi dugaan apabila anak-anak mereka menghadapi masalah. Mereka mudah hilang pertimbangan dan segera meminta pertolongan dari siapa saja.
" Kita tunggu dulu apa kata Tok Karim." aku menepuk bahu Tok Karim yg duduk menyandar pada dinding.
" Tak ada apa kita boleh buat, sebab budaknya tak ada disini." Tok Karim tersenyum penuh makna.
" Nak di cari tak tahu dimana, sebab pancaindera kita hanya untuk melihat benda yg nyata." ujarnya tersengih-sengih.
"Jadi macam mana ni Tok Karim. Anak saya Tok, macam mana...?"
Siti terus meraung tidak dapat menahan perasaan sebak yg menumpuk di dadanya.
Kemudian Tok Karim meminta aku melakukan 'Meraga Sukma', seperti ketika mencari cucu pak Leman lemas di dalam Lombong. Setelah berbincang dgn Tok Karim, kami setuju untuk mencari dgn cara Meraga Sukma sahaja. Seperti yg telah aku jelaskan cara pengubatan meraga sukma samalah seperti bomoh-bomoh gunakan semasa mereka "menurun", tetapi caranya saja berlainan selalunya mengunakan " Akuan " tertentu sebagai sahabat, manakala cara meraga sukma yg aku lakukan hanya satu penyerahan kepada Allah semata.
Cara memulakannya tidaklah memerlukan mantra menyeru berbagai-bagai nama, tetapi dimulai dgn :
1.) Istighfar 3x kepada ALLAH Yg Maha Pengampun.
2.) Kemudian membaca : A'UZUBILLAH HI MI NAS SYAITAN NIR ROJIM, meminta dilindungi dari syaitan.
3.) BISMILLAH HIRROHMAN NIRROHIM.
4.) Salawat kepada Rasulullah.
5.) Dan Tasbih mensucikan ke Agungan ALLAH.
6.) Baru merapal kunci ayat penembusan alam ghaib :
" Allahhu Yatawaffal Anfusahina Mau-Tihawallati Lamtamut Fii Manamiha Fayumsikullati Qodho 'Alaihalmau-Tawayursilul Ukhro Ilaa Ajalim Musammam. Inna Fii Zalika La Ayatin Liqaumin Yatafakkarun." Az Zumar : 42.
" Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir." ( QS. AZ ZUMAR 39 : 42 )
Para ahli sufi tidaklah perlu cara Meraga Sukma seperti yg aku lakukan, bagi mereka memandai merenung saja ke dalam makrifat dan mereka akan mengetahuinya. Tetapi pengajian aku belum sampai kepada tingkat ahli sufi, maka cara Meraga Sukma inilah untuk merenung secara makrifat. Itulah aku katakan amat sukar mahu menerangkannya di sini, kerana hanya orang-orang yg mengetahui saja tahu apakah yg aku gambarkan ini.
" Kau Meraga Sukma dulu dan cari di mana budak tu sekarang." bisik Tok Karim.
" Tak payah beritahu apa-apa pada Tok. Lepas tu nanti baru kita sama-sama mencari di mana dia." katanya lagi.
Aku mengangguk. Aku pun memulakan meraga sukma. Tidak lama kemudian aku merasa diri aku sudah berada di satu kawasan berpaya. Aku terus menyeberangi paya hingga sampai ke seberangnya yg dipenuhi oleh belukar rotan dan mengkuang. Puas aku memerhati sekeliling tidak ternampak pun anak lelaki abang Latif yg hilang itu. Dalam keadaan begitu aku mesti mengingatkan lorong-lorong jalan serta pedoman yg terdapat di situ untuk membolehkan orang-orang kampong mencarinya nanti. Sebab cara ni tidak dapat membawa Bidin balik ke rumah, kecuali kalau dipandu oleh Tok Karim. Kalau meraga sukma hanya untuk melihat saja, bukan untuk melepaskan dia sekiranya dikawal oleh makhluk-makhluk ghaib.
Aku menyusup di bawah duri-duri rotan itu memerhatikan kalau-kalau dia disorok di situ, tetapi tidak ada kelibatnya. Biasanya yg melarikan budak demikian ialah Orang Bunian. Tempat yg demikian lah selalunya disukai oleh Bunian. Bagaimanapun Bidin tidak di temui di situ. Dalam keadaan demikian lah aku membaca surah Wad Dhuha untuk membuka jalan supaya pandangan aku tidak di tutup oleh makhluk-makhluk ghaib. Untuk memudahkan lagi aku terus membesarkan diri hingga melangkaui pokok-pokok besar dan tinggi.
Hampir-hampir saja aku putus asa kerana tidak dapat mencari Bidin. Ketika inilah aku nampak seorang budak lelaki terselit di celah dahan pokok buah sentul. Aku camkan betul-betul memang benar itulah budak yg di cari. Dari segi akal 'logik' memang mustahil bagaimana Bidin yg baru berumur 10 thn itu boleh memanjat pokok yg bila di anggarkan lima pemeluk orang dewasa. Pokok sentul itu pula terlalu tinggi dahannya yg paling bawah sekali sama tingginya pucuk kelapa dewasa. Bayangkan lah bagaimana budak tersebut boleh sampai di celah dahan pokok sentul itu, yg aku anggarkan kira-kira lebih 30 kaki tingginya. Aku rasa kalau aku pun tak mampu untuk memanjatnya.
Setelah aku cam semua pedoman di kawasan pokok sentul itu, aku pun balik semula. Apabila aku terjaga, Latif suami isteri sudah duduk berhadapan dgn aku. Tidak sabar-sabar lagi dia mahu mengetahui sama ada aku sudah berjumpa atau belum anaknya. Beberapa kali aku menggelengkan kepala. Bagaimana pun aku terus memberitahu mereka apa yg telah aku lihat.
" Dah kau pagar tempat tu....?" tanya Tok Karim.
Aku menganggukkan kepala.
" Budak tu dia tak dapat ambil lagi." Tok Karim menghela nafas.
"Jadi, kalau mahu malam ni juga kita cari, kalau tunggu esok takut terjatuh pula budak tu. Maklumlah penjaga tak dapat masuk dekat lagi." kata Tok Karim merenung muka Latif.
" Eloklah malam ni juga kita ke situ." sahut Pak Jali, lelaki tua yg mula-mula menegur aku tatkala sampai tadi.
Dia adalah ayah Siti iaitu bapa mertua abang Latif. Rupanya dia ini seorang bomoh juga di Kampong itu. Walaupun dia seorang bomoh, tetapi tidaklah dia merasa irihati dgn usaha-usaha yg kami buat. Sebenarnya seseorang bomoh itu akan marah apabila ada orang lain mahu menunjukkan kepandaian melebihi dia. Seorang bomoh yg bertanggung jawab tidak akan menghalang orang lain melakukan sesuatu untuk menolong pesakitnya. Malah dia sendiri akan sama-sama membantu mengikut kemampuannya. Pak Jali sendiri mengakui ilmu bomoh nya tidak sampai kepada doa-doa yg mengunakan ayat-ayat Quran ini. Selama ini dia sendiri memang mengakui akan kebolehan Tok Karim.
Kira-kira 10 orang jiran ikut sama dgn Tok Karim menuju ke lokasi yg aku katakan seperti yg aku lihat tadi. Di antaranya ialah Man 'Tiger' yg biasa memanjat pokok tualang mengambil madu di hutan. Aku dan Tok Karim pun ikut sama. Malah pak Jali sendiri sanggup ikut sama. Maklumlah Bidin itu cucu kesayangannya. Pak Jali membawa lampu suluh bateri enam sambung yg di gunakan untuk menyuluh musang. Di sebabkan Man 'Tiger' yg selalu masuk ke hutan, jadi dialah yg berjalan di hadapan sekali.
Apabila masuk ke kawasan hutan aku seolah-olah hilang pedoman. Tidak dapat hendak dicari tempat yg aku lihat tadi. Mungkin keadaan malam terlalu gelap menyebabkan kami berpusing-pusing di bawa sampai ke pinggir air, tetapi paya yg dicari tidak juga jumpa.
" Kalau paya bukan di sini agaknya." Pak Jali bersuara di belakang.
" Yg aku tau kawasan paya di sebelah baruh kebun getah tadi. Nampaknya kena berpatah balik kita...." ujarnya meragui jalan yg di bawa oleh Man Tiger.
" Di situ mana ada pokok sentul." laung Man Tiger meyakinkan Pak Jali jalan yg di tuju sekarang adalah betul.
" Di situ pun tak ada belukar rotan." katanya menambah.
" Eloklah kita tenguk dulu...." sahut Pak Jali mencadangkan.
"Jangan gopoh-gopoh." Tok Karim cepat-cepat mencelah. Dalam usaha demikian tidak boleh berbantah-bantah.
" Kita tak boleh gopoh-gopoh, semuanya mesti bersabar. Ikut ke mana hala yg di ingatkan oleh Badai tu tadi." ujarnya keras sedikit.
Pak Jali tidak menyahut. Man Tiger juga diam. Mereka tidak mahu menyinggung perasaan Tok Karim. Selama ini memang Tok Karim menjadi tumpuan penduduk-penduduk kampong.
" Saya cuma agak-agakkan aje Tok." tiba-tiba Pak Jali menjelaskan dari belakang. Bimbang juga dia kalau-kalau Tok Karim tersinggung dgn sikapnya.
" Tak baik berbantah-bantah." ujar Tok Karim mengingatkan sambil berdehem-dehem.
" Dengar dulu apa cakap Badai, dia yg dapat mengagak jalannya." katanya termengah-mengah menyusur lereng bukit.
Malam semakin gelap di dalam hutan demikian. Ketika ini sudah pukul 12:50 malam. Bunyi kuang sayup-sayup di balik bukit di selang-seli bunyi ngiang-ngiang cengkerik bersahutan. Aku berhenti sejenak di atas akar kayu menungkal sambil mendongak ke atas. Melihatkan aku berhenti mereka semua pun ikut sama berhenti. Tok Karim pun sudah sampai di belakang aku.
" Nanti dulu Man...." Tok Karim memanggil apabila Man Tiger yg di depan mahu meneruskan perjalanan.
Man Tiger berpatah balik ke belakang mendapatkan aku. Perlahan-lahan aku membaca surah Wad Dhuha bagi mendapatkan semula pedoman jalan menuju ke pokok besar yg kami cari. Selepas membaca 3 kali surah Wad Dhuha aku dapat melihat dgn jelas paya di bawah lereng bukit. Paya itu tidaklah besar, tetapi cuma tanah pamah yg di tumbuhi pucuk-pucuk paku.
" Cuba ikut ke bawah ni Man." aku menunjukkan ke bawah lereng bukit.
Man Tiger terus melompat mencari jalan untuk ke seberang tanah pamah tadi. Abang Latif mengekorinya dari belakang. Manakala aku berjalan di belakang abang Latif dan di ikuti oleh Tok Karim serta Pak Jali. Jiran-jiran yg lain semuanya berjalan di belakang. Benar, sebaik saja melepasi kawasan tanah pamah itu kami menemui belukar rotan yg padat. Tidak ada lorong atau jalan mahu menembusi belukar itu. Kami terpaksa mencari jalan untuk naik ke bukit di sebelahnya.
" Bangsat....!!" aku terdengar Pak Jali merungut.
" Orang di sini nak cari pasal rupanya. Tahulah aku...! Tahulah aku..! Tahulah aku...! Adik Badai akan ajar kau. Aku bawa Badai ni untuk ajar kau....!" dia menggertap bibir.
Sebenarnya Pak Jali sudah dapat menangkap gangguan tersebut, kerana dia memang seorang bomoh.
" Dia nak merasa penangan Tok Karim dgn adik Badai dan Pak Jali, biarkan..!" gerutu Man Tiger terkial-kial mahu mencari jalan melepasi belukar rotan dan mengkuang yg padat.
"Jangan gempur dia dulu Jali..." kata Tok Karim mengingatkan.
" Kita bawa turun dulu anak Latif dan bawa balik, lepas tu baru gempur." ujar Tok Karim selanjutnya.
Dia bimbang Pak Jali tidak sabar bila menghadapi suasana demikian. Disebabkan dia bomoh tentulah dia tidak peduli apa lagi, cucunya yg di ganggu oleh makhluk-makhluk halus. Tindakan demikian boleh membahayakan orang yg sedang di ganggu oleh syaitan tersebut. Mereka sudah tidak ada semangat lagi, kerana sudah di kuasai oleh makhluk-makhluk ghaib ini. Kalau tersilap sukar untuk memulihkan semula semangatnya.
" Jgn gempur dulu Jali...!!" ulangi Tok Karim.
" Iyalah Karim...." sahut Pak Jali.
" Saya serahkan pada Tok dan adik Badai saja. Saya bantu dari belakang." jelasnya.
Puas kami berlegar-legar sampai ke kawasan berlukar bemban. Dari sanalah Man Tiger membeluk ke kanan mencari pokok besar seakan-akan pokok sentul yg aku sebutkan itu. Sebaik saja melepasi belukar bemban itu barulah kami bertemu sebatang pokok besar terpencil dari pokok-pokok yg lain.
" Tok...." Pak Jali menarik bahu Tok Karim.
Tangannya menyuluh ke atas dgn lampu picit yg di bawa tadi.
" Tu Tok, tenguk tu, tenguk." katanya bergetar menggertap bibir.
Kami semua nampak Bidin di atas pokok tersebut. Bagaimanakah cara mahu memanjat ke atas sedangkan pokok itu terpencil di situ. Kalau ada anak-anak pokok bolehlah memanjat. Manakala Bidin pula berpaut pada dahan yg di atas sekali. Bagai manakah Bidin boleh sampai ke atas pokok demikian besar...?
Sedangkan orang-orang dewasa pun tidak tahu bagaimana caranya mahu naik memanjat memandangkan pokok itu tidak dapat di peluk. Demikianlah perlakuan makhluk-makhluk ghaib yg tidak dapat kita lihat melalui pancaindera biasa, kecuali melalui makrifat. Tentulah kerja mereka yg membawa Bidin ke atas pokok tersebut.
Disebabkan kami sudah tahu bahwa Bidin berada di atas pokok yg tinggi, maka kami memang sudah membawa persedian yg cukup seperti tali dan kapak. Dgn perkakas-perkakas tersebut mudahlah Man Tiger mahu memanjatnya. Tali pun di lilitkan sekeliling pokok dan dgn ini boleh dia menakik pokok dgn kapak, sedikit demi sedikit dia naik ke atas. Timbul lagi masalah, bagaimana mahu menurunkan Bidin. Dia tidaklah pingsan atau sedar diri. Tetapi seperti orang kebingungan tidak tahu apa2 pun berlaku ke atas dirinya. Bila di panggil namanya dia menyahut. Sebaliknya kalau ditanya yg lain2 dia hanya menggeleng kepala atau mengangguk saja.
Tali yg dibawa pula tidak cukup panjang untuk membolehkan Man Tiger membawa Bidin turun. Kami semua menjadi hilang akal. Kalau silap berpaut mungkin dua2 sekali jatuh ke bumi. Akhirnya Pak Jali sudah tidak sabar lagi. Aku lihat dia menggertap bibir menahan perasaan marahnya.
" Tok, sekarang biar giliran saya pula." katanya memandang Tok Karim.
" Silakan...." sahut Tok Karim perlahan.
" Adik Badai, tadi giliran Badai. Sekarang biar giliran saya pula." Pak Jali menoleh kepada aku pula.
" Silakan Pak Jali." kata aku.
Itulah kebaikannya bila kita ramai. Mungkin salah seorang dari kita mempunyai kelebihan. Demikianlah antara aku, Pak Jali, Tok Karim dan Man Tiger ketika ini. Tok Karim dan Pak Jali memerlukan aku untuk mencari di manakah Bidin dilarikan oleh Hantu Tinggi. Tetapi untuk membawa Bidin turun dari pokok mungkin Pak Jali lebih berpengalaman dari Tok Karim, aku dan Man Tiger sendiri. Di sinilah pentingnya kami semua berpadu tenaga.
" Man...." laung Pak Jali di dalam gelap malam yg sepi itu.
Suaranya bergaung ke balik bukit.
" Man, turun dulu. Biarkan dia di situ. Turun dulu...." dia menyeru Man Tiger supaya turun.
" Turun dulu Man." Tok Karim juga memanggilnya.
" Biar Pak Jali pula naik. Jali sendiri nak naik." laungnya dari bawah.
Terpaksalah Man Tiger turun dgn hampa. Ketika ini sudah pukul 3 pagi. Bidin masih juga belum dapat dibawa turun.
" Setahu saya kawasan ini tak ada pokok sentul." keluh Man Tiger sebaik saja dia sampai ke bawah.
Hairan juga dia dari mana datangnya pokok sentul di situ. Kawasan hutan di situ semuanya sudah dalam kepala Man Tiger. Dia sudah mahir di mana selekohnya, di mana pokok petainya, di mana rotannya. Cuma dia satu-satunya yg selalu mencari madu, petai dan rotan di situ.
Sebaik saja Man Tiger sudah turun, Pak Jali terus mengelilingi pokok sentul berkenaan. Kemudian dia menampar perdunya 3 kali. Ketika ini aku membisikkan kepada Tok Karim supaya membantu Pak Jali. Kali ini aku dan Tok Karim mengambil keputusan menggempur bersama Pak Jali, kerana kami bertiga sajalah dapat berhubung antara satu sama lain. Aku dan Tok Karim memang mempunyai cara yg sama, tetapi Pak Jali berlainan sedikit.
Bagaimanapun kami dapat bekerjasama. Sementara jiran-jiran yg sama ada di situ hanya melihat kami bertiga dari mata kasar saja. Oleh itu mereka melihat hanya Pak Jali berkeliling pokok, sementara aku dan Tok Karim berdiri memejamkan mata. Pokok Sentul yg tersergam di depan kami sudah bertukar menjadi lembaga hitam yg tinggi. Pak Jali juga sudah berdiri sama tinggi dgn lembaga itu.
" Awak rupanya ye..!" jerkah Pak Jali lalu menampar muka lembaga hitam itu tiga kali."
" Awak tak tahu ke, bukankah cucu kawan yg awak larikan tu." dia bercekak pinggang mencabar lembaga hitam itu seterusnya.
Hantu Tinggi itu cuba menyiku Pak Jali, tetapi dgn pantas kakinya menyepak pada bahagian dada. Bidin masih di kepitnya di celah ketiak.
" Sekarang serahkan cucu aku..!! suara Pak Jali keras mengancam Hantu Tinggi tersebut.
" Aku tahu siapa engkau. Aku tahu asal kau jadi, Orang berburu sesat di hutan asal kau jadi. Kau keturunan Tok Jumaat asal kau jadi." bentak Pak Jali bertambah marah.
" Awak jgn cari na'as Jali...." jerkah Hantu Tinggi itu.
" Awak dapat sahabat baru, sahabat lama dah lupa. Tak mengenang budi awak ni Jali....!" katanya menyindir.
" Kawan tak perduli." sahut Pak Jali.
" Kalau awak tak serahkan cucu kawan, bertempurlah kita. Belum tentu siapa yg na'as." Pak Jali terus menyepak dagu lembaga hitam itu.
Dia tetap berkeras tidak mahu melepaskan Bidin yg di kepitnya. Seperti yg aku katakan Pak Jali mempunyai cara bomoh nya. Dia terpaksa menentang lembaga hitam setinggi 30 kaki dgn kekuatan tenaganya sendiri. Manakala aku dan Tok Karim tidak menentang dgn kekuatan, tetapi dgn ayat-ayat Quran saja.
" WALLAUANNA QURANNA SUYIRAT BIHHIL JIBALU...." aku membaca doa lalu menghembus dari jauh.
Serta merta terpancar kilat dgn petir menghujam kepala Hantu Tinggi itu. Aku lihat Tok Karim menghembus ayat :
" LANARJUMANNAKUM...." sekaligus memancar panah api menyinggahi tubuh lembaga hitam itu.
" Ampun..." teriaknya merintih.
" Belum pernah kawan jumpa ilmu macam ni tinggi. Ampun....Jali, minta sahabat baru awak tu, jangan seksa kawan macam ni. Kita bersahabat lagi Jali." ujarnya merayu-rayu meminta belas kasihan.
" Baru awak tau, siapa sahabat kawan.....!! ejek Pak Jali sambil menampar muka lembaga itu 3 kali lagi.
" Cukuplah Jali, cukuplah." rayu lembaga hitam itu lagi.
" Sekarang, serahkan cucu aku...!" bentak Pak Jali menyepak betis lembaga itu pula.
" Kalau awak nak berlawan, satu sama satu Jali..." dia mencabar Pak Jali setelah panah api tidak mengancamnya lagi.
" Awak pun kalau nak berlawan, serahkan cucu kawan dulu." sahut Pak Jali semangkin berang.
" Kalau awak berani, dgn kawan, jgn dgn cucu kawan." Pak Jali terus menyerbu menyiku rusuknya.
Lembaga hitam itu terhuyung hayang akibat disiku oleh Pak Jali. Tetapi dgn pantas dia cuba membalas dgn menampar Pak Jali. Bagaimanapun Pak Jali sempat mengelak. Sekali lagi Pak Jali menendang dada hantu tinggi berkenaan.
" Bukankah kawan dah cakap, awak tak dapat mengalahkan kawan, bangsat puaka hutan jembalang tanah." Pak Jali menggertap bibir.
" Sekarang lepaskan cucu aku.....! jerkahnya.
Aku penatlah sahabat-sahabat, jari aku dah macam kayu, keras. Aku ingat sambung esok saja lah. Boleh tak sahabat.....? Ok...Ok.. Jgn marah...Aku sambunglah...
Hantu tinggi itu mengejek dgn ketawa. Dia tetap tidak melepaskan Bidin dari keleknya. Ketika ini orang-orang yg ada di bawah pokok hanya mendengar Pak Jali berbantah-bantah dgn Bidin cucunya di atas pokok. Suara Bidin bergaung sampai ke bawah.
" Lepaskan cucu aku.....!" bentak Pak Jali lagi.
" Awak kata kuat, cubalah ambil sendiri...." lembaga hitam itu tertawa mengejek.
Kemudian aku lihat Pak Jali menerkam garang mahu merampas Bidin dari kelekan lembaga hitam itu. Mereka berkelahi menunjukkan kehandalan masing-masing. Ketika ini juga Tok Karim membacakan sesuatu doa lalu menghembuskan ke arah lembaga hitam tersebut. Sekaligus api dari segenap penjuru menyerbu ke arah hantu tinggi. Terjerit-jerit dia menahan kesakitan. Tetapi Tok Karim terus meniup ke arahnya. Aku juga membaca doa " Sumpahan Nabi Sulaiman " 3 kali dan mengulangi beberapa ayat lain bagi membantu Pak Jali yg membuat serangan.
" HAZIIHI JAHANNAMULLATI KUNTUM TU'ADUN..." aku menghembuskan ke arahnya.
Serentak dgn itu petir dan kilat memancar terkam ke kepala lembaga hitam itu.
"Jali, kau berani kerana sahabat-sahabat kau membantu." rintih lembaga itu gementar.
" Ilmu sahabat-sahabat kau terlalu tinggi. Belum pernah aku menentang ilmu yg demikian tinggi..." katanya merayu supaya tidak diserang lagi.
Bagaimanapun Tok Karim tetap tidak memperdulikan rayuan lembaga hitam ini. Memandangkan Tok Karim terus menentang, aku juga tidak berhenti dari meneruskan serangan. Aku bacakan lagi Doa Sumpahan Nabi Sulaiman 7 kali.
" ANAA SHIDU BIL A'MDILLAZDII A HO ZA HU KALAIKUM....." 7x.
Asap berkepul-kepul meliputi lembaga hitam setinggi 30 kaki itu akibat tubuhnya terbakar. Dalam keadaan demikian dapatlah Pak Jali merampas kembali Bidin dari bawah kelek lembaga itu. Sebaik saja Bidin berada dalam tangan Pak Jali, lembaga hitam itu terpelanting jauh di hembus oleh Tok Karim. Dia menjerit-jerit kesakitan ketika melayang ke udara di tiup oleh Tok Karim. Apabila keadaan pulih semula kami pun baliklah membawa Bidin yg masih dalam kebingungan. Kira-kira hampir jam 6:20 pagi, barulah kami semua sampai di rumah Latif. Terasa betul-betul mengantuk (ni bukan cooobaan tapi betul2) akibat keletihan dan tidak tidur semalaman.
Semasa dalam perjalanan balik itu, sempat Man Tiger bercerita mengenai apa yg dilihatnya. Katanya dia hairan bagaimana Pak Jali yg sudah berumur itu boleh memanjat pokok sentul yg tinggi macam naik tangga saja. Dia tidak perlu mengunakan apa-apa, seolah-olah kaki dan tangannya melekat macam 'Spiderman'. Semasa dia membawa Bidin turun dari pokok mudah saja kepadanya seperti menjijing beg galas. Inilah yg menghairankan jiran-jiran yg menyaksikan Pak Jali menyelamatkan cucunya Bidin.
" Kalau macam tu bolehlah ajak Pak Jali cari madu lebah tualang dan petai di hutan." Man Tiger mengusik.
" Bukan selalu boleh buat macam tu..." cepat-cepat Latif mencelah bila mengenangkan bapa mertuanya boleh memanjat pokok setinggi 30 kaki macam berjalan di atas tanah saja.
" Hanya masa-masa nak tunjuk mampus tak dapat." katanya menerangkan.
" Iya, ini bukan barang permainan..." Tok Karim pula bersuara keras.
"Jangan heboh-hebohkan sangat apa yg kamu lihat tadi. Kalau boleh perkara di pokok tadi, biar habis di pokok saja." dia mengingatkan supaya keanehan yg dilihat sebentar tadi tidak diceritakan kepada orang-orang kampong yg tidak ikut sama.
Padahal dari sisi batin Pak Jali tidak memanjat, dia hanya berkelahi dgn lembaga hitam itu. Tapi dari mata zahir, sebenarnya pokok itulah hantu tinggi, bukan pokok sentul.
Aku setuju dgn Tok Karim. Perkara yg berlaku ke atas Pak Jali yg dilihat boleh memanjat pokok setinggi 30 kaki seperti 'Spiderman', bukanlah satu pertunjukkan. Ianya digunakan pada masa yg darurat saja. Walaupun Bidin dapat dibawa balik tetapi keadaannya masih belum pulih. Semangatnya masih dikuasai oleh lembaga hitam yg melarikannya. Sebab itu dia masih dalam keadaan kebinggungan, tidak tahu apa yg terjadi ke atas dirinya. Di sebabkan aku tidak boleh lagi menunggu lama di rumah Latif, aku pun segera balik ke rumah Amir nak tiiiiduuur. Bayangkan bagaimana mahu bertugas kalau mata terlalu mengantuk tidak tidur semalaman. Perkara mengubati Bidin aku serahkan pada Tok Karim dan Pak Jali saja.
Sebelum aku balik, aku sedekahkan Rm10.00 kepada abang Latif sambil menyalamnya. Dia seboleh-bolehnya menolak pemberian aku. Bila aku cakap dgnnya baik-baik, dia menerimanya. Abang Latif memeluk aku erat-erat sambil menangis mengucapkan terima kasih pada aku. Lalu datang pula kak Siti isteri abang Latif pun memeluk aku. Dah aku serba salah jadinya. Aku terangkan pada mereka, bukan aku yg membantu, tetapi Tok Karim, Pak Jali dan Man Tiger yg dapat membawa anaknya Bidin pulang. Aku pun menuju ke arah Tok Karim dan Pak Jali untuk bersalam dgn mereka.
" Hari ni kau nak balik Indonesia ke Badai....? kata Tok Karim pada aku.
" Taklah Tok, mungkin seminggu dua kat rumah Amir." jawab aku.
" Haaa...bagus lah tu, nanti Tok dan Pak Jali nak jumpa kau kat rumah Amir." kata Tok Karim.
Aku pandang Pak Jali di sebelahnya, dia hanya menganguk kepala saja.
" Ini Pak Jali yg nak jumpa kau, ada hajat katanya." sambung Tok Karim lagi.
" Yalah.." kata aku ringkas.
Seperti biasa, ambil sisi positif dari cerita ini. Yg negatif jangan di ambil. Kekuatan yg tak bisa di tandingi, adalah kekuatan daripada ALLAH SWT. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa atau tingkah laku yg tak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. TOK PENJEJAK BADAI, dgn merendahkan diri memohon maaf....
TERIMA KASIH..
CARA MEMBUKA MATA BATIN DGN CEPAT.
Ini bukan untuk mencari kesaktian, ini hanya untuk membuat atau menambah kesabaran kita :
Step.1
Intinya adalah menghentikan segala khayalan yg bersarang dalam fikiran dan hati(kosong). Namun sebagaian orang mungkin sulit atau susah untuk melalui tahap ini dan jalan satu-satunya adalah latihan...latihan..latihan.
Latihan yg baik adalah pada malam hari di saat hendak tidur. Luangkan waktu 2 jam untuk meditasi/tafakur..ya 2 jam atau kurang dari itu. Mulai mengosongkan fikiran dan hati. Tolak segala macam kata, gambar, mahupun bisikan atau khayalan. Walau satu huruf, angka atau secuil gambar. Lakukan secara continue dan tambah jam latihan pada saat hendak tidur tanpa harus mengorbankan aktiviti kita pada pagi hari. Mereka yg berhasil adalah kosongnya khayalan pada fikiran dan hatinya.
Step.2 Khusus Muslim.
Walaupun step.1 nampak senang saja, justru menurut aku ini adalah tahap yg paling berat. Inilah tahap dasar ilmu kebatinan. Dgn menutup jalannya segala khayalan dalam fikiran dan hati. Otomatik akan membuka sebuah jalan atau layar baru, dan inilah mata batin.
Step.3.
ZIKIR QOLBI(maknanya dalam hati)
Bacaannya.
1) Tasbih
2) Istighfar
3) Sholawat
CARANYA :
Di bagi waktu menjadi 1/3 dalam 24 jam. Bermakna 8 jam dimulai dari ba'da Subuh.
a.) Subuh : Tasbih.
b.) Zhohor : Istighfar.
c.) Ashar : Sholawat.
d.) Magghrib : Tasbih.
e.) Ishak : Istighfar.
f.) Di tutup dgn Sholat Hajat dan Taubat, kemudian membaca Asmaul Husna :
" Yaa Latiif " 313x dan Selawat al Fatih 11x. Sebelum tidur di lanjutkan dgn membaca "Istighfar".
Tidak ada jumlah tertentu untuk pengamalamnya. Cukup di Zikir ketika senang, ketika di kerja. di jalan, di rumah.
Jangan di campurkan dgn amalan yg biasa dilakukan selepas sholat. Kerana sholat fardhu hanya untuk Allah semata-mata.
Tak usah takut, nanti akan banyak tersingkap hijab-hijab yg sebelumnya tidak pernah sahabat rasakan.
Dgn istiqomah kita mengamalnya, otomatik diri kita akan siap dgn terbukanya hijab tersebut. Inilah yg aku lakukan pertama kali berkecimpong dalam dunia ghaib.
Bagi sahabat yg sebelumnya sudah berlatih olah batin, silakan lanjutkan yg step.2. Dan tidak perlu mengikuti latihan di step.1.
Untuk terbukanya hijab pertama pada step.2 ini. Minimal sahabat akan merasakan Aura atau membaca karekter dan fikiran orang di depan kita.
Aku berbesar hati sekiranya sahabat-sahabat berhasil membuka mata batin dgn cara ini. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin..
SELAMAT BERAMAL......
TERIMA KASIH.....
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About
Popular Posts
-
MANTRA UNTUK SEMUA JENIS JUDI AGAR MENANG. TANPA SYARAT TANPA PANTANG. Assalamualaikum Wr. Wb sahabat-sahabat yang aku hormati sem...
-
TAWASSUL WALI SONGO UNTUK MENDAPATKAN ILMU ASMA'. Assalamualaikum wbt wt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dim...
-
RAJA DARI SEGALA RAJA SHOLAWAT. SHOLAWAT AL FATIH.. SAYYIDUSH SHOLAWAT. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahab...
-
VIRAL SEMULA DIMEDIA SOSIAL VIDEO BERDURASI HAMPIR SETENGAH JAM ADEGAN HENJUT ATIKAH SUHAIMI DAN IDRIS KHAS TERSEBAR MELUAS!! AWAS VIDEO ...
-
ASMA' SUNGE RAJEH LENGKAP. IJAZAH ASMA' RAJEH DIRAJEH. 2 Sanad. Assalamu’alaikum wr wb para sahabat-sahabat ahli Kampus seka...
-
Saya bawakan batu petir asli yakni item rare utk pakaian diri shbt shbt yg ikhlas dan yakin diri..inshaAllah Batu petir ini sanga t...
-
AMALAN ILMU SYAHADAT GHOIB. CARA UNTUK MENEMBUS ALAM GHAIB. ILMU MERAGA SUKMA. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-...
-
KUNCI MEMANGGIL KHODAM DOA NURUN NURBUAT. DOA NURBUAT - NURUN NURBUWAH - CAHAYA KENABIAN. Itulah beberapa penyebutan doa ya...
-
Kenalan : Salam, ada ke cara ringkas contoh pengiraan kepingan atap genting untuk rumah ? Ambo : Wasalam, cara pengiraan asas yang amb...
-
3 CARA MEMBUKA MATA BATIN. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di man...
If you would like an alternative to randomly dating girls and trying to find out the right thing to do...
ReplyDeleteIf you would prefer to have women chase YOU, instead of spending your nights prowling around in crowded bars and nightclubs...
Then I urge you to watch this eye-opening video to uncover a strong secret that might get you your personal harem of beautiful women:
FACEBOOK SEDUCTION SYSTEM...