SAKA BUAYA PUTIH.
Assalam....sahabat2 yg aku hormati semuanya, tidak kira dimana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Selawat senantiasa dihatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dgn mengharap ridho Allah swt. Dan dgn kerendahan hati yg paling dalam, izinkan aku yg miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama para sahabat2 semua....Inshaa Allah...
Seperti biasa hari ini aku akan kongsikan pengalaman-pengalaman yg pernah aku tempuhi bersama sahabat-sahabat aku, baik dari Indonesia mahu pun Malaysia. Seperti apakah ceritanya. Mari sahabat-sahabat ikut aku ke Terengganu.
Setelah dua bulan aku, Andi dan Nasir Anglir berhasil mengangkat harta karun tentera Kubilai Khan yg tengelam beberapa abad yg lalu, aku buat keputusan untuk ke Malaysia pula. Nasir Anglir pun mahu mengikut, tetapi Andi tidak mahu. Aku cukup faham, sebenarnya Andi mahu mengikut, tetapi dia tidak ada passport untuk keluar negara. Nah....aku berdua saja dgn Nasir Anglir balik ke Malaysia.
Sudah menjadi kebiasaan selesai sahaja sholat Maghrib aku akan membaca al Quran menunggu waktu Isya'. Berulang kali habiskan membaca tiga puluh juzu' al Quran itu semangkin terasa terlalu kerdil diri sejak bertahun-tahun dulu. Memang keluarga aku tidak akan mengganggu sekiranya aku masih membaca al Quran di dalam bilik sekalipun kawan-kawan rapat menelefon. Di sebabkan Abah aku yg menelefon, habis sahaja aku membaca Surah al Haqqah sebanyak 52 ayat itu tidak sempat aku mahu meneruskan membaca Surah al Ma'aarij sebanyak 44 ayat.
Tidaklah mustahak sangat perkara yg hendak diberitahunya cuma adik ipar aku Haji Nordin mengajak ke rumahnya kenduri disebabkan anak saudaranya akan ke Mekah. Perkara kenduri ini sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat kita, sekalipun mengadakan kenduri dan tahlil semata-mata disebabkan mahu ke Makah itu. Disebabkan kenduri doa selamat itu diadakan di rumah adik saudara aku di Pulau Sebang, aku tak dapatlah pergi kesana.
Memang aku sudah berjanji mahu ke Kuala Terengganu malam kenduri itu diadakan, setelah Amir beritahu Tok Bomoh Karim sudah beberapa minggu terlantar sakit. Sudah lama juga aku tidak menemui Tok Karim itu, semenjak dia berpindah ke Kuala Terengganu mengikut anaknya. Disebabkan dia selalu sakit-sakit setelah isterinya meninggal dunia, sengaja anaknya membawa dia tinggal bersama di Kuala Terengganu. Bukanlah dia bersetuju sangat Tok Karim dibawa anaknya ke sana, tetapi dia terpaksa menuruti kemahuan anaknya disebabkan keadaan dirinya bertambah uzur.
Kalau dia berkeras mahu menetap di rumahnya di Setiu, bersempadan Daerah Negeri Kuala Terengganu, siapa pula yg akan uruskan dirinya. Harapkan cucu atau anak saudara, mereka juga bukan sepanjang masa mahu mengambil tahu mengenai dirinya. Setelah diberitahu oleh Amir mengenai Tok Karim yg uzur di Setiu itu, aku sendiri tetapkan masa untuk ke sana. Marah juga adik aku disebabkan aku lebih mementingkan kawan sendiri dari saudara mara. Tetapi perkara kenduri doa selamat tidak sama dgn menziarahi orang sedang sakit. Kenduri doa selamat boleh diadakan lagi.
" Kalau kenduri di rumah adik saudara Badai tu penting, apa salahnya malam lain sahaja kita ke Setiu." ujar Amir ketika datang menjemput aku.
" Tak apalah, Mir."
" Tapi, uzur Tok Karim ni, maklumlah uzur orang tua." jelas Amir tersengeh-sengeh.
" Bukanlah sakit tenat sampai terlantar sangat." katanya macam rasa bersalah kerana mendesak aku ke Setiu.
Aku bertolak dari Kampung Pasir Panjang ke Setiu bersama Amir. Sengaja Amir ke Semarang mengajak Nasir Anglir ikut sama. Tetapi kebetulan pula Nasir Anglir tidak ada di rumah disebabkan sudah ke Kemaman. Terkejut juga Nasir Anglir apabila diberitahu mengenai Tok Karim yg terlantar sakit. Nasir Anglir sendiri berpesan supaya Amir mengajaknya bersama kalau mahu ke Setiu. Tapi Nasir Anglir tidaklah berapa rapat sangat dengan Tok Karim. Adalah 2-3 kali mereka bertemu. Keluarganya juga tidak tahu kenapa Nasir Anglir ke Kemaman hingga tidak sempat meninggalkan pesanan apa-apa.
Lainlah kalau dia ke Sungai Tengi bersama Tok Karim, semasa itu masih menetap di Tanjung Karang. Amir pun tahu sekiranya Nasir Anglir yang menguasai Ilmu Anglir ke Sungai Tengi memang menangkap buaya tengah galak menganas. Tiada siapa pun berani mengharung arus sungai apabila buaya terjongol kepala. Cuma Nasir Anglir satu-satunya yg tidak berganjak. Bila-bila dia akan turun ke bawah tebing setelah diberitahu mengenai buaya menyambar mangsa.
ILMU ANGLIR PENAKLUK MAKHLUK GHAIB DASAR LAUT.
Sudah beberapa kali Tok Karim mengajaknya ke Sungai Tengi apabila buaya menyambar lembu tengah meragut rumput. Manalah tahu buaya berkenaan akan menyambar siapa sahaja tercegat di tebing sungai. Sebab itulah mereka ke Tanjung Karang mencari Tok Karim. Mereka mendesak orang tua itu supaya membantu biar buaya berkenaan jauh dari Sungai Tengi. Tentu Tok Karim boleh halau binatang berkenaan masuk ke Sungai Bernam supaya tidak mengganggu penduduk-penduduk di situ.
Tetapi Tok Karim tidak sama dgn Pawang Bahar. Sejak bertahun-tahun memang mereka di situ harapkan Pawang Bahar turun ke tengah arus apabila buaya menyambar mangsa. Mereka melihat sendiri Pawang Bahar membakar kemenyan di tebing sungai lantas mengepal tiga genggam tanah di tangannya. Setelah kepalan tanah di tangannya diasapkan dgn kemenyan, Pawang Bahar akan melontar kepalan tanah itu ke arus. Kadangkala kepalan pertama yang dilontarkannya itu sudah disambar buaya di permukaan air. Sekiranya buaya yang diperangkapnya berdegil sampai habis semua tiga kepalan tanah dilontar ke tengah arus, tidak seekor pun buaya akan melompat menyambar.
Tetapi Tok Karim tidak sama dgn Pawang Bahar. Sejak bertahun-tahun memang mereka di situ harapkan Pawang Bahar turun ke tengah arus apabila buaya menyambar mangsa. Mereka melihat sendiri Pawang Bahar membakar kemenyan di tebing sungai lantas mengepal tiga genggam tanah di tangannya. Setelah kepalan tanah di tangannya diasapkan dgn kemenyan, Pawang Bahar akan melontar kepalan tanah itu ke arus. Kadangkala kepalan pertama yang dilontarkannya itu sudah disambar buaya di permukaan air. Sekiranya buaya yang diperangkapnya berdegil sampai habis semua tiga kepalan tanah dilontar ke tengah arus, tidak seekor pun buaya akan melompat menyambar.
Terpaksalah pula Pawang Bahar gunakan cara yang lain biar buaya berkenaan menyerahkan diri di depannya. Cubalah buaya tersebut berdegil setelah dia lemparkan tiga kepalan tanah sudah dijampi dan diasapkan dgn kemenyan itu....! Kalau Pawang Bahar sudah cancangkan buluh runcing di atas tebing bersilang dua, kemudian dilangkah tiga kali nescaya buaya yang degil tidak lepas ke mana.
Bila-bila buaya di dasar sungai akan merangkak naik ke tebing laksana kura-kura tidak bermaya. Tidak bertangguh buaya berkenaan menyusupkan kepala ke bawah buloh tercancang bersilang dua di tebing sungai. Ketika ini Pawang Bahar akan memukul kepala buaya dgn kain hitam panjang tiga hasta berulang kali. Memang buaya berkenaan tidak akan melawan sebaik sahaja kepalanya dipukul berulang kali dgn kain hitam tiga hasta. Setelah dipukul kepalanya oleh Pawang Bahar nescaya buaya tersebut menghempas diri ke tebing sungai.
Tidak lama dia bergolek-golek menghempaskan diri, buaya itu akan terkejang mati dgn darah menyembur dari mulutnya. Cubalah buaya ganas berkeras di depan Pawang Bahar. Kalau diumpan dgn kepalan tanah pun buaya di dasar sungai tidak dapat lari ke mana. Sebaik sahaja buaya itu menyambar kepalan tanah yang dilontarkan ke permukaan hanya dalam masa beberapa minit sahaja buaya itu akan merangkak naik ke tebing.
Apabila naik sahaja ke tebing nescaya buaya tersebut mengelepar laksana ikan mabuk tuba....! Beberapa kali buaya berkenaan menggolek badan menghempas diri, dalam masa beberapa minit sahaja akan terkejang dgn darah membuak-buak di muncung. Mereka akui kebolehan Pawang Bahar kalau berdepan dgn buaya ganas di mana-mana pun.
Apabila naik sahaja ke tebing nescaya buaya tersebut mengelepar laksana ikan mabuk tuba....! Beberapa kali buaya berkenaan menggolek badan menghempas diri, dalam masa beberapa minit sahaja akan terkejang dgn darah membuak-buak di muncung. Mereka akui kebolehan Pawang Bahar kalau berdepan dgn buaya ganas di mana-mana pun.
Tetapi semenjak Pawang Bahar meninggal dunia siapa lagi boleh diharap kalau bukan Tok Bomoh Karim. Cuma mereka tidak menyedari Tok Karim tidak sama dgn Pawang Bahar. Disebabkan orang-orang kampung mendesak, terpaksa jugalah Tok Karim gagahi memenuhi kemahuan mereka. Sebab itulah Tok Karim menjemput Nasir Anglir di Semarang. Dia percaya Nasir Anglir sanggup membantu disebabkan lama mereka berkawan dgn Pawang Bahar. Cuma Tok Karim tidak cekap seperti Nasir Anglir kalau diminta ke tengah arus sungai jinakkan buaya menganas.
Lainlah kalau mangsa terkena santau sampai berbuih-buih muntah darah, memang Tok Karim satu-satunya yg tidak mengelak jika dijemput hatta tengah malam tatkala nyenyak tidur sekalipun. Ketuklah pintu rumahnya, nescaya bila-bila pun Tok Karim akan bangun dgn terkuap-kuap menahan rasa mengantuk. Dia akan mencapai bajunya yang tersangkut di paku dinding lantas disandang ke bahu. Dgn tidak bercakap sepatah pun dia terus sahaja berjalan menuju ke rumah mangsa.
Sudah menjadi pantang larang Tok Karim dia tidak akan bercakap sepatah pun apabila dijemput mengubati mangsa terkena santau. Setelah dia doakan mangsa itu barulah dia mahu bercakap sepatah dua. Tok Karim tidak peduli tengah malam pun dia akan meminta keluarga mangsa ambilkan juga kelapa muda. Kalau terpaksa memanjat pun, kena jugalah panjat sampai santak pelepah. Tok Karim tidak mahu buah kelapa tersebut jatuh terhempas ke tanah sekiranya mahu dibuat ubat.
Terpaksalah siapa pun memanjat berhati-hati supaya buah kelapa muda yang diperlukan oleh Tok Karim itu tidak jatuh terhempas ke tanah. Dia sendiri akan memangkas bahagian kepala buah kelapa sampai nampak tempurung. Setelah ditebuk tempurung berkenaan barulah Tok Karim merenung makrifat tepat ke pusar air kelapa. Kadangkala mereka nampak asap keluar berkepul dari lubang yang ditebuk sebelum sempat Tok Karim bacakan doa. Ketika ini Tok Karim akan bacakan berulang sampai tujuh kali :
" BISMILLAHHIL LAZI LAYADDHURRU MA'ASMIHI SYAI IN FIL ARDHA WALA FIS SAMA II WAHUWAL SAMI'UL 'ALIM. FAT TAHAZAT MIN DUNIHIM HIJABAN FA ARSALNA ILAIHA ROHANA FATAMASTHALA LAHA BASYARAN SAWIIYA."
Apabila air kelapa yang didoakan itu diberi minum kepada mangsa sekaligus pula mangsa berkenaan akan muntah hingga melambak ditadah ke dalam dulang. Mereka akan lihat sendiri muntah bercampur darah itu bercampur-baur dgn serbuk kaca halus dgn serpihan ulat bulu dan miang rebung. Setelah menghela nafas dgn keadaan yang dilihatnya itu barulah Tok Karim mahu melayan bercakap.
Tidak ada lagi pantang larang setelah dia doakan mangsa yang mengadu terkena santau. Tetapi sebelum doakan memang Tok Karim tidak akan bercakap sepatah pun semasa berjalan ke rumah mangsa. Tahu sangat orang-orang kampung dgn pantang larang Tok Karim itu. Sebab itu mereka juga akan sama-sama berpegang dgn pantang larang tersebut apabila menjemput Tok Karim. Tetapi mereka tidak tahu fasal Tok Karim tidak akan sanggup jinakkan buaya mengganas di tengah arus sekalipun lama berkawan baik dgn Pawang Bahar. Sampaikan dia tahu sangat tabiat dgn Pawang Bahar yang sayangkan basikalnya macam mendidik anak-anak. Setiap hari dia akan basuh basikal kesayangan asal sahaja balik dari kedai meraduk lumpur di permatang sawah.
Kadangkala diusik juga oleh Tok Karim disebabkan Pawang Bahar akan membawa basikalnya naik ke serambi setiap malam. Dia tidak rela biarkan basikalnya tersadai di bawah rumah. Tetapi Pawang Bahar tidak peduli sekalipun Tok Karim mengusiknya seolah-olah basikal tersebut sama dgn isteri sendiri. Sekalipun dijaga cermat basikal Pawang Bahar hilang juga dari tengah serambi. Dia sendiri tidak tahu siapa mencurinya sampaikan Pawang Bahar pun terpedaya. Tidak lama selepas basikalnya hilang itu, tiba-tiba sahaja dia diserang sesak nafas sehingga meninggal dunia.
Macam tidak percaya Tok Karim apabila diberitahu mengenai kawannya Pawang Bahar. Masakan Pawang Bahar bersedih fasal basikalnya hilang hingga menanggung sesak nafas. Siapa pun tidak tahu ke mana hilangnya basikal kesayangan Pawang Bahar. Memang mereka percaya Pawang Bahar dapat mengagak kehilangan basikalnya itu petua menandakan saatnya semakin hampir. Tentu pawang besar sepertinya tahu mengenai petua dan pelangkah mengenai dirinya. Kalau buaya ganas di tengah arus pun boleh dijinakkannya, masakan dia tidak tahu apa-apa mengenai petua dan pelangkah.
Ayat Pelangkah tersebut ialah :
" WAL YA TALOTH-TOF WALA YUSERAN NABIKUM AHADA.."
Bismillahirahmanirahim.
Aku duduk dengan duduk,
Aku berdiri dengan mula,
Aku pergi dengan izin Allah,
Aku lenyap dengan izin Muhammadur Rasulullah,
Aku Ghaib dalam kalimah La ilaha illa Allah.
Aku duduk dengan duduk,
Aku berdiri dengan mula,
Aku pergi dengan izin Allah,
Aku lenyap dengan izin Muhammadur Rasulullah,
Aku Ghaib dalam kalimah La ilaha illa Allah.
" Mat Jumin pun tak kurang dari Pawang Bahar tu, Badai." bisik Amir apabila meninggalkan Kemaman.
Aku mengangguk perlahan. Perkara kebolehan Pawang Bahar atau Mat Jumin bukanlah penting sangat, kerana mereka berdua juga memohon pertolongan dari Allah s.w.t. Memang seringkali aku ingatkan Amir mengenai makna :
" INNALLAHU MULKUSSAMAWATI WAL ARDH YUHYI WAYUMITU WAMA LAKUM MIN DUNILLAHI MINWWALANA SIR."
ARTINYA :
" Sesungguhnya Kepunyaan Allah Kerajaan Langit Dan Bumi. Dia Yg Menghidupkan Dan Mematikan. Dan Sekali-kali Tidak Ada Pelindung Dan Penolong Bagimu Selain Allah."
" Sesungguhnya Kepunyaan Allah Kerajaan Langit Dan Bumi. Dia Yg Menghidupkan Dan Mematikan. Dan Sekali-kali Tidak Ada Pelindung Dan Penolong Bagimu Selain Allah."
Keluh Amir menghela nafas pendek. Dia sedar tidak sepatutnya dia membandingkan kebolehan arwah Pawang Bahar dgn Mat Jumin. Kalau dia tidak ceritakan kepada aku pun, memang sudah beberapa kali aku diberitahu oleh Tok Karim mengenai dua orang rakannya itu. Kadangkala menitik air mata Tok Karim apabila kenangkan arwah Pawang Bahar sanggup bercekang mata di tebing sungai apabila diberitahu buaya galak mengganas.
Pawang Bahar tidak terniat langsung mahu menunjukkan kemampuannya tundukkan buaya ganas sampai merangkak ke celah kangkangnya menyerah diri. Dia sekadar mahu selamatkan penduduk-penduduk yang merasa terancam setiap kali buaya ganas menjongolkan kepala di permukaan arus sungai.
Sama juga dgn Mat Jumin yang sanggup menyelam ke dasar sungai kalau penduduk-penduduk gempar tatkala mangsa disambar buaya. Puas menyeru di tebing sungai, tidak seekor pun buaya ganas terjongol kepala di tengah arus, lantas sahaja Mat Jumin menggenggam pasir. Apabila dia kisarkan tapak tangannya, Mat Jumin akan turun ke air dgn tidak bercakap sepatah pun. Sekaligus pula mereka yang berdiri di tebing sungai akan melihat buih membuak tempat Mat Jumin menyelam.
Sama juga dgn Mat Jumin yang sanggup menyelam ke dasar sungai kalau penduduk-penduduk gempar tatkala mangsa disambar buaya. Puas menyeru di tebing sungai, tidak seekor pun buaya ganas terjongol kepala di tengah arus, lantas sahaja Mat Jumin menggenggam pasir. Apabila dia kisarkan tapak tangannya, Mat Jumin akan turun ke air dgn tidak bercakap sepatah pun. Sekaligus pula mereka yang berdiri di tebing sungai akan melihat buih membuak tempat Mat Jumin menyelam.
Tidak lama selepas itu mereka nampak seekor buaya putih akan menghambur tiga kali ke permukaan sungai. Setelah buaya putih itu tenggelam semula ke dasar sungai, lama mereka menunggu di tebing sungai nescaya akan terjongol seekor demi seekor buaya merangkak ke tebing sungai.
Tatkala ini Tok Karim akan berdiri di situ memegang kain hitam panjang tiga hasta. Sebaik sahaja buaya merangkak naik ke tebing, Tok Karim akan memukul buaya berkenaan dgn kain hitam panjang itu. Sekiranya buaya berkenaan tidak menyambar mangsa, lantas sahaja dia terjun semula ke dasar sungai. Hingga buaya yg bersalah menyambar mangsa merangkak naik ke tebing, nescaya dia tidak akan berganjak apabila kepala dipukul Tok Karim dgn kain hitam panjang tiga hasta itu.
Selepas buaya berkenaan menyerah kalah, Tok Karim akan menyeru Mat Jumin naik semula ke tebing. Sebaik sahaja Tok Karim menyeru namanya tiga kali, mereka yg berdiri di tebing sungai akan melihat buaya putih menghambur ke permukaan air tiga kali berturut-turut. Tidak lama selepas itu Mat Jumin akan tercungap-cungap naik ke tebing. Dia akan memberi arahan sama ada buaya berkenaan perlu di bunuh atau pun tidak. Memang Mat Jumin tidak akan membunuh buaya yang sudah tidak berganjak di tebing. Dia akan meminta orang-orang kampung sendiri menembaknya. Setelah buaya itu mati akibat kepala ditembak, Mat Jumin mengesat pelupuk matanya apabila bangkai buaya itu terbungkam ditembak kepala sampai terkejang di situ.
" Saya tak sanggup nak buat macam abang Mat Jumin tu." Amir menambah apabila menyedari aku tunduk tidak bercakap apa-apa.
Aku tidak menyahut. Tidak tahu aku kenapa Mat Jumin mesti kapankan bangkai buaya tersebut. Terpaksa pula banyak membeli kain putih semata-mata mahu kapankan bangkai binatang berkenaan. Memang aku tidak pernah tanyakan kepadanya mengenai petua tersebut sampai dia sanggup bersusah payah tanamkan bangkai buaya berkenaan dgn dikapankan.
Disebabkan kami meninggalkan Kemaman belum masuk waktu Maghrib, terpaksalah aku mengajak Amir berhenti dalam perjalanan apabila ternampak masjid. Memang banyak masjid ditemui kalau sepanjang perjalanan menuju ke Setiu, tetapi melalui jalan ke Kemaman sengaja Amir membawa aku ikut jalan kampung yang belum pernah aku pergi lagi. Amir memang tahu sangat di mana sahaja ceruk kalau di Terengganu.
Selepas melalui jalan belukar dipenuhi pokok-pokok durian di kiri kanan jalan, kami menemui beberapa buah rumah sahaja. Tidak jauh dari beberapa buah rumah itu nampak surau kecil di tepi jalan dgn beberapa orang jemaah tengah sholat. Lantas Amir mengajak aku turun di surau berkenaan untuk sholat bersama jemaah di situ. Sempat juga kami ikut sama berjemaah di surau berkenaan. Habis sahaja mereka berdoa, beberapa orang jemaah turun meninggalkan surau. Hanya Siak Budin sahaja menunggu aku dan Amir habiskan sholat sunat.
" Abang tunggu kami ke...?" segera Amir mendekati lelaki itu setelah dia memperkenalkan dirinya sebagai Siak Budin.
Memang serba salah juga kami sekiranya dia terpaksa menunggu kami, disebabkan mahu cepat balik ke rumah selepas habis sholat berjemaah Maghrib. Kenapa pula mereka tidak menunggu hingga Isya', masuk....?
" Tidak, saya menunggu Isya'." beritahu Siak Budin menyandarkan belakang ke dinding.
" Kenapa jemaah lain tak tunggu Isya'.... ?" Amir yang memang ramah itu terus bertanya.
" Ah, orang-orang muda sekarang bukannya tahu nak makmurkan surau atau masjid." gerutu Siak Budin menyimpan perasaannya.
" Kenapa jemaah lain tak tunggu Isya'.... ?" Amir yang memang ramah itu terus bertanya.
" Ah, orang-orang muda sekarang bukannya tahu nak makmurkan surau atau masjid." gerutu Siak Budin menyimpan perasaannya.
Tersengih-sengih Amir. Bukan Siak Budin sahaja mengeluh kalau kenangkan suraunya seringkali lenggang menunggu jemaah. Banyak tempat berlaku kejadian seperti itu, tetapi apalah yang boleh dibuat oleh orang-orang seperti Siak Budin selain daripada mengeluh kesal sahaja. Dalam masa Siak Budin masih berbual-bual dgn Amir, aku merasa hati berdebar-berdebar tidak semena-mena. Lantas aku memberi isyarat kepada Amir mahu berbaring sebentar di penjuru surau. Sambil mengurut dada perlahan aku bacakan ayatul Qursi untuk meredakan debaran yang semakin kuat.
" Kalau adik Badai penat, tidurlah dulu." ujar Siak Budin mengusap-usap janggutnya.
Aku sekadar memberi isyarat dgn tangan sahaja. Kemudian merebahkan badan dgn kepala alaskan lengan sahaja sambil mengereng ke dinding. Dalam masa aku bacakan al fatihah 100x, memang terasa terlelap sebentar. Terbayang pula kepada aku rumah adik saudara aku di Pulau Sebang tengah bertahlil tatkala itu. Nampak sangat bayang abah aku terlenggok-lenggok bersama orang ramai di tengah rumah. Ketika inilah Jibah anak saudara adik ipar aku terjerit di dapur ketakutan tidak bersebab.
Tidak bertangguh pula adik aku mengamit suaminya Haji Nordin supaya pulihkan Jibah. Tentulah mereka cemas sekiranya Jibah tidak dipulihkan disebabkan dia akan berangkat ke Mekah tunaikan fardu haji bersama suaminya. Kalau keadaan masih lemah, bimbangkan juga mahu lepaskan dia mahu ke Mekah. Selesai sahaja orang bertahlil dan doa selamat, terpaksa pula mereka menjengah Jibah yang terjerit-jerit ketakutan. Suaminya Ramlan semakin gelabah apabila Jibah tidak boleh menatap mukanya. Asal sahaja Ramlan berdiri di sampingnya dia akan menuduh suaminya itu buaya ganas mengangakan mulut di tengah arus sungai.
" Sabar Ramlan." segera abah aku menepuk-nepuk bahu Ramlan memujuknya supaya bertenang.
" Cubalah abah tengok-tengukkan." bisik Ramlan resah dgn keadaan isterinya dalam saat persiapan telah dibuat untuk ke Mekah.
" Orang sini tak adakah yang boleh tengokkan." ujar abah aku sambil memandang orang ramai.
" Cubalah abah tengok-tengukkan." bisik Ramlan resah dgn keadaan isterinya dalam saat persiapan telah dibuat untuk ke Mekah.
" Orang sini tak adakah yang boleh tengokkan." ujar abah aku sambil memandang orang ramai.
Dia sendiri bimbang mahu tunjukkan pandai di tempat orang sekalipun di situ kampung halaman menantu sendiri. Manalah tahu tidak sama pula adat resam orang-orang di situ dgn di kampung halamannya. Setidak-tidaknya dia perlu juga berbudi bahasa terlebih dahulu, sebelum doakan Jibah. Manalah tahu orang-orang di situ akan menuduhnya sengaja mahu tunjukkan kepandaian.
" Tak apalah pak Mail aje tengokkan." Hajah Lemah emak Jibah lantas sahaja mendesak.
Dia juga tidak sabar lagi dgn keadaan Jibah terjerit-jerit takutkan Ramlan yang dituduhnya buaya ganas mengangakan mulut.
" Buaya betulkah yang aku nampak ni, atau buaya darat, Jibah...?" Haji Nordin bagaikan menyindir lantas menampar-nampar bahu anak saudaranya itu.
" Mana ada buaya darat....!" bentak Jibah menjengil mata merenung tepat Haji Nordin.
" Tak nampak kah kulitnya mengerutu, taringnya macam mata gergaji....!" marah benar dia apabila diperolok-olokkan oleh bapa saudaranya itu.
Segera abah aku menyuruh Ramlan berundur, lantas sahaja Jibah menghempaskan badan dgn tangannya merangkak laksana buaya naik ke tebing sungai.
" Hah, kau rupanya jadi buaya, bukan Ramlan....!" ejek Abah aku tersengih-sengih melihat Jibah merangkak di tengah rumah.
Tiba-tiba sahaja Jibah mengangkat kepala. Dia mengangakan mulut seperti buaya terjongol kepala di tengah arus sungai. Hairan juga abah aku dgn keadaan Jibah dgn tidak semena-mena jadi demikian. Kalau mahu dikatakan badi buaya, rumah mereka bukannya di tepi sungai. Lagi pun di Pulau Sebang tidak pernah pun mereka terjengah buaya menjongol kepala di tengah arus sungai.
Puas aku meramas-ramas tangan untuk pastikan sama ada tengah bermimpi atau pun bukan, apakala terbayang kejadian tersebut berlaku di rumah anak saudara aku. Memang aku dapat mengagak tatkala itu doa selamat dan tahlil tengah rancak mereka lakukan sebaik sahaja sholat Maghrib. Haji Nordin akan mengajak jiran-jiran sholat berjamaah di rumahnya kalau dia menjemput kenduri doa selamat dan bertahlil. Aku percaya saat tersebut memang mereka tengah bertahlil lagi. Tetapi bayangan itu semakin jelas memancar di hadapan aku.
Apalagi abah aku menunding jari bagaikan melambai-lambai ke arah aku dgn membacakan al Fatihah 17x, surah al Ikhlas 17x dan diikuti dgn ayatul Qursi juga 17x.
Apalagi abah aku menunding jari bagaikan melambai-lambai ke arah aku dgn membacakan al Fatihah 17x, surah al Ikhlas 17x dan diikuti dgn ayatul Qursi juga 17x.
Gema suara abah aku membacakan ayat-ayat tersebut terasa bergegar dalam dada aku. Gegaran itu semakin kencang hingga tangan aku ikut gementar apakala dilekapkan ke situ sambil diusap-usap kuat. Sekaligus pula air mata aku bercucuran apakala suara abah aku sayup-sayup terdengar di cuping telinga.
Ketika ini terasa kabus menyelubungi seluruh tubuh aku hingga seolah-olah tenggelam di dalamnya. Apabila aku kuakkan tangan mahu melepaskan diri daripada kabus tersebut, Jibah masih tertiarap di tengah rumah dgn tangan terkuak-kuak bagaikan merangkak seperti buaya.
" Kenapa Along tak mahu datang....?" suara abah aku bagaikan menyindir sebaik sahaja terjengah muka.
" Kenduri sanak saudara, patutnya Along datang jengah muka..!" katanya kesal dgn keputusan aku sengaja mahu ke Setiu mengikut Amir.
Aku tidak menyahut. Memang gema kemarahan itu menyusup jauh dalam perasaan abah aku.
Dia tidak luahkan kepada sesiapa pun, tetapi memang dia kecewa apabila aku tidak menjengah muka sekalipun sudah dijemput hadir. Apabila tubuh Jibah bertukar menjadi buaya merangkak di tengah rumah, tidak siapa pun yg berani mendekatinya. Tidak bertangguh pula dia menyambar Ramlan yang cuba menghambur ke pintu. Belum sempat Ramlan mengelak muncung panjang Jibah lantas mengerkahnya. Ramlan terperusuk ke dalam kerongkong hingga darah memercik di celah taring buaya laksana mata gergaji itu.
Saat ini mereka yg melihat kejadian tersebut sekadar nampak Jibah ketawa terdekah-dekah seperti merasa puas hati. Ramlan yang tercegat di tepi pintu hanya tertampan dgn mata terkebil-kebil memerhati isterinya merangkak-rangkak di tengah rumah.
" Macam mana kita nak buat ni, Pak Mail....?" Hajah Demah semakin cemas dgn keadaan anaknya.
Bimbang juga dia sekiranya Jibah tidak dapat menunaikan fardu haji akibat diganggu penyakit ganjil secara tiba-tiba.
" Di dajjal orang ke Jibah ni, kerana iri hati dia nak ke Mekah....!" marah benar Hajah Demah dgn kejadian yang meresahkan dia ketika itu.
Abah aku tidak menyahut. Dia menggamit Haji Nordin supaya meletakkan tapak tangan ke ubun-ubun Jibah. Kemudian dia berpaling ke arah aku menyuruh mara ke hadapan. Hairan juga Haji Nordin tatkala Abah aku bagaikan bercakap dgn aku sebelum membacakan :
" QUL INNAMA ANA BASYARUM MISLUKUM YUHO ILAIYA INNAMA ILAHUKUM ILHUN WAHIDUN FAMAN KANA YARJU LIQO A RABBIHI FALYA 'MAL 'AMALAN FAMAN KANA YARJU LIQO A RABBIHI AHADAN."
Sekaligus pula Jibah bingkas bangun berdiri terhuyung hayang menunding ke arah aku di penjuru rumah. Dia menarik-narik rambutnya ketakutan dgn menangis sayu.
" Tolong Tok Badai, bukan salah aku....!" rintih Jibah mahu melarikan diri dgn langkah terketar-ketar.
Dia jatuh terduduk sambil tangan terkapai-kapai mahu selamatkan diri.
" Nak ke mana kamu....?" jerkah abah aku menjuruskan tapak tangannya ke muka Jibah dgn membacakan al fatihah tiga kali.
Mengeliat-geliat Jibah menahan kesakitan seolah-olah disimbah dgn minyak panas mendidih. Abah aku tidak peduli Jibah merintih-rintih, namun dia terus membacakan :
" WA IMMA YANZA GHANNAKA MINASY SYAITONI NAZGHUN FASTA 'IZ BILLAHI INNAHU SAMI' UL 'ALIM."
Perlahan-lahan tubuh Jibah rebah ke lantai lemah tidak bermaya. Ketika ini aku melihat seorang lelaki tua memisahkan diri dari tubuh Jibah yang lemah lantas berdiri. Kepalanya memanjang laksana buaya terjongol di tengah permukaan air. Apabila dia mahu melarikan diri tangan aku sudah mencengkamnya sehingga terasa seolah-olah kepala cicak sahaja di bawah tapak tangan aku. Suara orang tua itu menjadi gementar apabila diserkup tapak tangan yang besar laksana bukit menghimpit kepalanya.
" Besarnya tapak tangan Tok Badai ni.... !" gerutu orang tua itu merungut-rungut, hingga mereka yang tercongok di situ mendengar bisikan halus dari mulut Jibah.
" Mana ada Tok Badai di sini....?" Jibah termengah-mengah mengapai tangan bagaikan mahu melepaskan diri.
Memang lelaki tua berkepala buaya itu terkial-kial di bawah tapak tangan aku. Terketar-ketar dia memberitahu mengenai keturunannya memang pawang buaya untuk selamatkan orang-orang kampung yang diganggu buaya. Asal sahaja buaya menganas di tengah arus, memang dia dijemput orang-orang kampung menangkap buaya berkenaan. Dia akan turun menyelam ke tengah arus sampai dua tiga jam baru timbul semula ke permukaan air. Dia akan mengheret buaya yang ditangkapnya ke tebing sungai. Setelah disembelih dia sendiri akan melapah perut buaya berkenaan.
Orang-orang kampung akan melihat dalam perut buaya itu bermacam perkakas peninggalan mangsa sama ada tongkat, gelang atau subang berlonggok di dalam perut buaya berkenaan. Memang seisi kampung tahu mengenai Pawang Sidin yang sanggup diajak ke mana-mana sahaja sekiranya penduduk-penduduk kampung diganggu buaya ganas. Tidak pernah seekor pun buaya terlepas sekiranya Pawang Sidin sudah menyelam ke dasar sungai. Seisi kampung tahu Pawang Sidin akan bertukar menjadi buaya berjalur putih di tengah belakang.
Ke mana sahaja buaya ganas menyusup di merata ceruk akan diselongkarnya habis. Ketika ini Pawang Sidin bukan lagi manusia menyelam di dasar sungai, tetapi buaya berjalur putih. Kerapkali juga orang-orang kampung melihat buaya berjalur putih di tengah belakang terjongol di permukaan sungai. Sekiranya buaya berkenaan bermain di tengah arus, mereka seisi kampung tidak perlu bimbang. Tidak seekor pun buaya ganas berani terjongol kepala apabila buaya berjalur putih di tengah belakang itu bermain di permukaan air.
Mereka percaya buaya berjalur putih itu memang jelmaan Pawang Sidin. Setelah Pawang Sidin meninggal dunia pun orang-orang kampung kerapkali ternampak buaya berjalur putih di tengah belakang itu bermain di tengah arus sungai.
" Kalau kau ganggu Jibah, tubuh kau akan dipanah petir.... !" bentak aku merenung lelaki berkepala buaya itu.
" Aku tak ganggu Jibah, Tok Badai." beritahu lelaki tua berkepala buaya itu terketar-ketar.
"Jibah yang terkejut fasal nampak aku....!" rintihnya kesal dgn kejadian tersebut.
" Kenapa kau ke sini.... ?" soal aku keras setelah menyedari tenaganya bertambah lemah.
" Aku nak jumpa Ramlan, dia cucu cicit aku." ujarnya mencebik bibir menahan kesakitan setelah sekian lama terhimpit di bawah tapak tangan aku seakan-akan bukit menyerkup.
" Buat apa jumpa Ramlan....?" sengaja aku menyindirnya biar dia semakin terdesak.
" Ramlan nak ke Mekah, apa salahnya aku ziarah." lelaki berkepala buaya merintih-rintih sayu.
Tetapi dia tidak membantah apabila aku memberi isyarat supaya dia berundur meninggalkan Jibah. Ketika dia meninggalkan kawasan rumah, lelaki berkepala buaya itu tersengguk-sengguk menangis sambil mengerling ke arah Ramlan. Memang Jibah terkejut tatkala nampak suaminya Ramlan tiba-tiba bertukar bagaikan kepala buaya. Sebab itulah dia terjerit-jerit ketakutan. Dia sendiri berbisik kepada abah aku, fasal nampak aku merentap kepala buaya yang menyerkup Ramlan seolah-olah topeng keras.
Tetapi bukan Jibah sahaja yang menuduh aku terjonggol di situ tatkala dia meracau-racau. Anak adik aku, Zaiman juga tercengang-cenggang memberitahu emaknya apabila nampak aku melintas di situ. Beberapa kali dia menegur tetapi aku sekadar mengangguk kepala sahaja.
" Tidur ke, Badai." tegur Amir apabila kereta meraduk kegelapan malam melalui jalan berliku-liku itu.
Dia memerhati aku mula mengalih sandar belakang setelah lama sangat terlelap mata.
" Di mana kita sekarang ni." ujar aku lantas beristighfar beberapa kali.
"Jauh lagi nak sampai ke Setiu." ujar Amir.
Dia beritahu selepas sholat Maghrib memang aku berbaring sebentar. Tetapi aku terus turun ke kereta dgn tidak menunggu masuk Isya'. Disebabkan aku tidak bercakap sepatah pun, Amir juga ikut sama turun meninggalkan Siak Budin bersendirian di atas surau. Ketika aku masuk keretanya hairan juga Amir disebabkan aku membolos masuk sedangkan keretanya masih terkunci. Tidak lama selepas meninggalkan surau itulah, baru aku mengusap-usap muka perlahan. Lantas sahaja Amir menegur sebaik sahaja aku mula membuka mata.
" Kita sholat di mana tadi, Mir....?" apabila aku kenangkan berhenti di surau bersama Siak Budin.
" Ah, surau selepas dusun durian." jelas Amir kerana dia sendiri tidak tahu di kampung mana kami berhenti sholat.
Beberapa kali aku beristighfar setelah diberitahu oleh Amir. Tetapi sengaja aku tidak memberitahu Amir, memang surau yang ditemui itu hanya rumah buruk di tepi jalan. Tentu Siak Budin yang sholat bersama-sama itu juga sekadar bayangan sahaja hingga aku terkeliru. Masakan selepas melintas dusun durian terdapat kampung tatkala melalui jalan berliku-liku di lereng bukit. Siak Budin juga bersendirian sahaja setelah jemaah yang lain turun meninggalkan surau. Lagi pun Siak Budin memanggil aku ' Badai ', hanya alam sebelah sahaja yang memanggil aku Badai. Aku dapat mengagak pengalaman bertemu Siak Budin sama juga dgn kejadian singgah di surau Lebai Seman di Serting sebelum itu.
Lebai Seman yg sudah meninggal dunia lebih lima belas tahun itu aku temui di suraunya, semasa dalam perjalanan ke rumah Pak Long Daud di Bukit Kelulut.
Disebabkan sewaktu melintas surau Lebai Seman waktu malam. Ketika balik dari rumah Pak Long Daud di sebelah paginya aku singgah juga di surau Lebai Seman. Memang aku sudah duga surau berkenaan tinggal usang dgn sarang labah-labah di merata ceruk. Pak Long Daud sendiri yang beritahu mengenai Lebai Seman sudah meninggal dunia, sekalipun aku ceritakan fasal sholat bersama Lebai Seman di situ. Tersenguk-senguk Pak Long Daud setelah diberitahu pertemuan dgn Lebai Seman itu. Dia tahu Lebai Seman sudah lebih lima belas tahun meninggal dunia, bagaimana pula boleh tercongok di tengah suraunya sholat bersama aku....?
Disebabkan sewaktu melintas surau Lebai Seman waktu malam. Ketika balik dari rumah Pak Long Daud di sebelah paginya aku singgah juga di surau Lebai Seman. Memang aku sudah duga surau berkenaan tinggal usang dgn sarang labah-labah di merata ceruk. Pak Long Daud sendiri yang beritahu mengenai Lebai Seman sudah meninggal dunia, sekalipun aku ceritakan fasal sholat bersama Lebai Seman di situ. Tersenguk-senguk Pak Long Daud setelah diberitahu pertemuan dgn Lebai Seman itu. Dia tahu Lebai Seman sudah lebih lima belas tahun meninggal dunia, bagaimana pula boleh tercongok di tengah suraunya sholat bersama aku....?
" Balik nanti kita singgah di surau tu." lantas aku menepuk bahu Amir.
" Badai ingat surau tu sama dgn surau Lebia Seman dulu...?" segera Amir menyahut apabila dia juga teringatkan kejadian sholat di surau Lebai Seman di Serting.
" Ah, kita singgah aje, apa salahnya !" beritahu aku tersengih-sengih mengerling Amir.
Belum sempat Amir menyahut tiba-tiba sahaja tayar kereta meletup. Serentak dgn itu kereta terbabas ke tepi jalan sampai berpusing ke belakang. Mujur juga tidak terbalik akibat tayar pecah tidak semena-mena. Tetapi Amir tidak bimbang apa-apa. Dia boleh gantikan semula tayar pancit itu dgn tayar ganti. Sudah beberapa kali dia terkena kejadian demikian. Kalau takat kerosakkan sikit keretanya memang dia boleh baiki juga. Ketika dia mengantikan tayar kereta yang pancit itulah, Amir terkejut kerana Siak Budin tercegat di sisinya. Siak Budin membantu dia gantikan tayar kereta berkenaan.
" Ada rahmatnya kereta awak pancit ni." ujar Siak Budin perlahan.
" Kalau awak cepat sampai ke Setiu, entah apa pula malangnya.... !" jelasnya sewaktu Siak Budin meninggalkan kami sambil dia mengerling ke arah aku lalu berbisik kepada aku.
" Badai tentu lebih tahu dari saya." aku mengangguk perlahan sambil mengesat pelupuk mata.....
Seperti biasa, ambil sisi positif dari cerita ini yang negatif jangan di ambil. Kekuatan yang tak bisa di tandingi adalah kekuatan daripada Allah s.w.t. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa atau tingkah laku yang tak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. Tok Penjejak Badai dgn merendahkan diri memohon maaf.....
TERIMA KASIH.....
ASMA NURONIYAH.
Di riwayatkan oleh Imam Ahmad Ali Al-Buuni di dalam kitabnya Manba’u Usulil Hikmah hal 230.
" Barang siapa yang senantiasa membaca Asma’ Nuroniyyah setiap hari 7x, maka Allah qobulkan tiap doanya dan di bukakan baginya ilmu-ilmu ghaib dan di taatkan baginya seluruh makhluk Allah."
ASMA' NURONIYYAH :
" AMSONIHIN ARHAMIN SALATISIN YALARIHIN SAHLALIHIN ANAA SALIIMIN SALAMIN BAHROSININ BAHABIHAYHIN AYRONIHIN ‘ABRONAYNIHIN ASLAMININ INMASININ KANHAHIIHIN QOSRONIHIN ‘ALANIHIN SULTONIHIN ‘AMSONIYYAH YISRONIYYAH QOHRONIYYAH NAHRONIYYAH AHLANIYYAH YAQSONIYYAH ‘ARNANIYYAH ROMANISIN AHROMISIN A’LA KALMASIN MUTO’IN AMIN KAF HA YA ‘AIN SHOD TOHA TO SIN MIM TO SIN YA SIN ALIF LAM MIM RO ALIF LAM RO HA MIM HA MIM ‘AIN SIN QOF QOF WAL QURANIL MAJID SHOD WAL QURANI DZID DZIKRI WAT TUURI WA KITABIN MASTURIN NUN WAL QOLAMI WA MA YASTURUN."
Semoga bermanfaat bagi kita semua. Aamiin Ya Rabbal Alamiin...
TERIMA KASIH...
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.
TOK PENJEJAK BADAI.
Cerita yang menarik Dan banyak pesan2 yang baik di dalam nya ,terus Kan menulis lagi 😊
ReplyDeleteCan someone make this page in English please
ReplyDelete