Trending

Wednesday, 11 October 2017

Adik Neelofa Bercinta Dengan Anak Menteri Bergelar Tan Sri?

 
Nama gadis ini semakin menjadi sebutan dikalangan netizen di media sosial. Media sendiri banyak memaparkan artikel mengenai gadis berdarah campuran ini. Lebih-lebih lagi, adik kepada selebriti Neelofa ini pernah dikecam gara-gara dia membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab pada tahun lalu.

Sedang Bercinta?
Ameera Khan, gadis berusia 16 tahun ini hanya mengambil langkah berdiam diri dan menutup ruangan komen di Instagramnya. Terbaharu, gadis yang sering tampil seksi dalam Instagram ini sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila dia memuat naik foto bersama seorang jejaka kacak. Kekasih ke? Media hanya mampu meneka sahaja!
 


 
Sempena menyambut ulang tahun temannya yang ke 22 tahun, Ameera ternyata kelihatan mesra dan manja dengan jejaka ini. Sambil memegang dagu lelaki itu, Ameera menulis;

Anak Lelaki Kepada Bekas Menteri?

 
Media diberitahu, lelaki ini dikenali sebagai Suhail Zulhasnan, merupakan anak lelaki kepada Tan Sri Datuk Seri Utama Zulhasnan Rafique yakni merupakan Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat.


Menurut dari pencarian google oleh Media, beliau juga adalah bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang berkhidmat dari 8 Mac 2008 hingga 9 April 2009 dan bekas juruterbang tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Di peringkat akar umbi UMNO, beliau adalah bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, kemudian diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Khabar Angin?
Sehingga kini, Ameera tidak pernah memberitahu media tentang hubungan cintanya. Namun, jika khabar angin ini benar, Media rasa apa salahnya untuk Ameera dan Suhail bercinta. Usia muda bukanlah satu masalah. Yang penting adalah kasih sayang dan cinta.
 
 

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts