PENYANYI Zizi Kirana tidak bermaksud untuk menyindir mana-mana individu dalam lagu terbaharunya berjudul Boleh Jalan.
Menurut Zizi, 32, lagu tersebut dihasilkan untuk menegur netizen yang sering mengkritik dan meninggalkan komen tidak bermoral mengenai sesuatu isu di alam maya.
“Ramai yang fikir lagu tersebut adalah sindiran kepada mereka yang pernah kecam saya kerana isu berpakaian seksi sebelum ini.
Siapakah individu bergelar “Datuk gatal bermata keranjang” yang dimaksudkan dalam lirik penyanyi sensasi Zizi Kirana?
Lirik lagu Boleh Jalan menceritakan kisah seorang Datuk yang mengirim mesej peribadi, atau DM, ke Instagram untuk menaja kehidupannya.
Datuk yang “pantang tengok dahi licin” menggunakan alasan perniagaan untuk mengajaknya keluar makan malam tetapi ditolak dengan ungkapan “boleh blah”.
Mempersoalkan motif Datuk itu, Zizi menyifatkan lebih baik “lepak di kedai mamak” menonton bola sepak daripada melayan lelaki “gatal yang sengal”.
“Mana Seksi? Bukannya Bogel!” – Zizi Kirana
“Kalau nak tahu, lagu tersebut turut menyentuh mengenai banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita terutamanya keyboard warrior yang ada sahaja tak kena di mata mereka.
Zizi tidak kisah dikecam kerana berpakaian seksi.
Dikecam isu pakaian seksi baru-baru ini, beliau juga menyampai mesej melalui lagu itu walau “kutayang lurah tapi ku bukan murah”.
Beliau menegaskan tidak akan menyesal walau tidak dapat menikmati kekayaan Datuk yang “muka tebal” itu.
“Tapi tak apalah, kalau haters kata saya perli mereka terpulanglah, siapa yang makan cili, dia rasa pedas,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Lagu ciptaan DJ Fuzz dan lirik oleh Waris itu telah di muat naik di laman YouTube dua minggu lalu dan mendapat hampir 300,000 kali jumlah tontonan.
Meskipun menerima kritikan dan kecaman kerana liriknya, Zizi turut tidak menyangka lagu tersebut mendapat sambutan baik pendengar di laman tersebut.
“Walaupun ada yang panas hati dengar lagu tersebut, namun masih ada yang suka.
“Saya sendiri tidak menyangka penerimaan pendengar dan jumlah tontonan juga meningkat begitu pantas.
“Kalau ada yang nak kecam juga, kecamlah! Saya sudah lali dengan kritikan dan cacian, ” ujarnya.
Menyentuh mengenai gejala buli siber yang semakin menjadi-jadi, Zizi kecewa dengan sikap sesetengah pengguna internet yang tidak rasional dalam mengutarakan pendapat dan komen.
Malah, dia berharap pengguna laman sosial lebih bijak menggunakan teknologi dan tidak menegur sesuatu secara terbuka sehingga mengaibkan individu berkenaan.
“Kalau nak tegur tak perlulah dengan kata makian dan cacian. Apa yang kalian dapat dengan komen menghina begitu?.
“Sebab itu dalam lirik lagu tersebut saya ada menyebut istilah ‘Ustazah Internet’, yang bermaksud hanya dia sahaja yang betul dan berhak menegur tanpa memikirkan perasaan orang lain.
“Sedangkan dalam dunia realiti, seorang ilmuan agama tidak akan menegur orang sehingga mengaibkan” katanya.
Siapa Zizi Kirana? Mesti ramai yang belum tahu kan?
Zizi Kirana adalah seorang penyanyi berkebangsaan Malaysia. Ia merupakan finalis pada acara reality show di Malaysia yakni Akademi Fantasia, Season 7. Nama Zizi mulai dikenal luas di asia semenjak mengikuti D’Academy Asia (Musim 2)mewakili Malaysia.
Di akhir tahun 2009, Zizi bergabung dengan grup hiphop lokal The Fabulous Cats. Setelah beberapa tahun sukses, Zizi memutuskan untuk memulai petualangan baru dengan bergabung Nukilan sebagai Kirana. Kirana menarik perhatian Qarma Musiq dengan suara yang unik dan fleksibilitas. Setelah bekerja secara teratur dengan produser Malique di demo rekaman, dia keluar, langsung dan sangat berkomitmen untuk pekerjaannya. Sebagai Kirana di Nukilan, Zizi bernyanyi dan nge-rap sama baiknya. Semenjak itu Zizi Kirana Bukan Lagi Fabulous Cat – Penyanyi yang dulu dikenali sebagai Zizi Fabulous Cat kini dikenali sebagai Zizi Kirana karena tidak mau terus dibayangi kumpulan lamanya, Fabulous Cat-wikindonesia
No comments:
Post a Comment