Saturday, 18 March 2017
WIRID PARA MALAIKAT HAMALATUL 'ARSY
TIGA LEMBAGA PENUH AZIMAT.
WIRID PARA MALAIKAT HAMALATUL 'ARSY.
Assalam.....sahabat2 yg aku hormati semua, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala Puji Syukur Kehadirat Allah s.w.t. Selawat senantiasa dihaturkan kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Dgn mengharap ridho Allah s.w.t. Dan dgn kerendahan hati yg paling dalam, izinkan aku yg miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat2 semua. Insya 'Allah....
Sebaik sahaja sampai di halaman rumah Cikgu Hassan Bomba, aku merasa seram sejuk tidak menentu. Tetapi aku tidak memberitahu kepada Cikgu Kassim mengenai keadaan diri aku. Kami datang ke rumah Cikgu Hassan Bomba adalah untuk melawat keluarganya yang sakit.
Aku diberitahu isteri Cikgu Hassan Bomba tiba-tiba tidak sedar diri. Dia kemudian bercakap merepek-repek. Cikgu Hassan Bomba telah membawanya ke hospital tetapi diberitahu isterinya dikatakan kena histeria. Pihak hospital juga tidak dapat mengubatinya.
Apabila isterinya dibawa ke rumah anak gadis Cikgu Hassan Bomba berumur kira-kira 15 tahun pula terkena sakit yang sama. Malah bertambah teruk lagi anak gadis Cikgu Hassan Bomba itu kerana dia sentiasa buang air kecil.
Cikgu Hassan Bomba baru saja ditukarkan ke kampung itu kira-kira empat bulan. Keluarga Cikgu Hassan Bomba mengesyaki ada orang yang dengki terhadap keluarga Cikgu Hassan Bomba di kampung itu. Sebab itu mereka mendesak Cikgu Hassan Bomba buat sementara waktu berpindah balik ke kampung. Bagaimanapun Cikgu Hassan Bomba tidak dapat menurut kehendak keluarganya, kerana masalah mahu bertugas.
" Kita cubalah berubat di kampung ni dulu...." katanya memujuk ayahnya yang datang sebaik mendengar menantu dan cucunya diserang penyakit tersebut.
" Benar kat pakcik, kita cuba berubat di sini dulu..." ujar Cikgu Kassim.
" Kalau boleh kita minta tolong pada Badai ni. Saya dapat tau Badai kita ni pun dukun juga...." jelasnya sambil mengerling ke arah aku.
" Hiss...., saya bukan dukun...." sahut aku tersinggung juga dengan kata-kata Cikgu Kassim itu.
" Saya ni cuma ikut melawat saja, tidak lebih dari itu...." aku mengingatkan.
Maklumlah di kampung orang kalau terlebih cakap buruk padahnya. Memang aruah Tok Bomoh Karim mengingatkan aku supaya tidak bersikap menunjuk-nunjukkan diri bila di kampung orang. Dia tidak mahu aku mendapat musuh banyak kalau bersikap demikian.
Cikgu Hassan Bomba sudah memanggil Lebai Hitam untuk mengubati isteri dan anak gadisnya. Lebai Hitam memang seorang guru agama yang terkenal di situ. Orang-orang memberitahu Cikgu Hassan Bomba, memang Lebai Hitam banyak menolong orang. Dia tidak pernah menuntut bayaran apabila berjaya mengubati penyakit.
Tetapi seperti aku katakan tadi Lebai Hitam ini juga tidak mahu dirinya dipanggil bomoh. Dia mempunyai surau sendiri di kampung itu. Hari-hari dia akan menghabiskan masanya di surau tersebut.
Sebenarnya aku sudah beberapa kali menemui Lebai Hitam ini. Memang aku akui dia tidak layak dipanggil bomoh. Seorang bomoh hanya percaya kepada kekuatan jampi manteranya saja, tetapi Lebai Hitam bukanlah seorang bomoh. Dia tidak percaya kepada jampi mantera, tetapi kudrat dan iradat Allah saja yang mempunyai kuasa atas segala-galanya.
Lebai Hitam seorang ahli agama. Tidak hairan lah apabila seorang penduduk di situ mengundang dia datang ke rumah membaca doa selamat, dia datang hanya membaca doa selamat saja. Kemudia dia balik dengan tidak menjamah pun makanan yang dihidangkan. Tidak lama selepas itu seorang penduduk lain telah memberikan nya wang sepuluh ringgit sebagai tambang bas kerana penat lelah Lebai Hitam datang ke rumahnya mengubati anaknya.
Apabila balik dari Jerantut ke kampungnya tambang bas kira-kira 80 sen saja, tetapi dia telah memberikan ke semua sepuluh ringgit itu kepada kondakter bas. Apabila sampai ke simpang masuk kampungnya, dia mengayuh basikal yang ditumpangkan di kedai dinding papan sebaris di situ.
Bagaimana pun aku lebih yakin dengan doa Lebai Hitam ini untuk mengubati penyakit isteri Cikgu Hassan Bomba. Aku sendiri membisikkan kepada Cikgu Hassan Bomba supaya mencuba Lebai Hitam itu. Sebelumnya Cikgu Hassan memanggil Bomoh Ali. Sudah tiga kali naik Bomoh Ali mencubanya tetapi tidak berjaya. Akhirnya dia memulangkan semuala pada Cikgu Hassan, kerana tidak sanggup mengubat.
Ketika aku datang itu sudah masuk minggu kelima isteri Cikgu Hassan Bomba dan anak gadisnya mengalami sakit ganjil tersebut. Anak gadisnya tidak berhenti-henti buang air kecil hingga berhelai-helai kain digantikan. Dia juga dalam keadaan kebingungan tidak tahu apa yang berlaku.
" Tidak datang lagi tuan Lebai....?" aku bertanya kepada Cikgu Hassan Bomba.
" Belum lagi Badai.." beritahu Cikgu Hassan lemah.
" Katanya lepas Maghrib dia datang...," jelasnya perlahan ketika mempelawa saya dan cikgu kassim naik.
Aku lihat tubuh Cikgu Hassan Bomba kurus sedikit, sementara pipinya nampak cengkung. Dia sudah lama tidak cukup tidur akibat isteri dan anak gadisnya diserang penyakit itu.
" Insya allah, kita cubalah doa tuan Lebai tu...." ujar aku macam menyuruh dia bersabar.
Cikgu Hassan Bomba hanya mengangguk. Aku tahu memang dia sudah lama bersabar. Kalah tidak sabar tentu dia tidak sanggup menghadapi musibah demikian. Sudah tentu dia terpaksa membawa isteri dan anak-anaknya balik ke kampung seperti yang disarankan oleh ayahnya.
Sehingga masuk Maghrib Lebai Hitam tidak juga datang. Aku terpaksa menunaikan sholat Maghrib dirumah Cikgu Hassan Bomba saja. Heran juga aku mengapa Lebai Hitam tidak datang, walaupun sudah lepas Isya'. Masakan dia memungkiri janji setelah memberitahu akan datang selepas Maghrib.
Tetapi mengapa dia berjanji selepas Manghrib....? Biasanya hanya bomoh saja yang menetapkan janji untuk datang pada waktu-waktu tertentu. Aku difahamkan seorang ahli agama tidak pernah menetapkan waktu-waktu tertentu kalau meminta doanya bagi mengubati penyakit seseorang.
" Dia cakap dengan cikgu akan datang....?" aku bagaikan tidak sabar lagi lalu bertanya pada Cikgu Hassan Bomba.
" Dia cuma kata Insya Allah saja.." sahutnya perlahan.
" Cikgu terangkan maksud cikgu....?" tanya aku lagi.
" Iya.., tapi dia tak kata mahu mengubatnya...." terang Cikgu Hassan Bomba.
Terbayang kekesalan diwajahnya bila menyebut Lebai Hitam tidak bermaksud datang untuk mengubat. Dia memberitahu akan datang kerana dipelawa oleh Cikgu Hassan Bomba melihat isteri dan anaknya sedang sakit. Bagaimanapun memang demikianlah sikap Lebai Hitam, kerana dia tidak akan bercakap lebih dari kemampuannya.
Ketika hampir masuk Isya barulah Lebai Hitam datang. Sampai saja di rumah Cikgu Hassan Bomba dia terus masuk melihat isteri dan anak gadis Cikgu Hassan Bomba yang sakit. Kemudian dia keluar semula tidak bercakap sepatah pun.
" Cikgu ni minta tuan Lebai doakan sikit anak dan isterinya yang sakit...." Cikgu Kassim merapati Lebai Hitam.
" Hah...., berdoalah sendiri. Doa sendiri lebih diterima Allah...." sahutnya keras.
Bagi orang yang tidak mengenali Lebai Hitam, ini memang nampak sikapnya kasar. Tetapi sebenarnya kekasaran itu hanya pada lahirnya saja. Inilah yang tidak difahami oleh mereka yang melihat dari segi lahiriah.
" Maksudnya begini tuan...." aku cepat-cepat mencelah.
" Kalau dapat tuan sama-sama mendoakan. Memang cikgu ni pun berdoalah, tetapi minta tuan sama-sama doakan agar isteri dan anaknya cepat sembuh...." ujar aku tersengih-senguh.
" Cepat atau lambat sembuhnya tu bukan kuasa kita...." Lebai Hitam berpaling kepada aku.
Memang sesiapa pun mula-mula bertemu dengan Lebai Hitam akan mudah tersinggung dengan kata-katanya. Bagaimanapun dia tidak berniat mahu menyinggung sesiapa. Dia hanya bercakap mengikut pengetahuannya saja. Sebab itulah harus memahami akan pengetahuan yang hendak ditekankannya itu. Orang seperti Lebai Hitam ini melihat duniawi tidak sama seperti kita yang masih memerlukan duniawi. Dia lebih menyerahkan segala-galanya kepada urusan Allah. Manusia tidak akan dapat menyempurnakan segala sesuatu kalau tidak ada keizinan Allah, sekalipun berusaha bersungguh-sungguh.
Sebab itulah pada mulanya Cikgu Hassan Bomba keberatan juga apabila aku mengusulkan kepadanya supaya memanggil Lebai Hitam. Aku berjanji kepadanya biarlah aku uruskan selebihnya, kalau Lebai Hitam bersetuju untuk datang. Aku tahu sekira nya orang lain yang datang menemuinya, tentu dia akan bertanya mengapa tidak keluarga pesakit yang datang menemuinya.
" Macam mana pun kami ni minta tuan sama-sama lah doakan...." kata aku perlahan.
" Ni Badai...." dia merenung muka aku tajam-tajam...
" Badai ni lebih berpengalaman dari saya, patut doa Badai di dahulukan...." Lebai Hitam tersengih-sengih.
" Ini bukan perkara pengalaman, ini perkara hendakkan doa tuan, itu saja...." cepat-cepat aku memotong cakapnya.
" Saya fikir sakit ni bencana sihir...." Lebai Hitam mula merendahkan suaranya...
" Kalau kita doakan samalah macam menghalau dia tentulah dia pergi, tapi dia akan datang balik lagi bila kita semua balik...." ujarnya sambil mendongak memerhati lampu.
Walaupun dia bercakap menyebut perkataan doa, tetapi tak sama dengan membaca doa tatkala kenduri atau majlis-majlis tertentu. Doa yang dimaksudkan oleh Lebai Hitam itu ialah membacakan ayat-ayat al-Quran yang sering digunakan oleh ulama-ulama terdahulu dalam m.
Bagi mereka yang tidak memahami menyangka doa yang dibacakan oleh Lebai Hitam itu samalah seperti jampi serapah sahaja. Tetapi sebenarnya adalah berbeza. Pembacaan jampi serapah adalah dengan penuh kosentrasi yakni memusatkan perhatian kepada pesakit, sedangkan doa dari ayat-ayat al Quran dengan penuh taqwa dan menyerahkan diri kepada Allah.
Selepas berfikir sejenak Lebai Hitam menepuk peha aku.
" Sekarang kita mulakan. Badai pun sama-sama lah kerana dalam perkara ini Badai lebih berpengalaman dari saya...."
Dia terus masuk semula ke dalam. Beberapa orang kampung yang datang menziarah juga ikut sama masuk kedalam di tengah induk rumah. Aku duduk di hujung kaki anak gadis Cikgu Hassan Bomba, sementara Lebai Hitam di kepala isteri Cikgu Hassan Bomba.
Aku dengar Lebai Hitam membaca ayat dari surah Yassin dengan jelas, kemudian diikuti dengan membaca ayatul Qursi. Dia membaca dengan suara yang nyaring tetapi tidaklah begitu lantang. Selepas itu dia menyambung dengan As Saffa. Ketika dia membaca ayat surah Qursi aku melihat isteri Cikgu Hassan Bomba mengeliat-liat seperti orang dalam kesakitan. Anak gadis Cikgu Hassan Bomba merengek-rengek lalu memaki Lebai Hitam.
" Bangsat kau orang tua..." anak gadis itu meludah. Tetapi Lebai Hitam tidak memperdulikan. Dia terus membacakan ayat-ayat tersebut dengan tenang.
" Buat apa kau kacau aku hah...!!" pekik anak gadis mahu melompat, tetapi cepat-cepat ditangkap oleh Cikgu Hassan Bomba.
Bila melihat anak gadis Cikgu Hassan Bomba sudah meronta-ronta beberapa orang jiran yang lain pun menerpa ke arah isteri Cikgu Hassan Bomba. Mereka juga turut sama memegangnya supaya tidak meronta.
" Sekarang.." Lebai Hitam meninggikan suranya.
" Allah lebih berkuasa dari kamu. Kalau dengan ayat-ayat Allah kamu tidak boleh bertahan, lebih baik sekarang jangan kau ganggu keluarga ini...." dia memerhatikan isteri Cikgu Hassan Bomba meronta-ronta dipegang oleh jiran-jiran.
" Kau yang ganggu aku..." bentak anak Cikgu Hassan Bomba.
Setiap kali dia membentak air kencingnya sentiasa mengalir keluar seperti tidak dapat disekat-sekat. Bagaimana pun menurut Cikgu Hassan Bomba anak gadisnya itu tidak banyak minum air. Inilah yang menghairankan dia, dari manakah puncanya air kencing yang sentiasa mengalir itu....?
" Kalau kamu degil, aku akan bacakan lagi ayat-ayat Allah...." Lebai Hitam mengingatkan.
" Kau jangan ganggu aku....!!" anak gadis itu memekik sekuat hati.
" Aku tak peduli, aku mesti ganggu setan, kerana setan itu musuh manusia...." sahut Lebai Hitam seolah-olah dia sedang berbicara dengan anak gadis Cikgu Hassan Bomba.
" Kalau dengan Adam kau tak mahu sujud, sudah tentulah dengan kami kau mahu tunjuk sombong kau, tetapi kau mesti tahu ilmu manusia tidak ada batasan. Tidak macam ilmu setan yang dihadkan oleh Allah..." kata Lebai Hitam memberi amaran.
Pada zahirnya memang kelihatan Lebai Hitam berbicara dengan anak gadis Cikgu Hassan Bomba, tetapi sebenarnya jiwa anak gadis itu sudah dikuasai oleh ilmu sihir syaitan. Biasanya yang melakukan sihir syaitan ini adalah manusia sendiri, yang mengamalkan ilmu-ilmu yang bertentangan dengan ajaran islam.
" Badai..." tiba-tiba Lebai Hitam berpaling ke arah aku.
" Inilah masa Badai pula...." katanya memberi isyarat dengan kepala.
Aku mengangguk. Memang aku faham apa yang dikehendaki oleh Lebai Hitam.
" Saya nak tidurkan Badai...." ujarnya memanggil aku.
Memang aku sudah bersedia kalau diminta oleh Lebai Hitam di tidurkan. Sebenarnya jarang dia melakukan cara pengubatan demikian, kalau difikirkan tidak begitu perlu. Tetapi dia memerlukan bantuan aku, bererti dia juga menyedari perlunya dimusnahkan sama sekali punca datangnya ilmu sihir tersebut. Sekiranya dilakukan dari segi lahir, mungkin dia mengalah buat sementara. Selepas itu dia akan datang mengganggu dengan lebih berat lagi.Itulah yg selalu terjadi kepada mangsa yg di sihir.
Setelah aku ditidurkan oleh Lebai Hitam, aku diperintahkan supaya keluar dari tubuh yakni jasad/raga. Aku dikehendaki melihat apa yang ada di sekeliling isteri dan anak gadis Cikgu Hassan Bomba. Ketika ini jelas kepada aku dua lembaga yang hitam meriba isteri dan anak gadis Cikgu Hassan Bomba. Manakala ada seorang lagi berdiri di sisi dua lembaga tadi.
Lembaga itu bertubuh hitam tetapi tidak jelas rupa parasnya. Di tubuhnya penuh dengan tangkal azimat. Bagaimanapun sebahagian dari tubuhnya sudah melecur seperti dibakar api. Aku tahu bekas melecur itu adalah bekas terbakar akibat ayat-ayat Quran yang dibacakan oleh Lebai Hitam sebentar tadi.
Memang benar, bahawa setan atau siapa saja yang mengamalkan ilmu sihir tidak akan dapat bertahan apabila dibacakan ayat-ayat Quran. Setan akan terbakar hangus, manakala orang yang mengamalkannya akan merasa dirinya seperti duduk di atas bara api.
Apabila melihat aku tiba-tiba saja berdiri di depannya, lembaga yang berdiri itu merapati aku, tetapi setiap kali dia cuba mendekati, dia terpelanting bagaikan ditolak rebut badai yg kencang. Tercungap-cungap dia setiap kali terguling.
" Waahh....tinggi ilmu awak...." kata lembaga itu macam menyindir aku.
" Tapi awak jangan ingat boleh lawan kami. Awak tahu kami bertiga dah berumur tiga ribu tahun...." dia ketawa berdekah-dekah.
" Awak pun jangan lupa ; Huwa auwalu wala khiru walza hiru wal batinu, Wa huwal sami'ul Alim...." aku menghembuskan ke dadanya.
Dia memekik kesakitan. Tetapi dia memekik itu buat sementara waktu saja, selepas itu dia berpura-pura seperti tidak mengalami apa-apa kesakitan.
" Awak nak berpura-pura ye...." aku pula mengejek.
" Umur awak tiga ribu tahun saja, tetapi ilmu Allah telah ujud, sedia ada sejak segala yang baharu belum ada...." aku lihat dia mula dalam keadaan gelisah.
" Kenapa awak ganggu kami....?" lembaga yang duduk memangku anak gadis Cikgu Hassan Bomba mendongak ke arah aku. Suaranya boleh difahami tetapi menggunakan bahasa jawa kuno. Sementara lembaga yang berdiri tadi bahasanya seakan-akan bahasa siam.
" Sebab awak setan. Awak menganggu keluarga Cikgu Hassan...." sahut aku keras.
" Kami tak menganggu awak...." lembaga yang memangku isteri Cikgu Hassan Bomba pula mencelah.
" Aku tak peduli sama ada awak ganggu atau tak ganggu aku. Asal awak cuba ganggu orang yang tak bersalah maka aku akan musnahkan awak....!!" aku mula menunjukkan kata-kata yang mengancam.
" Kami berjanji tak ganggu awak..." lembaga yang berdiri itu memberi jaminan.
" Aku tak mahu berjanji dengan setan, sebab setan tak boleh dilayan berjanji. Sekarang aku perintahkan awak tinggalkan perempuan ini, sama ada awak suka atau tidak....!" suara aku semakin lantang.
Kemudian aku nampak lembaga yang berdiri itu memuja-muja tangkal azimatnya. Dari tangkal azimatnya muncullah ular sebesar kepala unta mahu menerkam aku. Sekonyong-konyong aku mendengar Lebai Hitam berbisik ke telinga aku supaya membacakan ayat::
" Lanar jumanakum walaya massanakum minna azabun Alim."
Tiga kali aku hembuskan ke arah ular sebesar kepala unta itu, keluar lah anak-anak panah dengan api menyala seperti bukit menerjah kepala ular berkenaan. Sekaligus lembaga yang tegak berdiri itu terhumban sambil menekup dadanya yang ditembusi panah berapi. Dia memekik mekik meminta aku supaya tidak membacakan lagi ayat tersebut.
" Kalau awak tak tahan dengan ayat Allah, awak mesti tinggalkan perempuan ini....!" perintah aku.
Lembaga-lembaga itu berundur sedikit. Dua lembaga yang memangku isteri dan anak Cikgu Hassan Bomba itu pun melepaskan mangsanya ikut sama berundur. Kemudian tiga lembaga berkenaan bersatu menjadi satu lembaga saja yang lebih besar. Seluruh tubuhnya disalut dengan tangkal azimat beratus-ratus.
" Kami tau ilmu awak tinggi...." suara lembaga yang sudah bercantum menjadi satu cukup menggerunkan.
" Tapi awak belum ada pengalaman, sedangkan kami sudah berumur tiga ribu tahun, awak berani lawan kami....?" lembaga berkenaan mengugut.
" Umur tiga ribu tahun apa...." aku mengejek dia.
" Kalau umur sudah tiga ribu tahun buatlah kebajikan, janganlah buat kejahatan...." ujar aku memerhatikan gerak geri lembaga itu, kerana aku tahu dia sedang mencari helah.
" Awak jangan cuba melawan kami...." serunya memberi amaran.
" Kalau awak mau dipanah petir, tunggulah...." kata aku mengejek.
Aku membaca surah al Ikhlas tiga kali. Ketika ini guruh berdentum kuat dengan kilat menyambar ke arah lembaga berkenaan. Dia terpelanting dengan kesan-kesan terbakar di segenap tubuhnya.
" Nanti....." suaranya terketar-ketar menahan kesakitan....
" Jangan baca ayat itu lagi...." dia meminta belas kasihan.
" Kalau tak mau tersiksa tinggalkan perempuan ini, aku tak peduli umur kau berapa ribu tahun pun...." tegas aku.
Tiba-tiba aku dapati kawasan disitu menjadi gelap gelita. Lembaga itu juga hilang entah kemana. Kemudian disusuli oleh angin kencang yang bertiup dari segenap penjuru. Aku hampir lemas menghadapi suasana demikian. Tetapi Lebai Hitam yang memandu aku terus membisikkan supaya aku membaca surah Ad Dhuha. Selepas saja aku membaca surah Ad Dhuha keadaan kembali tenang. Angin kencang berhenti tidak semena-mena. Aku dibawa oleh tiga lembaga ke satu kawasan lapang yang dipenuhi oleh belukar anak-anak kayu.
" Aku tak lepaskan awak...." Aku mengherdik kepada tiga lembaga yang memakai tangkal azimat itu.
Mereka telah kembali kepada keadaan asal iaitu tiga lembaga. Aku dapati lembaga yang bercakap seperti orang siam itu lebih garang dari dua orang sahabatnya yang bercakap dalam bahasa jawa kuno. Tetapi kegarangannya sudah mula mengendur bila dibacakan ayat-ayat Quran kepadanya. Dia semakin terseksa bila setiap kali ayat-ayat Quran itu dihembuskan ke arahnya.
Memang menghadapi tiga lembaga yang memakai tangkal azimat satu pengalaman berat bagi aku. Mereka mempunyai berbagai-bagai kepandaian. Kadangkala dia menukarkan diri menjadi asap, kadangkala menjadi kabus, kadangkala menjadi hujan.
Bagaimanapun dia tidak dapat menghampiri aku kerana bacaan ayat-ayat Quran itu. Bagi mengatasi kelemahan nya mereka terpaksa menukar diri dalam berbagai bentuk yang mengelirukan. Tetapi mereka tidak dapat mengelirukan selagi ayat-ayat Quran menjadi senjata memerangi kekuasaan syaitan.
Setelah berjuang secara batin berhempas pulas akhirnya tiga lembaga itu terpaksa mengakui bahawa mereka tidak dapat mengalahkan ayat-ayat Allah. Mereka semakin menderita kalau digagahi juga mahu melawan. Tidak ada perisai yang boleh melindungi diri mereka. Di mana saja bersembunyi mereka dapat dikesan.
" Kami sebenarnya diupah..." lembaga yang bersuara seperti orang siam itu menjelaskan.
" Aku terpaksa mita tolong dari kawan-kawan semua, kerana ini kerja besar...." katanya merintih-rintih.
" Bodoh punya setan...." bentak aku menyindir.
" Umur dah tiga ribu tahun mahu ikut makan upah, bodoh...." ejek aku selanjutnya.
Mereka terdiam tidak berani mengangkat muka. Sudah terbayang kepada aku bahawa mereka sudah semakin lemah. Tetapi keadaan demikian tidaklah boleh dipercayai sangat. Perjuangan menentang syaitan mestilah berhati-hati, kerana mereka mempunyai helah.
Kadang kala mereka berpura-pura tidak sanggup lagi melawan, tetapi apabila kita terlalai meraka akan melawan balik. Mereka mencari peluang untuk menyerang balas. Sebab itulah perjuangan menentang syaitan itu terlalu rumit kalau tidak penuh dengan kesabaran.
" Berapa upah yang kamu terima....?" desak aku.
" Tiga ribu.." jawapnya serentak.
" Huss, bodoh betul awak ni jadi setan, kenapa tak mintak tiga puluh ribu...." ujar aku menyakiti hati mereka.
" Minta banyak-banyak dia tiada wang...." sahut lembaga yang bercakap seperti orang siam.
" Kalau tak ada wang jangan mengacau anak bini orang...." bentak aku menyindir.
Lembaga berkenaan tidak berani lagi menyahut. Aku melihat tangkal azimat yang menyaluti tubuhnya sudah habis terbakar. Mereka menjadi lembaga yang sudah tidak mempunyai apa-apa kekuatan.
" Sekarang awak semua balik, beritahu guru awak suruh dia sendiri datang...." perintah aku.
Ketika ini lembaga-lembaga berkenaan melayang-layang di udara. Kemudian hilang tidak tahu ke mana. Selepas semua keadaan menjadi reda, aku dengar suara Lebai Hitam memanggil nama aku. Dia menyuruh aku balik semula masuk ke tubuh/raga. Apabila aku merasai diri aku masuk ke dalam tubuh, aku pun terjaga dari tidur.
Lebai Hitam menghembus kepala aku tiga kali, kerana aku merasa badan letih dan kebas. Beberapa minit kemudian barulah tenaga aku pulih semual. Cikgu Hassan Bomba datang merapati aku bertanyakan apakah yang aku lihat sewaktu ditidurkan oleh Lebai Hitam.
Aku diberitahu oleh Cikgu Hassan Bomba semasa aku tidur anak gadisnya yang paling teruk meronta-ronta dan menjerit-jerit. Segala pertengkaran aku dengan lembaga yang bercakap seperti orang siam dapat didengar oleh orang-orang yang melihat disitu melalui anak gadis Cikgu Hassan Bomba. Bagaimanapun mereka tidak tahu apakah yang aku soalkan.
Disebabkan ada masalah peribadi maka saya tidaklah memberitahu Cikgu Hassan Bomba secara berterus terang. Melalui pertengkaran aku dengan lembaga berkenaan maka terbukalah tembelang Cikgu Hassan Bomba selama ini, bahawa dia sudah berkahwain lagi dengan seorang gadis dari Kedah. Aku dapat tahu keluarga isteri muda itulah yang mengupah seorang bomoh siam melakukan perbuatan sihir mengganggu istri dan anak gadis Cikgu Hassan Bomba.
Perkara itu sengaja tidak aku terangkan supaya tidak timbul perbalahannya dengan istri tuanya. Hanya beberapa hari selepas itu baru aku bertanya sama ada benar dia ada berkahwin seorang lagi. Cikgu Hassan Bomba mengaku dia pernah berkahwin seorang lagi, tetapi telah menceraikan istri mudanya tidak lama kemudian.
Malam tersebut selepas saja aku bangun dari ditidurkan oleh Lebai Hitam, istri Cikgu Hassan Bomba mulai sedar. Fikirannya pulih semula. Sementara anak gadisnya tidak lah kerap sangat membuang air kecil. Perubahan itu amatlah menggembirakan dia.
Bagaimanapun hampir sebulan juga selepas itu barulah keadaan pulih betul. Aku sendiri mengesyorkan kepada Cikgu Hassan Bomba supaya datang mengunjungi Lebai Hitam bagi mendalami pelajaran agama.
" Itulah pengalaman aku.." kata aku ketika menceritakan kepada kawan2 semasa di Cakra Alam sebagai pelatih tenaga dalam di Ampang.
" Kalau mahu belajar ilmu, belajarlah ilmu agama iaitu ilmu Allah. Jangan belajar ilmu setan yakni sihir....." aku mengingatkan.
Kawan2 di Cakra Alam ini memang tahu sikap aku yang terlalu suka menemui orang- orang tertentu kerana bertanyakan ilmu kebatinan. Seperti nenek aku, tidak mahu aku terjebak oleh keghairahan mahu belajar sehingga mempelajari ilmu-ilmu yang salah.
" Mintalah pertolongan semata-mata kepada Allah.." kata aku mengingatkan berulang kali......
" Afala tatafakarun, afala tankah, afala tushoyyid..."
Maka tidakkah kamu berpikir....?
TERIMA KASIH......
WIRID PARA MALAIKAT HAMALATUL ‘ARSY.
DI IJAZAHKAN OLEH :
ABAH GUNTUR DERAJAT.
11 MARCH 2010.
Salam takzim kepada sahabat2 semua kali ini, izinkan aku yang faqir ilmu ini berkongsi salah satu Wirid Para Malaikat Hamalatul ‘Arsy (Wirid Para Malaikat Penyangga Singgasana Allah SWT).
WIRIDNYA :
" BISMILLAAHI ROBBIYALLOOH, HASBIYALLOOHU TAWAKKALTU ALALLOOH, I’TASHOMTU BILLAAH, FAW WADHTU AMRII ILALLOOH, MAASYAA ALLOOH, LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH."
ARTINYA:
" Dengan menyebut nama Allah. Tuhanku adalah Allah. Yang mencukupiku adalah Allah. Aku berpasrah diri kepada Allah. Aku berlindung diri kepada Allah. Aku pasrahkan urusanku kepada Allah. Apa yang Allah kehendaki pasti akan terjadi. Tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah."
TATA CARANYA :
Wirid diatas cukup dibaca 3 kali atau 7 kali tiap ba’da sholat fardhu. Insya Allah berfaedah antara lain untuk :
* Membuka tabir khusyuk.
* Perlindungan/benteng keselamatan (dari berbagai serangan baik halus maupun kasar)
* Ketabahan/ketegaran.
* Kerezekian.
* Mempercepat / memudahkan dikabulkannya suatu hajat. * Pengobatan penyakit (baik medis maupun non medis), dan lain-lainnya.
KHUSUS RAWATAN :
1.) Khusus untuk pengobatan wirid tersebut dibacakan 100 kali pada segelas air putih (jika ada air zam-zam lebih baik).
2.) Sebelumnya melakukan sholat hajat 2 rakaat pada sepertiga malam. Setelah itu dilanjutkan dengan tawassul (tawassulnya yang umum saja / yang sering dibaca oleh pengamalnya).
3.) Membaca Al-Fatihah. 7x.
Al-Ikhlas. 7x.
Al-Falaq. 7x.
An-Naas 7x.
Ayatul Qursi. 7x.
Setelah itu baca wiridnya 100 kali. Lalu airnya diminumkan kepada pasakit yang sakit. Amalkan cara ini selama 7 hari berturut-turut.
Semoga bermanfaat bagi yg mahu mengamalkan ilmu ini. Jadilah manusia yang bermafaat pada manusia yang lain. Lakukan lah semua ini hanya untuk beribadah dengan ikhlas, sabar, yakin, dan istiqomah semata-mata kepada Allah SWT. Pasrahkan saja hasil seluruh amal dan ibadah lahir serta bathin kita kepada Allah SWT. Nescaya curahan rahmat, hidayah, inayah, karunia, dan ridho-NYA akan selalu menyertai kita semua. Aamiin.... Yaa Robbal 'Alamiin.
Seperti biasa ambil sisi positif dari cerita ini. Yang negetif jangan diambil. Kekuatan yg tak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tak berkenan di hati para sahabat2 semua, aku. Tok Penjejak Badai dgn merendahkan diri memohon maaf....
TERIMA KASIH....
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About
Popular Posts
-
MANTRA UNTUK SEMUA JENIS JUDI AGAR MENANG. TANPA SYARAT TANPA PANTANG. Assalamualaikum Wr. Wb sahabat-sahabat yang aku hormati sem...
-
TAWASSUL WALI SONGO UNTUK MENDAPATKAN ILMU ASMA'. Assalamualaikum wbt wt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dim...
-
RAJA DARI SEGALA RAJA SHOLAWAT. SHOLAWAT AL FATIH.. SAYYIDUSH SHOLAWAT. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahab...
-
VIRAL SEMULA DIMEDIA SOSIAL VIDEO BERDURASI HAMPIR SETENGAH JAM ADEGAN HENJUT ATIKAH SUHAIMI DAN IDRIS KHAS TERSEBAR MELUAS!! AWAS VIDEO ...
-
ASMA' SUNGE RAJEH LENGKAP. IJAZAH ASMA' RAJEH DIRAJEH. 2 Sanad. Assalamu’alaikum wr wb para sahabat-sahabat ahli Kampus seka...
-
KUNCI MEMANGGIL KHODAM DOA NURUN NURBUAT. DOA NURBUAT - NURUN NURBUWAH - CAHAYA KENABIAN. Itulah beberapa penyebutan doa ya...
-
AMALAN ILMU SYAHADAT GHOIB. CARA UNTUK MENEMBUS ALAM GHAIB. ILMU MERAGA SUKMA. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-...
-
Saya bawakan batu petir asli yakni item rare utk pakaian diri shbt shbt yg ikhlas dan yakin diri..inshaAllah Batu petir ini sanga t...
-
3 CARA MEMBUKA MATA BATIN. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di man...
-
Kenalan : Salam, ada ke cara ringkas contoh pengiraan kepingan atap genting untuk rumah ? Ambo : Wasalam, cara pengiraan asas yang amb...
No comments:
Post a Comment