Trending

Wednesday, 8 March 2017

DIRI MENANGGUNG RAHSIA



Amalan Syariat mengharapkan Shurga, Amalan Hakikat mengenal Diri kita.
Jaganlah dibanding-bandingkan ilmu yang ada supaya boleh bertambah ilmu didada
...
Surah AL- IKHLASH dalam Al Quran telah menceritakan tentang kewujudan Allah s.w.t. yang menjadikan Rahsia manusia itu sendiri dan menceritakan pula kewujudan Allah untuk ditanggung oleh manusia sebagai Rahsianya.

 Alam INSAN atau disebut juga dengan Alam ketujuh sudah terkandung didalam surah AL-IKHLAS.
Proses pemindahan atau tajli Zat Allah itu bermula dari alam Gaibul Ghaib kealam Ghaib hingga membentuk diri Zahir dan Batin.

 Diri manusia pada martabat INSANUL KAMIL adalah sebatang diri yang suci mutlak pada Zahir dan Batin. ~> Tiada cacat dan celanya dengan Allah s.w.t. iaitu Tuan Empunya Rahsia
Pada tahap martabat Alam Gaibul Ghaib, keadaan ini merupakan suatu martabat yang paling tinggi dan suci disisi Allah s.w.t. dan inilah martabat yang paling benar-benar diredhai oleh Allah s.w.t.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w pernah menegaskan dalam sabdanya, bahwa kelahiran seorang bayi itu dalam kedaan yang suci, dan yang membuatnya menjadi kotor itu adalah ibu bapaknya dan masyarakat, serta hanyutnya manusia itu sendiri di dalam gelombang godaan kehidupan di dunia ini.
Adalah menjadi tanggung jawab seorang manusia yang ingin menuju ke jalan kesucian dan makrifat kepada Allah Swt untuk mengembalikan dirinya ke suatu tahap yang bernama manusia KAMIL AL-KAMIL (sempurna) ataupun dinamakan tahap martabat Alam INSAN.

 Adapun martabat perWUJUDan Diri Rahsia Allah s.w.t. itu terbagi dalam tujuh (7) kategori/peringkat tajlinya, iaitu :
Ahdah
Wahda
Wahdiah
Alam Roh
Alam Misal
Alam Ijsam
Alam Insan
Ketujuh-tujuhnya ini terkandung di dalam Surah AL- IKHLAS, yaitu :
Qulhuawallahu ahad = Ahdah
Allahussamad = Wahdah
Lamyalid = Wahdiah
Walamyulad = Alam Roh
Walamyakullahu = Alam Mitsal
Kuffuan = Alam Ijsam
Ahad = Alam Insan


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts