Trending

Thursday, 23 March 2017

Dia Kata ‘Boleh Saya Hisap Awak?’ – Dini Van Haeren


Kuala Lumpur – Gila seks. Itu gambaran paling tepat terhadap perbuatan tidak bermoral seorang lelaki yang tanpa segan silu bertindak menganggu seorang wanita dengan bercakap perkataan-perkataan lucah semasa berada di dalam LRT.
Menerusi laman sosial Facebook, mangsa yang dikenali sebagai Dini Van Haeren sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sini. Tetapi, semasa berada di dalam LRT, dia berasa kurang selesa selepas ternampak seorang pemuda yang kelihatan mencurigkan sedang memandang ke arahnya.
“Pemuda ini memandang saya dari atas ke bawah dengan senyumannnya yang nakal dan sinis. Kamu pasti akan berasa tidak selamat kalau kamu lihat wajahnya ketika itu.
“Saya mendengar seperti suatu bisikan di telinga saya, dia kata ‘boleh saya hisap awak?,’” katanya.
Dini mengumpul keberanian untuk menjerit kepada pemuda itu namun pemuda itu hanya membalas jeritan Dini dengan senyuman sinis. Malah, wanita itu juga bertindak mengambil gambar lelaki itu menggunakan telefon bimbit.
Sedar wajahnya dirakam oleh Dini, pemuda itu cuba untuk menutup wajahnya dengan air kotak supaya identitinya tidak terbongkar.
Dini juga meminta semua golongan wanita untuk menjaga keselamatan diri, terutamanya jika keluar berseorangan. Mungkin golongan wanita boleh belajar seni mempertahankan diri atau membawa penyembur lada jika diganggu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

1 comment:

  1. Are you looking for free YouTube Subscribers?
    Did you know you can get them ON AUTO-PILOT & ABSOLUTELY FREE by registering on Like 4 Like?

    ReplyDelete

About

Popular Posts