Trending

Thursday 23 March 2017

Kecoh bila Pak Arab halang persembahan Zapin di Riyadh.. Ini cerita sebenar


Kekecohan berlaku ketika para pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor mempersembahkan tarian zapin di Riyadh International Book Fair (RIBF) 2017.
Seorang lelaki warga Arab Saudi bertindak merampas pembesar suara dan gambus yang dimainkan kumpulan pelajar tersebut. Difahamkan, lelaki Arab itu menganggap bahawa muzik itu adalah haram.
Menambah keruh keadaan, wujud segelintir pihak yang cuba mensensasikan keadaan dengan mengeluarkan pelbagai tuduhan tanpa asas di media sosial.
Kononnya pegawai yang bertugas dalam lawatan delegasi Malaysia ke Arab Saudi tidak sensitif terhadap budaya negara asing.
Untuk makluman pembaca, tarian zapin yang dipersembahkan itu merupakan permintaan daripada pihak penganjur RIBF iaitu Kementerian Kebudayaan & Penerangan Arab Saudi (MOCI).
Mereka hanya mensyaratkan bahawa penari yang terlibat hendaklah terdiri daripada kaum lelaki dan menutup aurat.
Dakwaan yang menuduh pihak Malaysia tidak sensitif dan bertindak semberono juga tidak tepat kerana pihak penganjur turut menerima contoh tarian sebelum hari persembahan.
Pihak Malaysia telah memberikan video kepada penganjur dan mereka (penganjur) bersetuju untuk mengadakan persembahan zapin tersebut.
Bahkan penganjur juga memberikan ruang khusus di majlis perasmian RIBF yang turut dihadiri tetamu kehormat.
Menurut sumber yang ketika ini berada di sana memberitahu bahawa ramai pengunjung teruja dengan persembahan zapin sebagai salah satu persembahan kebudayaan Malaysia.
Katanya, persembahan belum pun bermula, pengunjung sudah mengerumuni pentas persembahan.
Susulan kekecohan ini, Pengarah Urusan ITBM, En. Mohd Khair Ngadiron telah merujuk kepada pihak penganjur. Pihak penganjur tetap membenarkan persembahan berlangsung di Pavilion Malaysia sebanyak dua kali dalam masa sehari.
Malah penganjur akan memberikan kawalan keselamatan sepanjang berlangsungnya persembahan.
Oleh yang demikian, pengguna media sosial haruslah berhati-hati ketika menulis atau menerima mesej hebahan kerana dikhuatiri mengundang fitnah dan persepsi yang tidak benar.
Rasionalnya, kekecohan yang berlaku ini bukanlah melibatkan majoriti pengunjung tetapi hanya seorang sahaja./km
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts