Monday, 13 March 2017
KEBUMI MAYAT DI DUA BUKIT ANAK AIR
Assalam.....sahabat2 yg aku hormati semua, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala Puji Syukur Kehadirat Allah s.w.t. Selawat senantiasa dihaturkan kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Dgn mengharap ridho Allah s.w.t. Dan dgn kerendahan hati yg paling dalam, izinkan aku yg miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat2 semua. Insya 'Allah....
Ramai tetamu menunggu giliran ditengah rumah semasa aku naik kerumah Lebai Mat Ipin. Lantas sahaja dia menggamit supaya aku duduk di sisinya. Memang dia akan mengajak aku duduk disebelahnya asal sahaja aku jengah ke Batu Buruk menemui dia. Lagi pun sudah lama aku tidak kerumah Lebai Mat Ipin semenjak ke Indonesia kerana mahu belajar lagi.
Apa lagi disebabkan aku kerapkali pula ke Jakarta, menguruskan jadual2 ke masukan pelajar2/ murid2 baru di Kampus APC, Asia Paranormal Club. Ramai juga kawan-kawan yang tidak sempat aku dikunjungi. Semenjak Tok Bomoh Karim, Aki Sahak, Jali Tenjut dan Abang Mud sudah meninggal dunia, memang jarang aku ke Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Tetapi Lebai Ipin sekadar tinggal berhampiran sahaja, hanya sekali sekala sahaja aku temui semasa arwah Tok Karim masih hidup. Sebab itulah aku tidak berapa rapat sangat dengannya.
Tetapi dia riang benar sekiranya aku berkunjung ke Kampung Pasir Panjang singgah juga ke rumahnya. Mulutnya becok menyuruh isterinya Mak Seni siapkan hidangan sekalipun sekadar gulai ikan kering rencah pisang muda. Apalagi kalau aku datang bersama Amir dan isterinya, bertambah becok pula Mak Seni mahu melayani. Mereka tidak peduli sangat tetamu yang ramai menunggu meminta doa hingga terpaksa sampai santak ke tengah malam. Semasa aku berkunjung bersama Amir suami isteri kerumahnya inilah Mak Andak Joyah datang kesitu bersama suaminya Sudin Punggah. Mereka suami isteri gembira benar disebabkan penyakit gatal-gatal badan yang dihidapi oleh Mahani semakin bertambah pulih.
" Saya ni masih ada sikit-sikit gangguannya, tuan." ujar Mak Andak Joyah mengerling suaminya Sudin Punggah.
" Malam ni Badai ada sama, bolehlah dia bantu." sengaja Lebai Ipin menolak kepada aku dgn tersenyum memandang ke arah aku.
" Mahani pun dah sembuh, tuan." segera Abang Kiman memberitahu mengenai penyakit anaknya sudah pulih.
" Dah tak pernah lagi kena gatal-gatal macam gegata tu." dia tersengih-sengih menunjukkan kulit anaknya masih kelihatan kesan berparut.
" Alhamdulillah, semuanya dgn izin Allah." Lebai Ipin mencebik bibir.
" Pengerasnya macam mana, tuan..?" ujar Abg Kiman menyebabkan Lebai Ipin mengerutkan dahi.
" Pengeras, carilah besi." tersinggung benar Lebai Ipin apabila ditanya mengenai pengeras setelah berubat dirumahnya.
" Tuan Lebai ni bukannya dukun, mana ada pengeras." salah seorang tetamu mencelah ingatkan Abg Kiman mengenai sikap Lebai Ipin yang tidak pernah menetapkan pengeras berubat. Dia sekadar berdoa sahaja bukan mahu mengubati penyakit biar sampai sembuh.
" Saya tak tahu, sebab itu saya bertanya." jelas Abg Kiman setelah menyedari perasaan Lebai Ipin tersinggung.
Manalah dia tahu mengenai rawatan dirumah Lebai Ipin. Dia datang jejak kaki ke situ pun setelah didesak isterinya, bukan sebab disebabkan memahami sangat cara mana Lebai Ipin membuat rawatan. Sudah beberapa kali dia berulang alik ke situ, tidak siapa pun bertanyakan pasal pengeras selepas habis berubat. Lebih baik dia bertanya berterus terang sama ada pengeras itu ditetapkan atau pun tidak.
Disebabkan Mak Andak Joyah sekeluarga datang lebih awal dari tetamu yang lain, sengaja Lebai Ipin memanggilnya mara ke hadapan. Mak Andak Joyah disuruh duduk berlunjur kaki bersama mahani. Sewaktu Lebai Ipin memegang ibu jari kaki Mak Andak Joyah dia masih terjerit kuat seolah-olah dicucuh besi panas.
Tetapi Mahani tidak menanggung sakit apa-apa. Bibir yang pucat juga sudah mula merah semula, sekalipun kulitnya kesat seolah-olah bersalin kulit. Disebabkan ramai sangat tetamu menunggu giliran, lantas Lebai Ipin berbisik meminta aku tengokkan Mak Andak Joyah.
" Badai ni guru saya..." ujar Lebai Ipin merendah seolah-olah harapkan aku membantunya ketika itu.
Tetapi aku tahu dia sengaja bergurau, kerana perkara siapa menjadi guru tidak penting sangat. Tidak pernah pun aku mengajar apa-apa kepadanya sampai mahu dikatakan aku guru kepadanya itu.
" Apa yang aku tahu, Lebai Ipin lebih tahu lagi..." sahut aku melirik senyum apabila Andak Joyah tiba-tiba sahaja merungut tidak tentu biji butir.
Sekaligus pula Andak Joyah bingkas bangun disebabkan terlalu marah melihat aku tercongok disitu. Semasa dia mahu menerkam tangannya menjadi kaku tidak boleh digerakkan menyebabkan dia tercunga-cungap menahan sesak nafas.
" Hahhh, dgn Badai ni tak dapat la awak nak berlindung...." segera Lebai Ipin mengejek apabila Mak Andak Joyah berpusing-pusing mahu gerakkan badannya yg terkaku bagaikan batu tersergam.
Berdebar hati Kiman melihat keadaan emaknya kaku tidak dapat bergerak. Kalau tidak disebabkan ayahnya Sudin Punggah menghalang mahu saja dia membantu emaknya. Masakan emaknya tiba-tiba sahaja tidak boleh gerakkan badan mahu bingkas bangun menerkam kearah aku.
Lama Mak Andak Joyah tercegat tidak bergerak barulah dia terhuyung hayang mahu rebah ke lantai. Segera Lebai Ipin memberi isyarat supaya Sudin Punggah membantu isterinya. Setelah dibaringkan Andak Joyah perlahan-lahan menggerakkan badannya tetapi dia merungut seolah-olah tubuhnya diikatkan dgn tali melilit.
" Lepaskan tali yang mengikat badan aku ni..." rungut Andak Joyah cuba meronta-ronta.
" Mana pula ada tali ni...?" sahut Sudin Punggah suaminya menyindir kerana dia tidak melihat seutas tali pun terlilit di badan Andak Joyah.
" Awak tu mana tahu....!!" bentak Andak Joyah mencemik muka disebabkan marah benar disindir oleh Sudin Punggah.
" Hahh.., yg sakit Mahani, macam mana berpindah kepada emak....?" gerutu Kiman kerana tidak menyangka emaknya pula yg menanggung sakit yg dihidapi oleh anaknya.
" Budak Badai ni sengaja nak menyusahkan orang...." semakin marah Mak Andak Joyah meronta-ronta macam mahu melepaskan dari ikatan tali yang membelit kukuh tubuhnya.
Apabila aku hembuskan ke mukanya dgn membacakan :
" Innahu min-sulaiman wa-innahu bismillahhir rahmannir rahim.."
Andak Joyah seolah-olah terkejut. Dia bingkas duduk macam termangu tidak menentu. Lama dia terkebil-kebil mata memerhati suaminya Sudin Punggah yg memujuknya supaya bertenang.
Tetapi Lebai Ipin ingatkan mengenai isterinya masih belum ingat apa-apa ketika itu. Andak Joyah terpinga-pinga ketika itu disebabkan dia merasakan dirinya tercampak jauh ke tengah perkampungan lama. Terkejut benar dia disebabkan tidak pernah jejak kaki kesitu.
Sekaligus pula dia melihat Tok Lanang berdiri di anjung rumah memerhati orang-orang nya berceratuk ditengah halaman. Mereka mengajak Tok Lanang segera meninggalkan kampung halaman disebabkan kampung mereka diserbu musuh. Tetapi Tok Lanang tidak mahu mengalah selagi dia masih tercegat disitu. Tok Lanang tetap berdegil tidak mahu berundur. Di situlah kampung halamannya masakan dia mudah sangat menyerah kalah. Disebabkan Tok Lanang berkeras mahu bertahan orang-orangnya tidak bertangguh meninggalkan dia disitu. Mereka tidak rela terperangkap semata-mata ikutkan degil Tok Lanang.
Sekalipun isterinya mengagak Tok Lanang berundur kerana bimbang anak gadisnya akan diceroboh musuh, dia tetap tidak berganjak dgn keputusannya. Hinggalah musuh menyerbu Tok Lanang tetap bertahan disitu. Tatkala anaknya dilarikan musuh Tok Lanang terus mengamuk tidak peduli apa-apa lagi, hingga dia tersunggkur akibat kepalanya dipenggal musuh.
Mayat Tok Lanang terbiar di tengah halaman dgn kepalanya terpisah dari badan. Isterinya yg cedera disinggahi tetakan parang musuh juga tersandar di dinding rumah tidak dapat bergerak. Ketika ini Andak Joyah cuba mara kehadapan untuk membantu isteri Tok Lanang yg cedera parah, tetapi dia tertampan pada dinding cermin. Andak Joyah sekadar melihat isteri Tok Lanang mengerang-ngerang kesakitan.
Setelah orang-orang yg menceroboh meninggalkan rumahnya, tiba-tiba sahaja kepala Tok Lanam bercantum dgn badannya. Dia bingkas bangun lantas menyapu-nyapu pasir yang melekat pada bekas lehernya yang terpenggal. Selepas kepalanya bercantum semual, cepat-cepat Tok Lanang mendekati isterinya. Sebaik sahaja dia mengusap dgn tapak tangan pada bahagian yg luka dibadan isterinya, sekaligus luka-luka berkenaan bertaup semula.
" Anak kita dilarikan orang tu...." beritahu isterinya Ucum yg segar semula setelah lukanya sembuh.
" Tak apa, dia takkan buat jahat...." ujar Tok Lanang mencemik muka.
" Dia nak ambil anak kita jadi isterinya, biarlah..." gerutunya tidak mahu berdendam apa-apa lagi.
" Bagaimana kalau dia tahu awak macam ni...?" bimbang juga Ucum sekiranya musuh datang semula menyerbu sebaik sahaja mereka dengar Tok Lanang bangun semula setelah kepalanya dipenggal.
" Kalau mereka tahu, tentu huru hara lagi...!" bisiknya seolah-olah kesal dgn kejadian tersebut.
Terpaksa Tok Lanang mengajak isterinya lari ke hutan. Tatkala bertemu dgn kawannya Itam Sunoh dikawasan hutan, lantas Tok Lanang beritahu mengenai kejadian yang menimpanya. Dia memujuk Itam Sunoh meminta orang-orangnya yg lari kehutan balik semula ke kampung halaman.
Kemudian dia berpesan pada Itam Sunoh supaya buatkan kubur pada dua bukit yg dipisahkan oleh anak air. Sewaktu musuhnya orang-orang dari kampung seberang menjengah kesitu setelah dibertahu oleh anak gadis Tok Lanang supaya kebumikan mayat ayahnya, Itam Sunoh mengakui mematuhi wasiat Tok Lanang.
Kepalanya ditanam disebuah bukit, sementara badannya disebuah bukit yang lain dgn dipisahkan oleh anak air. Kalau tidak dipisahkan nescaya kepala itu akan bercantum semula hingga Tok Lanang bangun seperti sediakala. Memang anaknya Seri mengakui ayahnya boleh hidup semula kalau tidak diikuti petua tersebut.
Sawar yg berkahwin dgn Seri juga tidak berniat mahu teruskan dendamnya terhadap Tok Lanam. Apa sangat mahu terus berdendam kalau Seri sudah rela menjadi isterinya setelah Tok Lanang terbunuh. Sebab itu dia mahukan orang-orangnya segera kebumikan mayat Tok Lanang.
Tetapi semasa orang-orang Sawar datang menjengah ke situ mereka tidak menemui lagi mayat Tok Lanang yg terpenggal kepala. Masing-masing menjadi gementar kerana bimbang Tok Lanang akan mebalas dendam setelah bingkas bangun semula. Mereka juga dengar mengenai Tok Lanang boleh bangun semula setelah terkejang kaku tidak bergerak. Sebab itu mereka penggal kepala Tok Lanang biar tidak boleh bangun membalas dendam.
Sebelum Sawar menyerbu perkampungan Tok Lanang, dia juga sudah diberitahu mengenai Tok Lanang pernah diterkam harimau sampai seluruh badan calar balar hingga berkecai habis. Tetapi tidak sampai harimau berkenaan memamah Tok Lanang apabila ia menggelepar akibat seluruh badannya kejang kaku. Harimau berkenaan bagaikan termakan racun tatkala darah Tok Lanang berlumuran di taringnya. Tatkala embun pagi turun Tok Lanang bingkas bangun dgn mengusap-ngusap seluruh badannya dengan tapak tangan.Luka-luka calar balar akibat diterkam harimau bertaup semula seolah-olah tidak berbekas langsung dikerkah binatang ganas itu.
Sebab itu Sawar mahu orang-orangnya penggal sahaja leher Tok Lanang biar mati sekaligus. Apabila orang-orang Sawar menyedari mayat Tok lanang tidak ada lagi tergoleng di tengah halaman rumahnya, tidak bertangguh mereka memberitahu Sawar. Bimbang juga Sawar sekiranya Tok lanang menjelma didepannya lantas membalas dendam.
Tetapi Seri ingatkan dia supaya jgn berenggang langsung dengannya. Tentu ayahnya tidak akan tergamak membalas dendam setelah menyedari Sawar menjadi menantunya. Memang Sawar tidak terniat langsung mahu berkahwin dgn Seri, kerana dia datang menyerbu ke kampung Tok Lanang semata-mata mencari anak raja yang disembunyikan.
Tok Lanang berkeras tidak mahu serahkan anak raja yg bersembunyi dikampungnya, setelah dituduh anak raja itu mahu menipu. Dia mengaku berhak menjadi raja sekalipun sekadar kerabat sahaja yg tidak mempunyai apa-apa kedudukan. Tetapi Tok Lanang terpaksa lindungkan juga disebabkan anak raja berkenaan berkahwin dgn anak perempuannya.
Masakan dia rela serahkan menantunya kepada Sawar untuk ditawan sebelum diserahkan kepada raja. Tok Lanang sendiri tidak tahu raja mana yg mahu menangkap menantunya itu semata-mata mengaku dirinya anak raja sebelum berkahwin dan anak perempuan Tok Lanang.
Tidak patut Sawar berasa marah sekiranya lelaki itu mengaku dirinya anak raja, kerana Tok Lanang sendiri yg menjadi mangsa. Sebab itu dia berkeras melawan Sawar sekali lelaki itu mewakili raja. Tok Lanang sendiri tidak tahu raja mana yang diwakili oleh Sawar apabila menyerbu ke kampung halamannya.
" Tok Lanang hidup semula." gementar orang-orang Sawar memberitahu sebaik sahaja Sawar datang jejak kaki ke situ.
" Kita cari mayatnya dan kebumikan." ujar Sawar tenteramkan hatinya sendiri yg rusuh setelah menyedari Tok Lanang tidak ada lagi tergolek ditengah halaman.
" Tok Lanang sudah dikebumikan." sahut Itam Sunoh memberi jaminan bahawa mereka tidak akan diganggu.
" Bagaimana Itam kebumikan ayah.....?" desak Seri seolah-olah tidak percaya dgn pengakuan Itam Sunoh itu.
" Kepalanya kami kebumikan dibukit saja, dan badannya dikebumikan dibukit sini...." jelas Itam Sunoh menyimpan rahsia yg terpendam jauh disudut hatinya.
" Kepala dan badan tidak akan bercantum kerana dipisahkan oleh anak air...." dia menambah seperti pesan yg disampaikan oleh Tok Lanang.
" Saya percaya dgn apa yg Itam beritahu...." ujar Seri mengerling suaminya Sawar.
Memang dia satu-satunya yg tahu mengenai rahsia amalan ayahnya yg boleh bercantum semula kepala sekalipun terpenggal putus. Penjelasan Itam Sunoh itu memang sama dgn apa yg diberitahu oleh ayahnya Tok Lanang mengenai amalan ayahnya memakan Lam sejak bertahun-tahun.
Tahu sangat Seri ayahnya memang menyimpan binatang Lam itu didalam perigi sama seperti gamat yg meliar di pantai berteluk. Ayahnya akan menangkap Lam itu kemudian ditelan hidup-hidup tatkala matahari tengah naik sepenggalah. Selepas itu tiga hari ayahnya sekadar makan sayur-sayur sahaja dgn tidak menjamah ikan atau daging.
Dalam masa setahun nescaya ayahnya akan menelan Lam itu sampai tiga kali. Setiap kali ayahnya menelan Lam, dia tidak benarkan siapa sahaja bermain pisau hingga melukakan tangan. Disebabkan Seri seringkali desak dia beritahu mengenai rahsia Lam yg dipeliharanya didalam telaga, terpaksa juga Tok Lanang beritahu anak kesayangannya mengenai kelemahan amalan tersebut.
Memang benar diberitahu Itam Sunoh mengenai cara mengebumikan ayahnya sekiranya menemui ajal dgn kepala terpenggal. Kalau tidak terpenggal pun ayahnya sendiri meminta supaya dikerat kepalanya untuk dikebumikan berasingan dari badannya. Tok Lanang tidak dapat melarikan diri daripada ketentuan demikian setelah amalkan menelan Lam untuk pertahankan dirinya dari musuh.
" Amalan yg sia-sia...." tutur Sawar kesal kerana terpaksa dipenggal juga leher kalau mati tidak cacat apa-apa.
Alangkah sedihnya keluarga kalau mayat terbujur terpaksa dipenggal leher disebabkan badan dan kepala tidak boleh dikebumikan sama didalam satu liang lahad.
" Kita tengok Lam yg dipelihara ayah dalam telaga...." tidak bertangguh Seri mengajak suaminya menjengah telaga tempat Tok Lanang membela Lam tidak jauh dari rumahnya.
Semasa mereka menjengah ke dalam telaga, terkejut benar Seri disebabkan air didalam telaga itu kering kontang. Tidak seekor pun Lam menjalar didasarnya setelah air kering dibawahnya. Mengeluh panjang Seri disebabkan tidak sempat menatap wajah ayahnya sebelum Tok Lanang dikebumikan.
Tetapi dia tidak salahkan Itam Sunoh yg kebumikan mayat ayahnya dgn tidak menunggu dia datang menjengah. Tentu Itam Sunoh tidak sanggup menunggu lama untuk kebumikan mayat Tok Lanang.
" Macam mana dgn emak saya, Itam....?" seri semakin sebak apabila kenang emaknya yang ditinggalkan semasa rumah mereka diserbu.
" Emak awak juga meninggal dunia kerana cedera parah...." ujar Itam Sunoh sengaja sembunyikan rahsia yang mesti dipegangnya kukuh-kukuh.
" Kita pun sudah buat banyak kesilapan...." keluh Sawar perlahan sebaik sahaja diberitahu mengenai kematian Tok Lanang dan isterinya akibat serangan tidak berperi kemanusiaan.
Kalau lah dia sanggup berdamai setelah lelaki yg mengaku anak raja itu melarikan diri, tentu kejadian buruk demikian tidak berlaku. Apalagi setelah Seri menjadi isterinya semakin kesal Sawar kerana bimbang dituduh membunuh Tok Lanang semata-mata mahu berkahwin dgn anaknya. Sebab itulah Sawar mengambil keputusan tidak mahu menetap di perkampungan Tok Lanang. Lebih baik dia melarikan diri ke perkampungan yg jauh dari situ.
Memang Tok Lanang tidak pernah menjengah ke perkampungannya, sekali pun dia tahu Sawar menyesal dgn perbuatan menyerang ke situ. Biarlah dia sembunyikan diri ditengah hutan bersama isterinya Ucum. Satu-satunya yg sering kali menemui dia dikawasan hutan itu ialah Itam Sunoh.
Hinggalah Tok Lanang meninggal dunia setelah mengidap demam panas, Ucum bersama Itam Sunoh tetap rahsiakan juga mengenai ketua kampung mereka itu. Sebaik sahaja mayat Tok Lanang dibujurkan, lantas sahaja Ucum meminta Itam Sunoh memenggal kepala mayat. Dia mengajak orang-orang kampung berpecah dua untuk kebumikan mayat Tok lanang di dua buah bukit yg dipisahkan oleh anak air.
" Kita terpaksa penggal leher mayat ini....." beritahu Ucum sebaik sahaja orang-orang kampung datang menjengah.
Terkejut juga orang-orang kampung apabila diberitahu mengenai Tok Lanang tidak mati setelah dibunuh oleh orang-orang Sawar. Tentu anaknya Seri akan meratap menerpa mayat ayahnya sekiranya dia tahu mengenai kejadian yg menimpa diri ayahnya.
" Sebelum kita penggal leher mayat ni, elok kita beritahu Seri...." lantas Itam Sunoh memujuk.
" Biarkan, dia melawan ayahnya kerana sanggup nikah dgn Sawar...." sahut Ucum masih menyimpan dendam diatas perbuatan Sawar menyerbu rumahnya.
Kalau tidak disebabkan perbuatan Sawar nescaya dia anak beranak tidak porak peranda. Apalagi Seri sendiri sanggup menjadi isteri Sawar yg sanggup membunuh Tok Lanang.
" Kalau begitu keputusan awak, terpaksalah kebumikan cepat..." ujar Itam Sunoh mengeluh pendek.
" Kita kebumikan sebelum embun turun...." beritahu Ucum ingatkan jiran-jirannya mengenai petua yg digunakan oleh Tok Lanang.
Tahu sangat dia mayat Tok Lanang akan kejang menjadi batu kalau tidak sempat dikebumikan sebelum embun turun. Bimbang juga Ucum kalau badan mayat bangun berdiri meninggalkan kepalanya yg dipenggal. Manalah tahu mayat tidak berkepala itu merayau-rayau di dalam kampung sampai 44 hari.
Memang Tok Lanang sudah pesankan supaya mayatnya mesti dipenggal kepala. Kemudian dikebumikan berasingan pada dua buah bukit yg dipisahkan oleh anak air. Kalau mayatnya tidak dipenggal kepala Tok Lanang sendiri tidak tahu apa akan terjadi kerana petua yg diturunkan kepadanya sekadar menyuruh penggal sahaja kepala.
Sebab itu Ucum juga tidak dapat mengagak sekiranya mereka berdegil melanggar petua yg telah ditetapkan oleh Tok Lanang. Beberapa kali Tok Lanang ingatkan isterinya sekiranya tidak dipenggal kepala nescaya kepalanya akan melayang sendiri meninggalkan badan, atau badannya berjalan merayau-rayau sendiri meninggalkan kepala.
Tengah malam itu juga mayat Tok Lanang dikebumikan pada dua buah kubur. Sebahgian orang-orang kampung mengusung kepalanya ke bukit sebelah kanan, manakala mereka yg mengusung badan mayat membawa ke bukit sebelah kiri. Selepas sahaja dikebumikan mereka terdengar laungan kuat dari bukit sebelah kanan asal sahaja embun tengah malam turun.
Selama 44 malam mereka terdengar kepala Tok Lanang melaung mengajak badannya yg dipenggal itu bercantum semula. Gema laungan itu bergema setiap kali embun turun tengah malam. Ketika Andak Joyah terkejut disebabkan gema laungan kepala mengajak bercantum semula itu terasa menggerunkan dia.
Andak Joyah terkebil-kebil mata cuba ingatkan semula kejadian yg dilihatnya setelah terpinga-pinga sebaik sahaja aku hembuskan ubun-ubunnya dgn membaca tiga kali al-fatihah.
" Tanyalah Mak Andak Joyah, apa yg dia nampak...." ujar aku perlahan memandang Kiman dan Sudin Punggah.
" Istighfarullahhul azim....." keluh Andak Joyah memicit-micit lututnya akibat lenguh-lenguh seluruh badan.
" Apa yg mak nampak....?" tidak sabar lagi Kiman terus mendesak.
Perkara anaknya Mahani gatal-gatal seluruh badan sudah tidak penting lagi, disebabkan emaknya pula termengah-mengah tidak menentu apabila disuruh berlunjur kaki didepan aku.
" Hisss.., kamu ni tunggulah dulu...!" gerutu Sudin Punggah ingatkan anaknya apabila mendesak sangat.
" Memang Tok Lanang...." ujar Andak Joyah terharu apabila terkenang melihat bayangan Tok Lanang dgn mayatnya terbujur tetapi terpaksa dipenggal leher oleh Itam Sunoh.
" Bapa saudara saya Tok Mukim tu memang keturunan dari Tok Lanang..." sebak sangat Andak Joyah memberitahu aku.
Sewaktu bapa saudaranya Tok Mukim beritahu mengenai perigi buta dibelakang suraunya tempat Tok Lanang membiakkan binatang Lam, sengaja Andak Joyah tidak ambil peduli sangat. Manalah dia tahu mengenai khasiat Lam yg sengaja dipelihara oleh Tok Lanang didalam perigi berkenaan.
Tanah peninggalan yg didiami oleh Tok Mukim sejak turun temurun mereka warisi dari Tok Lanang. Tahu sangat Andak Joyah memang dia juga keturunan Tok Lanang disebelah emaknya, tetapi dia tidak peduli sangat mengenai perigi buta tempat Tok Lanang memelihara Lam. Di dalam perigi buta itulah dia nampak ular sawa sebesar peha berlingkar.
Beberapa kali juga Andak Joyah ternampak bapa saudaranya terluka ditusuk mata parang, tetapi mudah sahaja lukanya bertaut semula. Darah yg mengalir serta merta berhenti sebaik sahaja diusap dgn tapak tangan. Apabila kenang kejadian yg menimpa Tok Mukim yg ngeri juga dia, macam mana pun tidak lah sama ngerinya melihat Itam Sunoh mengerat leher mayat Tok Lanang.
Mahu juga dia menyerbu ke tengah rumah menghalang Itam Sunoh supaya tidak memenggal leher mayat, tetapi dinding cermin itu kukuh menampannya. Dia tidak dapat membolosi dinding cermin berkenaan sekali pun dirempuh berulang kali.
" Jangan penggal leher mayat tu...." jerkah Andak Joyah tersengguk-sengguk menangis menyebabkan Sudin Punggah bersama Kiman terkejut.
Mereka gelabah tidak menentu apabila Andak Joyah meracau tidak benarkan memenggal kepala mayat. Dalam masa Andak Joyah terisak-isak menangis itulah dia nampak Tok Mukim berdiri disisinya. Lantas sahaja Tok Mukim memujuk supaya tidak menjerit kuat. Siapa pun tidak boleh menghalang kerana petua demikian ditetapkan sendiri oleh Tok Lanang. Siapa sahaja mengamalkan menelan Lam mesti dipenggal mayatnya supaya kepala atau badannya tidak merayau-rayau selepas dikebumikan.
Apabila kenang kematian Tok Mukim seisi kampung menjadi gempar apabila melihat tubuh merayau-rayau dengan tidak berkepala. Lebih sebulan mereka diganggu lembaga tidak berkepala itu sekali pun siapa pun tidak mengalami apa-apa petaka. Tetapi masing-masing takut mahu keluar diwaktu malam kerana bimbang terserempak lembaga tidak berkepala itu.
Memang mereka cam lembaga tidak berkepala itu jelmaan Tok Mukim. Beberapa kali Tok Mukim berpesan supaya kepalanya dipenggal sebaik sahaja meninggal dunia, tetapi siapa sanggup melakukannya. Lainlah ketika Tok Lanang meninggal dunia, mereka tidak perlu membuat laporan polis.
Semasa Tok Mukin meninggal dunia mereka dikehendaki membuat laporan polis. Masakan polis membenarkan mereka memenggal kepala mayat sebelum dikebumikan semata-mata mahu memenuhi permintaan Tok Mukim. Tentu guru-guru agama juga tidak benarkan mayat Tok Mukim dipenggal kepala. Andak Joyah sendiri akan membantah sekiranya orang-orang kampung berdegil mahu memenggal mayat bapa saudaranya itu.
Disebabkan mereka tidak mematuhi pesanan Tok Mukim, seisi kampung gempar dgn lembaga tidak berkepala itu. Lenggangnya, langkahnya, gerak gerinya memang sama macma Tok Mukim sekali pun kepalanya tidak ada. Memang seisi kampung dapat mengagak jelmaan Tok Mukim yg merayau-rayau tidak berkepala itu.
Tetapi Tok Mukim tidak pernah amalkan memakan Lam. Andak Joyah tahu tidak seekor pun Lam yg dipelihara oleh Tok Mukim. Masakan guru agama mengajar membaca al-quran seperti Tok Mukim mahu amalkan memakan Lam hidup-hidup semata-mata mahu pertahankan diri supaya tidak mudah dilukai. Kalau luka pun nescaya akan sembuh serta merta sama seperti Lam yg mudah bercantum tubuh sekali pun dicincang lumat.
Kenapa Tok Mukim menanggung nasib demikian kerana dia keturunan Tok Lanang.....? Bimbang juga Andak Joyah apabila kenangkan keturunan Tok Lanang mesti dipenggal kepala sebaik sahaja mayatnya terbujur. Kepala dan badan mesti dikebumikan berasingan dgn dipisahkan oleh anak air. Kalau tidak selama 44 malam jelmaan lembaga tidak berkepala akan merayau-rayau didalam kampung.
" Saya tak mahu jadi macam Tok Mukim...." tiba-tiba sahaja Andak Joyah menunduk menahan sebak yg mengocak didadanya.
" Apa yg jadi pada Tok Mukim, mak...?" segera Kiman mendesak kerana dia sendiri tidak pernah menatap muka Tok Mukim itu.
Andak Joyah tidak menyahut. Kerengkungnya terasa tersekat hingga tidak dapat meneruskan tutur kata. Kemudian dia berpaling kearah aku, jelas air mata tergenang dipelupuknya. Dia dapat membayangkan sekiranya menerima padah seperti Tok Mukim apabila orang-orang kampung tidak sanggup memenggal kepala mayat.
" Macam manalah adik Badai, kalau saya menerima nasib seperti Tok Mukim....?" gementar suara Andak Joyah asal sahaja ingatkan nasib yg menimpa Tok Mukim.
" Perkara tu saya tak tahu...." ujar aku mengeluh pendek. Manalah aku tahu perkara yg belum berlaku ke atas diri Andak Joyah.
" Kalau saka, buangkanlah adik Badai..." ujar Andak Joyah merayu apabila kenangkan jelmaan Tok Mukim tidak berkepala merayau-rayau didalam kampung.
" Sekiranya saka,buang sajalah, Badai..." desak Sudin Punggah pula kerana bimbang isterinya akan mengalami kejadian yg menimpa Tok Mukim.
Dia juga tahu tentang Tok Mukim yg meninggal dunia tiba-tiba jelmaan lembaga tidak berkepala ditemui merayau-rayau. Sudin Punggah memang tidak pernah terserempak lembaga tidak berkepala merayau-rayau itu, disebabkan kampungnya jauh sedikit jaraknya. Tetapi dia memang mendengar pasal penduduk-penduduk kampung gempar terserempak lembaga tidak berkepala. Sekali sekala mereka nampak kepala melayang di udara dgn tidak berbadan. Bagaimanapun kepala tidak bertubuh tidak kerap sangat ditemui oleh penduduk-penduduk kampung.
" Nak buang saka, kene tanya Lebai Ipin...." lantas aku suruh mereka berterus terang kepada Lebai Ipin.
Memang aku tidak berpengalaman apa-apa kalau pasal diganggu saka seperti dialami oleh Andak Joyah ini. Lebai Ipin bukan takat membuang saka sahaja, kalau sudah termakan kotoran pun dapat dipulihkan. Tatkala Sudin Moyok datang menemui dia disebabkan mengidap sakit dalam perut, lantas sahaja Lebai Ipin menuduh dia diberi makan nasi tangas(nasi kangkang). Tersinggung juga Sudin Moyok kerana dituduh demikian. Siapa lagi yg sorongkan dia nasi tangas kalau bukan isterinya sendiri.
Keluarganya juga menuduh dia terlalu mematuhi perintah isterinya Seridah. Kalau tidak disebabkan sakit perut bertahun-tahun hingga badannya juga kurus melidi, nescaya dia tidak akan jejak kaki ke Batu Buruk menemui Lebai Ipin. Tetapi sudah beberapa kali dirawat di hospital, penyakit dalam perut yg dihidapinya tidak juga sembuh. Sebab itu dia mencuba menemui Lebai Ipin. Belum pun dia beritahu apa-apa, Lebai Ipin sudah menuduh dia memakan nasi tangas. Tetapi dia cuba bertahan mahu terus berubat. Sudin Moyok sanggup carikan 12 helai duan sireh, 7 jenis limau dan tiga butir ibu garam.
Setelah dimandikan dgn air tujuh jenis bunga itu, Lebai Ipin menyuruh dia minum air limau dicampur tiga butir ibu garam. Hampir juga dia termuntah di kole air limau berkenaan. Apabila dia termuntah ke dalam besen yg ditadah, memang Sudin Moyok melihat nasi bercampur kotoran air hitam laksana perlimbahan.
Tiga malam dia datang barulah Sudin Moyok merasa segar. Semenjak itu dia tidak lagi mengidap sakit perut berterusan. Kalau isterinya Seridah cuba membentak seperti kebiasaan lantas sahaja dia menjerkah sampai terkebil-kebil mata.
Bukan Sudin Moyok sahaja harapkan Lebai Ipin akibat sakit dalam perut, Haji Maasar juga serba salah tatkala mengakui pakai susuk emas dgn susuk berlian. Sehingga umurnya 60 tahun pun Haji Maasar masih kelihatan seolah-olah lelaki berumur 40 tahun. Bimbang juga Haji Maasar tubuhnya tidak diterima bumi apabila meninggal dunia sekiranya susuk berkenaan tidak dibuangkan. Setelah dimandikan dgn air tujuh jenis bunga, Lebai Ipin pantangkan Haji Maasar tidak boleh menjamah makanan yg ditusuk sampai seminggu. Tatkala isterinya membeli sate hampir juga Haji Maasar menjamah rakus, tetapi cepat-cepat isterinya ingatkan pantang larang Lebai Ipin.
Dalam tempoh seminggu itu pula Haji Maasar menanggung sakit perut memulas, seolah-olah mahu buang air. Apabila berkejar ke atas hanya angin sahaja membuak-buak. Ketika ini dia melihat didalam lubang tandas seolah-olah beberapa pucuk jarum berkilauan seperti emas menjunam jatuh. Tetapi apabila diperhatikan sungguh-sungguh dia sekadar melihat pusaran air didalam mangkuk tandas sahaja.
" Tolonglah buangkan saka ni, tuan...." Andak Joyah tetap berharap siapa sahaja boleh membantunya.
Memang dia tidak mahu berlaku kejadian yang menimpa Tok Mukim itu kepada dirinya. Sudah tentu jiran-jiran tidak sanggup memengal kepala mayat sekiranya dia meninggal dunia. Polis juga tidak akan benarkan mayat dipenggal kepala. Bila-bila mereka akan diheret ke balai polis kalau berkeras memenggal kepala mayat. Manalah polis mahu mempercayai amalan memakan Lam itu mesti lakukan demikian. Lagi pun sudah beberapa keturunan Tok Lanang yg diganggu saka berkenaan disebabkan amalan tersebut.
" Tak dapat saya nak putuskan sekarang..." ujar Lebai Ipin merendah setelah didesak oleh Andak Joyah.
" Biar saya solat tahajud dulu tiga malam, lepas tu baru saya beritahu...." dia menambah dalam keadaan serba salah.
Sewaktu tercampak ke perkampungan lama itu memang Andak Joyah mejadi gementar dgn keadaan yg menimpa Tok Lanang. Apabila aku bacakan doa berterusan, Andak Joyah seolah-olah terkurung tidak dapat lari kemana. Aku terus bacakan :
" La-ilaha illallahu wallahhu akbar soddaqahu faqola la-ilaha illa ana wa-ana akbaru,wa-iza qola la-ilaha illahhu wahdahu la-syarikalahu qola ya-qulu lailaha illa ana wahdi la-syarikali..."
Ketika ini dia dapat mendengar dgn jelas Tok Lanang ingatkan isterinya Ucum supaya penggal lehernya sebaik sahaja meninggal dunia. Kalau tidak patuhi petua berkenaan nescaya tubuhnya akan merayau-rayau dgn tidak berkepala selama 44 malam.
Sekiranya belum ajal bila-bila Tok Lanang boleh bingkas bangun sekalipun kepalanya sudah bercerai dari badan. Asal sahaja embun jantan turun kepalanya akan bergerak mencari tubuh yg terputus leher. Sekaligus pula tangannya mengusap-ngusap leher sampai kepala tersebut bercantum semula.
Didalam perigi buta tempat ular sawa berlingkar itulah Tok Lanang memelihara Lam yg dijadikan amalan di makannya setiap tiga bulan sekali. Andak Joyah dapat melihat dgn jelas, menjadikan dia semakin bimbang. Apalagi apabila kenang Tok Mukim yg meninggal dunia, tiba-tiba sahaja menjelma lembaga tidak berkepala merayau-rayau didalam kampung.
Di tepi perigi berkenaan tersergam pokok jejawi merimbun. Disitulah Andak Joyah melihat sarang tebuan tersangkut sampai sebesar tempayan. Habis sahaja menelan tiga ekor Lam hidup-hidup, Tok Lanang akan menyeluk sarang tebuan itu mencari anak tebuan masih putih. Dia akan meratah tiga ekor anak tebuan itu macam menikmati manisan lebah.
Sebab itu sarang tebuan berkenaan tidak diganggu sesiapa pun asal sahaja mereka melintas disitu. Siapa sahaja mahu mencuri Lam yg dipelihara didalam perigi berkenaan nescaya akan diserang tebuan tidak bertangguh. Memang tidak siapa pun berani ganggu Lam yg dipelihara oleh Tok Lanang disitu.
" Tok Lanang tu buat amalan sia-sia..." gerutu Andak Joyah kesal sangat dgn amalan yg diamalkan oleh Tok Lanang.
Kalau amalan itu memberi manfaat kenapa dia ditewaskan oleh sawar yg datang dari seberang. Tok Lanang tersungkur ditengah halaman rumahnya akibat terpenggal kepala, Seri dilarikan pula oleh Sawar. Kalau dia gagah setelah amalkan memakan Lam sudah tentu sukar mahu ditewaskan oleh Sawar.
Ketika itu seisi kampung tahu dia boleh hidup semula setelah kepalanya terpenggal. Tetapi Tok Lanang terpaksa melarikan diri kehutan dgn meminta Itam Sunoh sebarkan berita mengenai dia telah mati terbunuh. Sengaja dia suruh buat kubur pada dua bukit yg dipisahkan oleh anak air semata-mata mahu kelirukan Sawar. Kenapa dia terpaksa melarikan diri daripada Sawar kalau amalannya itu memberi manfaat.
" Masa itu tak boleh samakan dgn masa sekarang, Andak Joyah...." Lebai Ipin ingatkan dia supaya tidak salahkan Tok Lanang.
Ketika itu amalan demikian memang berguna kepada sesiapa sahaja menjadi ketua didalam kampung. Dia mesti dipandang gerun sama seperti terserempak sarang tebuan sebesar tempayan.
Tentu siapa sahaja tergamam kalau melihat sarang tebuan sebesar tempayan. Mereka jadi gementar bimbang tidak sempat melarikan diri. Apa lagi tatkala melihat warna kuning dan hitam tebuan yg berterbangan mencari mangsa. Mereka akan gerun menatap muka Tok Lanang sama seperti melihat tebuan berterbangan dikepala.
Sebab itu Tok Lanang amalkan memakan anak tebuan masih putih didalam sarang setelah dia tahu bahana amalkan amalan berkenaan hingga terpaksa dipenggal kepala setelah terbujur menjadi mayat, tetapi ketika itu kalau tidak buat amalan tersebut sudah tentu siapa sahaja berani langgar bahasa didepannya.
Amalan Tok Lanang bukan mahu menjadi perkasa macam pendekar yg mampu memencak ditengah gelanggang. Dia sekadar mahu kelihatan di pandang gerun oleh sesiapa sahaja menatap mukanya, dia tidak mahu dibunuh kalau tidak tahu mencari rahsia kelemahannya.
Sebelum Andak Joyah balik sempat juga aku menyuruh dia amalkan solat sunat tahajud dgn membacakan Ayatul Qursi 313 kali sampai 44 malam. Disebabkan dia masih merasakan tubuhnya sengal-sengal tidak dapat mahu melangkah, aku doakan sahaja dgn membaca :
" Bal-nuqzifu bil-hoqqi 'alalbathili fayad manghuhu fa-iza huwazahuqun,walakumul wailu mimma tisfun,wamabikum min-ni 'matin gaminallahhi thummaiza massakumudh dhurru fa-ilaihi taj-arun."
Tiga minggu selepas itu Lebai Ipin memberitahu aku mengenai Andak Joyah mengalami sakit-sakit seluruh badan bagaikan disengat tebuan apabila amalkan solat sunat tahajud dgn membacakan Ayatul Qursi 313 kali. Terpaksa juga dia menemui Lebai Ipin di Batu Buruk kerana diganggu demam panas hingga terbatuk-batuk darah.
Tetapi Andak Joyah kuatkan semangat. Dia bangun juga tengah malam mahu cukupkan sampai 44 malam, sekalipun terpaksa menahan kesakitan akibat demam panas setelah merasa seluruh tubuhnya bagaikan disengat tebuan bertubi-tubi. Biarlah dia terpaksa menempuh kesakitan demikian asal sahaja dapat mengetahui kesudahan setelah amalkan sampai 44 malam......
Seperti biasa, ambil sisi positif dari kisah ini. Yg negetif jgn diambil. Kekuatan yg tak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt, Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yg tak berkenan di hati para sahabat2 semua, aku. Tok Penjejak Badai dgn merendahkan diri memohon maaf.
TERIMA KASIH....
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About
Popular Posts
-
MANTRA UNTUK SEMUA JENIS JUDI AGAR MENANG. TANPA SYARAT TANPA PANTANG. Assalamualaikum Wr. Wb sahabat-sahabat yang aku hormati sem...
-
TAWASSUL WALI SONGO UNTUK MENDAPATKAN ILMU ASMA'. Assalamualaikum wbt wt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dim...
-
RAJA DARI SEGALA RAJA SHOLAWAT. SHOLAWAT AL FATIH.. SAYYIDUSH SHOLAWAT. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahab...
-
VIRAL SEMULA DIMEDIA SOSIAL VIDEO BERDURASI HAMPIR SETENGAH JAM ADEGAN HENJUT ATIKAH SUHAIMI DAN IDRIS KHAS TERSEBAR MELUAS!! AWAS VIDEO ...
-
ASMA' SUNGE RAJEH LENGKAP. IJAZAH ASMA' RAJEH DIRAJEH. 2 Sanad. Assalamu’alaikum wr wb para sahabat-sahabat ahli Kampus seka...
-
KUNCI MEMANGGIL KHODAM DOA NURUN NURBUAT. DOA NURBUAT - NURUN NURBUWAH - CAHAYA KENABIAN. Itulah beberapa penyebutan doa ya...
-
AMALAN ILMU SYAHADAT GHOIB. CARA UNTUK MENEMBUS ALAM GHAIB. ILMU MERAGA SUKMA. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-...
-
Saya bawakan batu petir asli yakni item rare utk pakaian diri shbt shbt yg ikhlas dan yakin diri..inshaAllah Batu petir ini sanga t...
-
3 CARA MEMBUKA MATA BATIN. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di man...
-
Kenalan : Salam, ada ke cara ringkas contoh pengiraan kepingan atap genting untuk rumah ? Ambo : Wasalam, cara pengiraan asas yang amb...
No comments:
Post a Comment