Monday, 13 March 2017
BERTEMU TOK SERBAN KUNING
BERTEMU TOK SERBAN KUNING.
Assalam.....sahabat2 yg aku hormati semua, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala Puji Syukur Kehadirat Allah s.w.t. Selawat senantiasa dihaturkan kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Dgn mengharap ridho Allah s.w.t. Dan dgn kerendahan hati yg paling dalam, izinkan aku yg miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat2 semua. Insya 'Allah....
Sudah 1 minggu aku di APC, Asia Paranormal Club di Jakarta. Pengambilan murid2 baru lagi 1 minggu. Hanya aku, Andi, Nasir Anglir sama Ki Jono sahaja yg ada di situ. Katil2 di asrama untuk murid2 baru sudah dikemas Andi dan Nasir Anglir, semua ada 15 katil di situ. Andi tanya aku pernah belajar silat ke di S'pore.
" Badai, kamu pernah belajar silat di S'pore....?"
" Ga ada Andi.." jawab aku ringkas.
" Kenapa...? Kamu ga suka ya...?"
" Aku suka, tapi nenek aku ga izinkan Andy..."
Aku mengimbau kembali masa kecil aku di Kampung Berih.
Dengan tidak setahu nenek, aku telah bertemu dengan seorang guru silat yang dikenali dengan nama To’ Leh. Yang membawa aku berjumpa To’ Leh itu ialah bapa saudara aku sendiri, iaitu adik bungsu emak mak.
Ketika itu aku sudah berumur 13 tahun, manakala bapa saudara aku itu berumur 19 tahun. Sebenarnya aku tidaklah belajar silat sangat dengan To’ Leh itu. Kalau aku belajar pun, aku sudah lupa langkah dan tandaknya. Bapa saudara aku itu memang belajar bersungguh-sungguh. Dia tamat menuntut dengan membawa pulut kuning sepinggan, pisau raut, garam dan duit $25.00 sebagai ‘pemati’. Di samping tamat belajar silat, bapa suadara aku juga dikehendaki mengamalkan pertapaan.
" Kau juga boleh ambil hak ini…" kata bapa saudara aku.
" Aku tak tamat Busu, macam mana. Takkan To’ Leh bagi aku bertapa ke....?" ujar aku.
" Ah, bolehlah aku pujuk To’ Leh...." bapa saudara aku memberi jaminan.
Memang benar, To’ Leh membenarkan aku ikut sama bertapa. Kami dikehendaki mencari pokok pisang baru menjulur jantung dan jauh dari tempat orang ramai. Di samping itu kami hanya dibekalkan dengan kapur sirih dan kemenyan yang sudah dijampi oleh To’ Leh.
Pada sebelah petangnya aku bersama bapa saudara aku lah mencari pokok pisang hutan di pinggir kampung, dan menandakan tempatnya untuk membolehkan kami bertapa pada sebelah malam nanti. Perkara bertapa ini memang kami tidak beritahu kepada nenek. Aku tahu nenek tentu marah kalau diketahuinya aku dan bapa saudara aku pergi bertapa.
Aku sudah menetapkan tempat aku pada serumpun pisang hutan berhampiran dengan anak air yang terdapat batu-batu besar di sekelilingnya. Manakala bapa saudara aku pula agak jauh dari situ, iaitu di sebalik bukit di kawasan padang lalang. Bagaimana pun kalau ikut jalan dari kampung, tempat aku bertapa itu lebih awal ditemui, sebelum sampai ke tempat rumpun pisang yang di temui oleh bapa saudara aku.
Lepas maghrib kami pergi ke tempat bertapa masing-masing. Aku membawa sebatang lilin bersama. Lilin itu hanya sebagai persediaan saja, dan aku dibenarkan memasangnya kalau gagal dalam ujian pertapaan itu. Aku pun duduk di bawah rumpun pisang yang telah aku tandakan pada sebelah petangnya. Aku tidak peduli lagi mengenai diri bapa saudara aku, yang berjalan menuju ke tempat yang telah dipilihnya petang tadi.
Mula-mula aku duduk di dalam gelap itu terasa juga gementar. Tetapi To’ Leh sudah mengingatkan supaya berani menghadapi apa jua kemungkinan. Kemenyan aku bakar, jampi serapah aku baca, aku menunggu dugaan yang dikatakan oleh To’ Leh. Kelilingnya sunyi sepi, hanya kedengaran bunyi cengkerik mengiang-ngiang. Semangkin lama duduk di situ semakin seram rasanya. Tiba-tiba aku mendengar satu benda besar melompat di hadapan aku.
" Datang kau ya, salam…." aku menyuluh dengan lampu picit.
Di depan aku tersergam seekor katak sebesar nyiru(kelapa). Cepat-cepat aku pangkah belakangnya dengan kapur. Kemudian katak berkenaan hilang dari pandangan mata. Peluh mula berbintik-bintik di dahi aku. Selepas kemunculan katak sebesar nyiru itu aku tidak menemui apa-apa lagi. Puas aku melakukan apa yang di suruh To’ Leh, tetapi tidak ada apa pun yang melintas.
Lama aku menunggu di bawah rumpun pisang baru menjulur jantung itu. Nyamuk juga banyak mengiang-ngiang di teliga menyebabkan aku tidak dapat membuat amalan bertapa itu dengan khusuk (konsentrasi). Sehingga jauh malam aku merasa mengantuk. Baru mahu tersengguk tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan. Hentakan kaki itu bagaikan bergegar bumi tempat aku duduk itu. Oleh sebab gegarannya yang kuat membuatkan aku menjadi gementar.
Belum pun sempat melihat siapakah yang berjalan itu aku terdengar bunyi orang terbatuk-batuk, sayup-sayup bunyi batuknya itu jauh di awan. Keadaan ini menambahkan aku semakin gementar. Disebabkan rasa takut semakin menekan perasaan, aku pun lantas bangun lari meninggalkan tempat pertapaan itu.
Aku tidak peduli apa yang tejadi kepada bapa saudara aku. Sebaliknya aku terus berlari balik ke rumah. Tercungap-cungap aku sampai di rumah. Kira-kira jam dua pagi aku sampai di rumah. Sehingga subuh aku masih tidak dapat melelapkan mata apabila sudah sampai di rumah.
Semua peristiwa ini tidak aku beritahu kepada emak atau ayah. Hanya aku dan bapa saudara sahaja yang tahu apa yang kami lakukan. Tetapi besoknya aku tidak dapat pergi kerumah nenek untuk bertanyakan kepada bapa saudara akan pengalamannya. Aku merasakan badan macam seram-seram sejuk. Keadaan aku semakin bertambah teruk bila menjelang petang.
Setiap kali mahu melelapkan mata, terbayang saja kepada aku satu lembaga besar. Hidungnya saja sebesar tempayan dengan batuknya yang menggerunkan. Mimpi-mimpi aku juga sentiasa menakutkan. Malamnya aku bermimpi tidur bersama mayat-mayat yang terbujur.
Ini menyebabkan aku mengigau ketakutan. Akhirnya baru disedari bahawa aku jatuh sakit. Sepanjang sakit itu sering aku bermimpi betemu dengan lembaga besar. Dia mengaku dirinya penghulu bunian.
" Dah panggil To’ Sheikh, kenapa lari…..?" soalnya dengan suara garau.
" To’ Sheikh ni siapa…" tanya aku pula gementar.
" To’ Sheikh ni penghulu bunian, To’ Sheikh nak beri, tapi Badai tak mau." dia tersenyum merenung muka aku.
Dalam mimpi aku itu To’ Sheikh cuba menghampiri, namun aku tidak percaya kepadanya. Aku tetap lari menjauhkan diri darinya. Tetapi kemana saja aku lari dia tetap mengekorinya.
"Jangan lari, tunggu To’Sheikh dulu…." katanya sambil mengekori aku.
Aku bertambah gementar. Cuba menjerit sekuat hati, tetapi tidak siapapun mendengar jeritan aku. Akhirnya aku terjerumus ke dalam liang kubur. Di situ ada berpuluh-puluh mayat terbujur. Aku tertiarap di atas mayat-mayat berkenaan.
Mimpi menakutkan ini sentiasa berulang setiap malam. Kemudiannya aku diberitahu bahawa dalam keadaan tersebut aku sentiasa meracau-racau. Dukun Embah Bosri telah dipanggil untuk mengubat. Mengikut kata Dukun Embah Bosri, aku sudah tersampuk orang bunian.
Rupanya, semasa aku jatuh sakit itu, bapa saudara aku juga jatuh sakit. Tetapi dia tidaklah meracau-racau seperti aku. Yang mengubat bapa saudara aku juga bukannya nenek aku atau pun Dukun Embah Bosri. Tetapi dia minta untuk diubat sendiri.
Bapa saudara aku dikatakan ‘menurun’. Dia minta dibuatkan kelabu kuning untuk tempat tidurnya. Dari cara sakit yang menimpa bapa saudara aku itu. Dukun Embah Bosri juga mengatakan bahawa bapa saudara aku tidak sakit.
" Khatib ni dah ada pengasuh…." Dukun Amid memberitahu nenek aku.
Nenek faham dengan kata-kata Dukun Embah Bosri. Baik Embah Bosri, mahu pun nenek tidak lagi memanggil bapa saudara aku dengan namanya, tetapi dengan panggilan ‘moyang’ apabila berkata-kata dengannya.
Suatu hari bapa aku telah melaporkan kepada polis dengan mengatakan bapa saudara aku itu gila. Dengan tidak banyak usul periksa, pihak polis telah datang untuk menangkapnya. Sebaliknya semasa pihak polis sampai bapa saudara aku sudah mengetahuinya terlebih dulu.
" Mengapa mahu ganggu moyang.....?" bapa saudara aku kelihatan seperti orang tua.
" Kami nak bawa moyang ke balai...." Sarjan Polis yang mengepalai pasukannya itu menyahut.
" Mengapa mahu bawa moyang ke sana....?" soalnya.
" Moyang boleh berehat...." ujar Sarjan Polis macam memujuk.
" Baliklah awak semua, jangan ganggu moyang...." dia mengingatkan.
Tetapi dengan permintaan bapa aku, dia menyuruh pihak polis menangkap bapa saudara aku itu. Sebaik saja pasukan polis mahu menghamprinya, bapa saudara aku yang tertegak di tengah halaman teus melompat naik ke atas bumbung. Perbuatan bapa saudara aku itu dilihat sendiri oleh pihak polis. Pada masa ini aku tidaklah melihatnya kerana aku juga sakit. Semua ini diceritakan semula oleh nenek. Perbuatan bapa saudara aku boleh melompat dari tengah halaman naik ke atas bumbung memanglah perkara luar biasa.
" Saya dah kata, dia ni bukannya sakit. Dia ni sedang diasuh oleh moyang...." Dukun Embah Bosri memberitahu bapa aku sambil memerhatikan bapa saudara berjalan di atas bumbung rumah, bagaikan sedang berjalan di atas bumi saja lakunya.
Bapa aku memanglah tidak berapa mempercayai dengan apa yang berlaku ke atas bapa saudara aku. Bagaimana pun dia merasa heran bagaimana bapa saudara aku boleh melompat setinggi itu. Setelah berbincang dengan pihak polis, di samping perkara itu disampaikan oleh nenek aku kepada Orang Besar Daerah, maka pihak polis bersetuju menyerahkan perkara bapa saudara aku untuk di rawat secara tradisional.
Sejak peristiwa itu bapa saudara aku sentiasa membenci bapa aku. Kadang-kala dia tidak membenarkan bapa aku ada bersama di rumahnya.
Dengan perantaraan To’ Leh yang diminta oleh nenek membantu Datuk Embah Bosri, bapa saudara aku ditempatkan di hujung serambi dengan di buatkan kelambu kuning untuknya. Pakaiannya juga serba kuning. Makanan untuknya disediakan tidak boleh dari sisa-sisa orang. Dia juga dilarang memakan barang-barang yang dibeli dari kedai Cina. Terpaksalah nenek aku membeli padi dari orang-orang kampong supaya tidak membeli beras dari kedai Cina. Garam juga terpaksa dibeli dari kedai orang-orang Melayu atau India Muslim.
Syarat-syarat ini adalah ditetapkan oleh To’Leh. Mengapa syarat-syarat itu dibuat tidak siapa pun mengetahui. Bapa saudara aku sentiasalah duduk di dalam kelambunya. Tetapi bila malam lepas maghrib saja To’ Leh akan membakar kemenyan. Tidak lama selepas kemenyan dibakar, bapa saudara aku mula terbatuk-batuk lalu memberi salam.
" Assalamualaikum…." Katanya dengan suara yang luar biasa.
" Waalaikumsalam, moyang...." sahut To’ Leh.
" Apa halnya panggil moyang....?" Tanya bapa saudara aku dari dalam kelambunya.
Selepas itu To’ Leh menyuruh siapa saja bertanyakan masalahnya kepada bapa saudara aku itu. Ada yang bertanyakan tentang penyakit, ada yang bertanyakan tentang perkara-perkara lain. Kalau ada orang yang mengadu tentang penyakit, dia akan menawarkan air atau ubat untuk pesakit berkenaan.
Dalam keadaan begitu bapa saudara saya sudah dianggap oleh mereka sebagai dukun. Disebabkan ketika itu aku sakit, maka emak aku pun mengambil peluang meminta dia mengubatkan aku.
Bagi mengubatkan aku, dia menyuruh emak aku siapkan tujuh geluk air. Di samping itu dia juga meminta carikan limau nipis untuk melangir aku di sebuah kubur yang di anggap keramat (sebenarnya kubur tidak mempunyai apa-apa keramat pun). Bapa aku telah berusaha mencari limau nipis di seluruh kampung. Sayangnya, kalau ada pun pokok limau tetapi tidak ada buahnya. Sampai kekampung lain pun ayah aku mencari limau, namun tidak dapat juga.
Pada sebelah malamnya waktu orang nyenyak tidur, bapa aku terdengar bunyi geluk air itu bagaikan dipukul orang. Esoknya apabila bapa saudara aku datang menjengah, perkara geluk air berbunyi itu diberitahunya kepada bapa saudara aku. Cepat-cepat dia memeriksa isi geluk.
" Ah, ada pun limau di dalam ni...." kata bapa saudara aku sambil menyelukkan tangannya ke dalam geluk. Tiba-tiba dia menyerit kesakitan sambil mengurut-ngurut tangannya.
" Mengapa tu....?" Tanya bapa aku keheranan.
" Air ni panas….." dia mengerang-ngerang kesakitan.
Saya lihat tangan bapa saudara aku kemerah-merahan seperti terkena air panas. Bertambah heran lagi, dari manakah datangnya limau yang ada di dalam geluk air itu. Kalau mahu dikira air itu panas, buah limau itu tidak pula lecur kulitnya. Setelah membaca sesuatu barulah bapa saudara aku mengambil limau dari dalam geluk tadi. Kali ini dia tidak merasa panas lagi. Demikianlah keanehan peristiwa ini yang berlaku di depan mata aku sendiri.
Apabila limau ini sudah diperolehi, aku pun di bawa ke kubur yang di sebutkan tadi. Di situ aku dilangirnya dengan air diri tujuh geluk. Sejak itu tidaklah ada lagi gangguan mimpi yang menakutkan itu apabila aku melelapkan mata.
Sama ada sahabat2 pecaya atau tidak, itulah hakikat sebenarnya yang pernah aku alami. Tetapi akhir-akhir ini bapa saudara aku tidak lagi menjadi bomoh yang dipanggil ‘moyang itu. Sebaliknya dia di anggap ‘sasau’ pula, kerana kelakuannya yang sering cepat panas baran.
Kononnya dia telah melanggar pantang larang yang disyaratkan oleh To’ Leh. Dia pernah dikatakan minum teh di kedai kopi kepunyaan orang Cina. Makanannya juga tidak lagi diasingkan. Entah benar, entah tidak aku sendiri kurang maklum.
Untuk mengetahui pengalaman dia semasa sama-sama bertapa dulu, baru sekarang dapat aku bertanyakan kepadanya. Menurut ceritanya dia berjaya melakukan seperti apa yang diajar oleh To’ Leh. Tidak lama dia duduk di bawah rumpun pisang itu sekumpulan lebah telah menghurungi tubuhnya. Dia memangkah lebah yang bersarang pada tubuhnya itu dengan kapur yang disediakan. Tidak lama kemudian lebah berkenaan terbang meninggalkannya. Belum sempat dia berehat, melompat pula tikus putih sebesar kucing di hadapannya. Selepas tikus itu ghaib muncul pula ular tedung selar macam mahu memagut. Ular itu juga hilang apabila dipangkah dengan kapur.
Akhir sekali datanglah orang tua memakai jubah kuning, janggut sampai ke kaki, tongkatnya rotan songsang. Orang tua itu memperkenalkan dirinya sebagai To’ Sheikh, penghulu orang bunian.
" Bertapa ni ilmu salah…." To’ Sheikh berdiri tegak di hadapan bapa saudara aku.
" To’ Leh yang suruh saya bertapa To’ Sheikh...." bapa saudara aku memberanikan hati menjawabnya.
" Salah bertapa ni. Anak masih muda lagi, carilah ilmu yang baik. To’ Sheikh tahu anak menunggu sesuatu masuk ikut jantung pisang tu, kemudian anak akan memancung pangkal pisang sebelum benda itu jatuh ke umbi pisang. Itu kerja sia-sia. Benda itu tidak akan datang kalau To’ Sheikh ada disini...." ujar orang tua itu mengingatkan.
Pada mulanya bapa saudara aku menyangka orang tua itu hanya sebagai sebahagian dari ujian juga. Dia cuba memangkahnya dengan kapur. Cepat-cepat tangannya ditepis oleh To’ Sheikh.
" Saya ni penghulu bunian, saya kesihan melihat anak kerana mahu menuntut ilmu salah ini. Mari ikut To’ Sheikh supaya anak terselamat dari ilmu yang salah ini….." katanya lalu menarik tangan bapa saudara aku.
Mahu tidak mahu bapa saudara aku mengikut saja ke mana dibawa oleh To’ Sheikh. Dia dibawa oleh To’ Sheikh ke sebuah kampung yang permai. Di situ ada tasik yang cantik, ada taman dan bunga-bungaan yang kembang mekar. Kemudian dia dibawa masuk ke dalam istana penghulu bunian. Di situ ramai wanita-wanita yang cantik megelilingi dia.
" To’ Sheikh harap anak lupakan saja fasal ilmu yang dituntut, ilmu itu salah...." penghulu bunian mengingatkan dia.
" Apakah To’ Sheikh mahu mengagalkan saya....?" bapa saudara aku menunjukkan sikap berani.
" Iya, fasal ilmu itu salah...." jawabnya tegas.
" Mana To’Sheikh tahu, ilmu ni salah....?" bapa saudara aku semacam marah.
" To’ Sheikh dah tua, To’ Sheikh tau semuanya...." ujarnya merenung muka bapa saudara aku.
" Anak mahu belajar ilmu setan, anak mahu minta pertolongan pada setan...." dia tertawa macam mengejek bapa saudara aku.
" To’ Sheikh pun setan...." jerkah saudara bapa aku semakin berani.
" Setan tak sama dengan To’ Sheikh. To’ Sheikh jua tidak sama dengan setan. To’ Sheikh ni penghulu bunian, dan bunian ni tidak sama dengan setan. Bernasib baik anak ni berjumpa dengan To’ Sheikh. Kalau tidak, tentu anak sudah dapat diperdaya oleh setan...." penghulu bunian menjelaskan.
Akhirnya bapa saudara merasa takut bila mengenangkan dia berada di kampung orang bunian. Dia tidak akan dapat balik kalau tidak dengan bantuan penghulu bunian itu.
" To’ Sheikh lah berikan saya ilmu,” dia memberanikan hatinya.
To’ Sheikh tidak menyahut, tetapi dia menanggalkan serbannya yang kuning lalu diberikan kepada bapa saudara aku.
" Bawalah balik serban ni, selagi anak tak makan barang-barang kafir, To’ Sheikh sentiasa ada bersama anak...." katanya lalu ghaib dari pandangan mata bapa saudara aku, Busu Khatib.
Setelah To’ Sheikh itu ghaib dia dapati dirinya sudah berada di halaman rumahnya. Ketika itu hari sudah pagi kira-kira jam enam (kalau sekarang jam 5.30 pagi). Serban kuning yang diberi oleh To’Sheikh itu masih ada di tangannya.
Semasa dia ‘menurun’ serban itu sentiasa dipakai di kepalanya. Tetapi selepas dia melanggar pantang, serban berkenaan terbakar menjadi abu. Kononnya semasa menyapu sampah di atas rumah, nenek aku terpandang serban itu seperti kertas-kertas buruk. Nenek telah membawanya ke tempat membuang sampah lalu di bakarnya.
Sejak itulah orang-orang kampung menganggap Ucu Khatib ‘sasau’ tetapi aku dan To’ Leh tahu bagaimana Ucu Khatib boleh jadi begitu......
ILMU SABORAT BUMI.
Orang Borneo mengenal ilmu ini dengan nama Ilmu Saborat Bhumi. Khasiatnya multifungsi. Tahap sempurna pengamalan, semua atas kehendak Allah SWT . Insyaallah ilmu akan menyatu dalam hidup perilaku kita.
Fadhilah: Semua Keperluan/ Multifungsi.
TATA CARA :
TAWASSUL :
Kirim al fatihah untuk Rasulullah SAW. Dan boleh juga pada yg lain hingga kepada pengijazah ilmu.
BACAANNYA :
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM...
KUP TANGAN KANAN KUP TANGAN KIRI.
ALLAH MENGGERAKKAN BUMI DAN LANGIT.
BOLEH BERGERAK BARULAH ENGKAU.
LEPAS DARI TANGANKU..
BERKAT DOA LAA ILAHA ILALLAH
BERKAT MUHAMMADARRASULULLAH.
TATA LAKUNYA :
1.) Untuk penyatuan ilmu, mantra ini di baca 1000x selama 7 hari/malam berturut2.
2.) Setiap selesai wirid 1000 x buka telapak tangan kanan dan kiri, lalu ludahi dengan ludah kita mulai tangan kanan terlebih dulu dan jangan dibersihkan hingga air ludah mengering sendiri. Jgn sahabat gunakan kahak pulak, aniaya nanti....hehehehe....
CARA GUNA :
Baca mantra Saborat Bhumi di atas lalu ludahi kedua telapak tangan kita dan arahkan kepada obyek apapun yang kita niatkan/ hajatkan.
Misalnya kita ingin banyak rezeki maka arahkan tangan kita ke selembar uang dan tunggu sehari dua hari.
Atau untuk pengobatan maka arahkan tangan ke tempat yang sakit dan seterusnya.
Atau kita gunakan untuk tarik barang2 ghaib. Terpulang untuk tujuan apa pun dan lain2.......
Seperti biasa, ambil sisi positif dari cerita ini. Yg negetif jgn di ambil. Kekuatan yg tak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt, Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yg tak berkenan di hati para sahabat2 semua, aku. Tok Penjejak Badai dgn merendahkan diri memohon maaf.
TERIMA KASIH......
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About
Popular Posts
-
MANTRA UNTUK SEMUA JENIS JUDI AGAR MENANG. TANPA SYARAT TANPA PANTANG. Assalamualaikum Wr. Wb sahabat-sahabat yang aku hormati sem...
-
TAWASSUL WALI SONGO UNTUK MENDAPATKAN ILMU ASMA'. Assalamualaikum wbt wt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dim...
-
RAJA DARI SEGALA RAJA SHOLAWAT. SHOLAWAT AL FATIH.. SAYYIDUSH SHOLAWAT. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahab...
-
VIRAL SEMULA DIMEDIA SOSIAL VIDEO BERDURASI HAMPIR SETENGAH JAM ADEGAN HENJUT ATIKAH SUHAIMI DAN IDRIS KHAS TERSEBAR MELUAS!! AWAS VIDEO ...
-
ASMA' SUNGE RAJEH LENGKAP. IJAZAH ASMA' RAJEH DIRAJEH. 2 Sanad. Assalamu’alaikum wr wb para sahabat-sahabat ahli Kampus seka...
-
KUNCI MEMANGGIL KHODAM DOA NURUN NURBUAT. DOA NURBUAT - NURUN NURBUWAH - CAHAYA KENABIAN. Itulah beberapa penyebutan doa ya...
-
AMALAN ILMU SYAHADAT GHOIB. CARA UNTUK MENEMBUS ALAM GHAIB. ILMU MERAGA SUKMA. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-...
-
Saya bawakan batu petir asli yakni item rare utk pakaian diri shbt shbt yg ikhlas dan yakin diri..inshaAllah Batu petir ini sanga t...
-
3 CARA MEMBUKA MATA BATIN. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di man...
-
Kenalan : Salam, ada ke cara ringkas contoh pengiraan kepingan atap genting untuk rumah ? Ambo : Wasalam, cara pengiraan asas yang amb...
well keluarga saya pun berhubung dgn datuk serban kuning ni. Memang dia berada di alam bunian
ReplyDelete