Trending

Monday, 13 March 2017

SEKADAR PERINGATAN....untuk sahabat2 yg sedang dalam perjalanan meniti tangga2 spiritual ni


Assalamualaikum...
SEKADAR PERINGATAN....untuk sahabat2 yg sedang dalam perjalanan meniti tangga2 spiritual ni...
(*) ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ
Iblis berkata: “Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). [ QS. Al A’raf : 16 – 17 ].
Iblis Bersumpah untuk Menyesatkan manusia ?
1.Allah ‘Azza wa Jalla berfirman tentang Iblis : “Iblis menjawab : “Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.” Allah berfirman: ” Maka yang benar (adalah sumpah-Ku) dan hanya kebenaran itulah yang Aku katakan. Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenismu dan orang-orang yang mengikutimu di antara mereka semua.” (Shad : 82-85)
2.Iblis berkata: “Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). [ QS. Al A’raf : 16 – 17 ].
So my friend..mcm mana nk buat..
“Dan jika kamu ditimpa godaan syaithan maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (Al-A’raf : 200)
Ok..lanjutkan sikit tentang tajuk di atas...
Perjalanan meniti tangga2 spiritual, hijab pertama adalah hijab gelap. Iaitu ketika kita tahu itu dosa namun tidak berdaya menjauhinya. Hijab ini mudah dilalui kerana terlihat dgn jelas.
Hijab kedua dlm perjalanan anda lebih rumit iaitu hijab cahaya. Apakah bendanya? Ketika kita sudah mula rutin beribadat, merasa sdh punya kekuatan menjaga amalan, di bawah sedar kita mula menggolongkan manusia dalam kelas2 tertentu. Kita merasa lebih benar, merasa lebih tinggi, pokoknya rasa lebih dr org lain. Perasaan ini bgtu samar, sehingga sgt sukar dikesan oleh hati yg krg peka.
"Akan ku sesatkan semua hambaMu, kecuali yg berhati ikhlas", bgtu sumpah iblis.
Di sini ramai pejalan2 rohani stuck. Golongan A merasa bhwa golongan B sesat. Bgtu juga golongan B merasa golongan A sesat. Kenapa? Kerana ukuran kebenaran yg digunakan olh msg2 golongan adalah subjektif.
Golongan A mngukur kebenaran based on ilmu yg difahami olh golongan A. Jadi apa saja yg di luar dari kebenaran ilmu golongan A adalah sesat. Inilah kebenaran2 subjektif. Kebenaran sejati adlh mutlak dalam ilmu Allah.
Jadi sebelum kita berilmu dgn ilmu Allah, kebenaran kita masih subjektif, belum mutlak. Sekalipun kita mngaku penganut tegar agama Allah, kebenaran kita masih subjektif. Kenapa???
Kerana kita memahami agama Allah dgn ilmu kita, bukan dgn ilmu Allah. Sungguh blh jadi kefahaman kita ttg agama Allah msh dibawah 10% drpd fahaman yg sebenar... Ya sangat boleh jadi. Hanya kerana kita hafal quran dan ribuan hadis, msh tidak menjamin kita sudah benar. Kerana kita manusia adlh makhluk berfikir, dan fikiran itu mnghasilkan persepsi, iaitu kecenderungan dlm berpendapat yg mna dipengaruhi olh latar blkg budaya dan disiplin ilmu msg2. Ertinya di sini, kita memahami ayat quran dn hadis msh dipengaruhi oleh persepsi, tidak exactly kita fahami sbgmna Allah memahami dgn ilmuNya yg qadim.
Jadi bagaimana seharusnya kita bersikap? Beramallah sebagaimana yg kita fahami, tanpa kita saling sesat menyesatkan dan rendah merendahkan. Hiduplah saling harmoni. Jgn dicemuh apapa yg kita belum faham, kerana utk memahamkn itu urusan Allah mutlak, blh jadi belum rezki kita utk difahamkan.
Kita sering lebih dahulu menghukum, padahal hukuman yaumul akhir masih jauh di depan. Kita menerakakan dan mensyurgakan sesuatu golongan, sebelum semuanya dihisab di sana. Neraca kita adalah kebenaran persepsi yg subjektif.
Ya Allah tuhanku yg maha mengetahui segala yg rahsia, fahamkanlah aku segalanya sebagaimana Engkau memahamiNya dgn ilmuMu yg azali, bukan kefahaman yg aku fahami menurut ilmuku sendiri. Jauhilah aku daripada perangkap ujub dan riak. Jauhilah aku daripada mencela sesuatu yg belum Engkau takdirkan aku utk memahaminya. Sungguh kebenaran mutlak adlah milikMu abadi. Aku sandarkan kejahilanku pada kebijaksanaanMu yg tidak terbatas, kerana Engkaulah pembimbing sejati.... Aminnn
Salam kasih sayang dari lubuk hati yg terdalam




Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts