Trending

Wednesday, 8 March 2017

RAHSIA DIDALAM RAHSIA



Bila mana dengan jalan pelajaran mematikan diri/tubuh seperti : Zat, Sifat, Asma dan Af’al yang ada pada kita. Jika sudah kita tidak ada (mefanakan diri/tubuh) inilah yang dimaksud menyerahkan diri kepada Allah Ta’ala, maka bertemulah kita Ghaib di dalam Ghaib, Ujud di dalam Ujud, Zat di dalam Zat, Sifat di dalam Sifat, Asma di dalam Asma, Af’al di dalam Af’al, Sir di dalam Sir, Rahsia di dalam Rahsia dan Rasa di dalam Rasa yang menerima Zauk atau Widdan.... Dalil yang menunjukkan hilangnya diri kepada Allah Ta’ala sebagai berikut :


"TIZIBUL BADANI SARAL QALBI “ artinya Hancurkan Badan jadikan Hati.
“TAZIBUL QALBI SARANRUH” artinya Hancurkan Hati jadikan Ruh.
“TAZIBUL RUHI SARANNUR" artinya Hancurkan Ruh jadikan Nur.
“TAZIBUNNURI SARAS SIRRI" artinya Hancurkan Nur jadikan Rahsia.
"TAZIBUSSIRRI ILLA ANA ILLA ANA” artinya Hancurkan Rahsia jadikan Aku ya Aku yang Mutlak, dan yang sebenarnya Aku itu adalah Rahsia sekalian Makam Manusia yang berada di dalam hati atau bathin.
“ALQOLBU KAMASALIL MURA WANAJRA FIIHI RABBAHU” artinya Hati Manusia itu diumpamakan Cermin, apabila dilihatnya Cerminnya, maka kelihatanlah Tuhannya dari pada Rahsia, kerana rupa kita yang berada di dalam bathin inilah yang diakui oleh Allah, sebab rupa dari Rahsianya.


Allah Ta’ala berfirman : “AL INSAN SIRRI WASIRRI WASIFATI LA GHAIRI” artinya Insan itu adalah Rahsiaku dan RahsiaKu itu adalah tidak lain dari pada ZatKu yang Wajibbal Wujud.
Allah Ta’ala berfirman “AL QALBI HAYATI SIRRI ANA ILLA ANA” artinya Di dalam missal itu hati, di dalam SirKu adalah Aku Rahsia segala Insan yang ada di dalam Bathin. Demikianlah yang sebenarnya untuk mengenal Allah Ta’ala.


TANGKAP IKAN HARUAN
DAPAT SI IKAN KELI
KALAU SALAH HALUAN
CARI TOK GURU BELAJARLAH LAGI.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts