Trending

Friday 17 February 2017

SEKADAR RENUNGAN



Kita biasa mendengar dan malah belajar akan petikan2 berikut seperti dibawah. Dalam mempelajari ilmu tasawwuf lain guru lain kaedah penyampaiannya tapi hakikatnya menuju kepada yang satu itu. Begitu juga cara penyampaian pengarang2 kitab tasawwuf juga semuanya menuju ke jalan yang sama jugak. Waima pengertian dan pemahaman kita dari kitab yang sama di waktu pertama kali kita mentelaahnya dibanding dengan mentelaahnya kali kedua dan ketiga hingga seterusnya…tahap ilmu yang diperolehi berbeza-beza. Jadi cara memperolehi ilmu itu saja bukan hanya didapati dari membaca tapi kekadang memerlukan seseorang (guru) sebagai pembimbing untuk kecapi ilmu itu. Pun begitu jangan dilupai ada kuasa lain yang dengan kuasaNya, hidayah memahami ilmu itu kesampaian. Ada yang memperolehi ilmu itu dengan mudah, ada memakan masa bertahun2 dan ada juga tidak kesampaian hingga ke akhir hayat…… semua ini dengan keizinanNya. Dan betapa ramai lagi berusaha dan berusaha tanpa jemu mempelajari sesuatu ilmu itu tapi masih belum diberi hidayah dan keizinan oleh suatu kuasa besar itu. Janji Allah pasti dengan keizinanNya yang bersebab....
Kulli syaiin sababa….."setiap sesuatu yang berlaku adalah dengan bersebab'
Tegap dan kukuhkan dihati bahawa setiap yang berlaku adalah kerana sebab yang hanya Allah mengetahuiNya. Sikap redho meredhoi mestilah ada pada setiap bernama manusia itu.
Kita kerapkali terbiasa dengan ungkapan-ungkapan seperti di bawah:
Awaludin Ma’rifatullah
Awal agama mengenal Allah.
"man arofa nafsahu fakod arafah robbahu"
barang siapa mengenal dirinya, maka dia akan kenal tuhannya,
"wa man arofa robbahu, fasadal jasadu"
dan barangsiapa mengenal tuhannya, binasa lah jasadnya
Al Insaanu Sirri Wa Anna Sirruhu
Manusia itu rahsiaku dan akulah rahsianya
WafiI Amfusikum Afala Tubsiruun
Aku ada didalam Jiwamu mengapa kamu tidak melihat.
Tanpa “Mengenal Allah” seseorang itu tidak mampu melaksanakan “Syariat Allah”. Ada juga yang bersikap angkoh menanyakan berupakan soalan "Dah kenal Allah ka?".
“Mengenal Allah” tidak boleh disalin atau ditulis dengan “tulisan” atau “percakapan” kerana ianya adalah bidang “rasa”,” bidang dzuk” dan bidang “wujdan” yang dicampakkan oleh Allah dengan izinNya kepada hamba2nya yang terpilih.
Jadi bagaimana nak menjawab, nak khabarkan samada persoalan dan pertanyaan jika ditanyai melalui tulisan atau percakapan? Dan sekiranya dijawab juga, maka akan keluarlah dan jadilah jawapan yg berbeza-beza umpama seseorang yang sedang menikmati lazatnya “kopi”. Tidak kiralah samada kopi bercap kopi Janda atau kopi Larat. Lain orang lainlah rasanya yang "lazat" itu. Boleh bagi tahu "yang lazat" itu? Apa yang dikatakan 'lazat'? Lazat macamnana? Lazat itu kat mana? Apa ukuran lazat itu? Hanya orang yang sudah mengenal dan merasainya yang tahu.
“Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Allah beserta kamu di mana juga kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.(Surah Al-Hadiid : ayat 4)
Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah tetap bersama manusia di mana jua manusia itu berada, ertinya manusia dan Allah tidak bercerai. Ada orang kata macam cerita kopi tadilah. Ada cawan, ada sudu, ada air, ada gula dan kopinya tapi orang rangkumkan ia sebagai air kopi.
Bersatu tapi tidak bersekutu@ada tapi tidak ada@tidak bersama tapi tidak berpisah.



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts