Friday, 17 February 2017
BEBASKAN DIRI DIPENJARA
Yang pertama membebaskan diri daripada penjara alam jasad:
Penjara alam jasad adalah hawa nafsu. Di dalam penjara ini tersedia banyak hidangan yang lazat-lazat, seperti kekuasaan, kemuliaan, puji-pujian, tamak, haloba, dengki, khianat dan sebagainya.
Jika mahu bebas daripada penjara ini perlulah menjauhkan diri daripada perkara yang tidak baik itu, perkara-perkara itu menjadi penghalang kepada perjalanan salik menuju Penciptanya.
Penjara kedua adalah dunia.
Penjara ini mengandungi pelbagai keindahan dan keseronokan yang menjanjikan keabadian yang palsu kepada salik. Penjara ini menghidangkan pelbagai jenis nikmat yang seronok dan menghairahkan. Dengan lain kata inilah yang dikatakan penjara syahwat. Jikalau salik lalai dan panjang angan-angan, maka nampaknya tidak ada kemungkinan salik itu dapat bebas daripada penjara ini.
Penjara ketiga adalah akhirat.
Nampaknya hidangan-hidangan yang disediakan dalam penjara ini lebih enak daripada penjara dunia, di sini hidangannya adalah pahala, syurga dan bidadari yang cantik lagi menggoda. Rantai yang membelenggu dalam penjara ini adalah kehendak dan keinginan diri sendiri. Menganggap diri sendirilah yang melakukan segala sesuatu sama ada baik atau buruk.
Bagaimanapun, kenderaan yang dapat membebaskan salik daripada penjara ini adalah ilmu, iaitu salik tidak memandang kepada perbuatannya tetapi adalah anugerah daripada Allah SWT.
Penjara keempat adalah alam malaikat.
Inilah penjara alam maujud yang terakhir. Hidangan yang terdapat dalam penjara ini adalah kehampiran dan kemuliaan di sisi Allah SWT. Rantai yang membelenggu salik dalam penjara alam malaikat ini adalah sisa-sisa kehendak diri sendiri dan kesedaran tentang diri sendiri, iaitu segala yang dilakukan adalah atas daya diri sendiri bukan kurniaan Allah SWT.
Untuk keluar dari penjara ini perlulah menghapuskan segala kehendak, keinginan, cita-cita dan angan-angan dengan menyedari bahwa salik adalah kosong, yang ada hanyalah Allah semata-mata.
Penjara kelima adalah ilmu Allah SWT.
Ilmu Allah SWT bukanlah alam, sebagaiman empat penjara yang sebelumnya, yang mana penjara-penjara tersebut adalah alam ciptaan Penciptanya. Ilmu Allah adalah sesuatu yang bersangkutan dengan hal-hal ketuhanan itu sendiri.
Hidangan yang terdapat dalam penjara ilmu ini adalah rahsia-rahsia yang ghaib-ghaib tentang hukum-hukum Allah SWT. Dalam hal ilmu Allah ini, salik dapat melihat pentadbiran Allah yang menggerakkan alam dan semua kejadian yang berlaku di dalamnya. Ilmu Allah sangat luas dan tidak bersempadan.
Salik yang asyik dengan ilmu Allah akan terpenjara di dalamnya buat selama-lamanya. Oleh itu, ilmu hanya dijadikan sebagai kenderaan menuju kepada Yang Maha Pencipta, tetapi ilmu itu bukanlah sebagai tujuan terakhir.
Penjara keenam adalah makrifatullah.
Ini adalah penjara yang paling kukuh, ilmu Allah dan makrifatullah bukanlah alam maujud, tetapi yang berkaitan dengan hal-hal ketuhanan, hidangan yang terdapat di sini adalah hakikat-hakikat, hal-hal dan rahsia-rahsia berkaitan ketuhanan itu sendiri.
Jadi jika ditanya,,
Apakah pencapaian yang paling tinggi oleh ilmu?
Pencapaian paling tinggi ilmu tentang Allah adalah aku tidak tahu, Allah tidak dapat difikirkan, tidak dapat dibayangkan, tidak satu pun yang menyerupainya.
Jikalau saudaraku telah sampai ke tahap ini, ke tahap kebingungan-kebingungan ini maka tahulah saudaraku, bahawa saudaraku telah sampai ke kemuncak yang dapat dicapai oleh ilmu, maka beralih pulalah kenderaan kepada makrifatullah.
Jika ditanya pula,,
Apakah pencapaian yang paling tinggi oleh makrifatullah?
Makrifatullah adalah berkaitan dengan Dzat Yang Maha Mutlak. Jikalau ditanya kepada makrifat apakah pencapaikan kamu yang paling tinggi?
Makrifatullah akan menjawab pencapaian aku yang paling tinggi adalah ke tahap Dzat Allah, tetapi aku tidak dapat mengenali Dzat Allah.
Dzat Allah tidak dapat dikenal oleh sesiapa pun, termasuk para-para nabi dan wali-wali Allah. Makrifat berkata lagi, Dzat Allah sekarang adalah sebagaimana Dia (Dzat Allah) dahulu juga. Tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadapnya. Bahkan bagi Dzat Allah tiada kini dan dahulu bagiNya.
Nah................
Oleh itu, sesiapa yang telah sampai ke makam makrifatullah, janganlah tinggal terpenjara di dalamnya, keluarlah dari penjara makrifatullah, barulah saudaraku boleh sampai ke Hadirat Allah SWT atau bertemu Allah SWT.
Tapi,,,
Bagaimana saudaraku boleh keluar dari penjara makrifatullah?
Keluarlah saudaraku dengan tajrid (penganggalan atau pelepasan). Pelepasan dari segala sesuatu termasuk diri saudaraku sendiri adalah syarat utama untuk sampai ke Haderat Allah SWT atau bertemu dengan Allah SWT.
Saudaraku perlulah melepaskan ilmu pengetahuan saudaraku, amal ibadah saudaraku, makrifat saudaraku, sifat saudaraku, nama saudaraku, bahkan segala-galanya.
Dengan demikian barulah saudaraku bertemu Allah SWT seorang diri dan tanpa bekal, tanpa apa-apa pun, hanya dengan Kurniaan Allah Swt jua adanya.
Labels:
agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About
Popular Posts
-
MANTRA UNTUK SEMUA JENIS JUDI AGAR MENANG. TANPA SYARAT TANPA PANTANG. Assalamualaikum Wr. Wb sahabat-sahabat yang aku hormati sem...
-
TAWASSUL WALI SONGO UNTUK MENDAPATKAN ILMU ASMA'. Assalamualaikum wbt wt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dim...
-
RAJA DARI SEGALA RAJA SHOLAWAT. SHOLAWAT AL FATIH.. SAYYIDUSH SHOLAWAT. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahab...
-
VIRAL SEMULA DIMEDIA SOSIAL VIDEO BERDURASI HAMPIR SETENGAH JAM ADEGAN HENJUT ATIKAH SUHAIMI DAN IDRIS KHAS TERSEBAR MELUAS!! AWAS VIDEO ...
-
ASMA' SUNGE RAJEH LENGKAP. IJAZAH ASMA' RAJEH DIRAJEH. 2 Sanad. Assalamu’alaikum wr wb para sahabat-sahabat ahli Kampus seka...
-
KUNCI MEMANGGIL KHODAM DOA NURUN NURBUAT. DOA NURBUAT - NURUN NURBUWAH - CAHAYA KENABIAN. Itulah beberapa penyebutan doa ya...
-
AMALAN ILMU SYAHADAT GHOIB. CARA UNTUK MENEMBUS ALAM GHAIB. ILMU MERAGA SUKMA. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-...
-
Saya bawakan batu petir asli yakni item rare utk pakaian diri shbt shbt yg ikhlas dan yakin diri..inshaAllah Batu petir ini sanga t...
-
3 CARA MEMBUKA MATA BATIN. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di man...
-
Kenalan : Salam, ada ke cara ringkas contoh pengiraan kepingan atap genting untuk rumah ? Ambo : Wasalam, cara pengiraan asas yang amb...
No comments:
Post a Comment