Trending

Friday, 17 February 2017

SAMUDERA TAUHID



Kerana semua adalah permainan, pelakun dan sandiwara belaka!
Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau sahaja.
Kerana yang ada hanya Dia, Dialah yang Maha Ada, Sang Pengarah dan Sang pelakun dalam kehidupan ini.

 Semuanya selain Dia adalah pelakun-pelakun sandiwaraNYA, kita adalah sebagai pemain atau pelakun sandiwara dalam kehidupan ini.


Kerana hakikatnya semua adalah tiada, bukan apa-apa dan bukan siapa-siapa
Maka..
Ketika aku didalam diri lebur, maka muncullah AKU yang hakiki yang wujud
Ketika aku didalam diri ini mati, maka muncullah AKU yang hakiki yang HIDUP
Ketika AKU SEJATI (Allah) muncul, maka tiadalah aku kerana tidak mungkin AKU SEJATI (Allah) bersanding dan bersekutu dengan ciptaanNYA
LAA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LAASYARIIKALAH
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH YANG MAHA ESA DAN TIADA SEKUTU BAGINYA


Ketika manusia lebur kedalam keesaanNYA maka kekuatan KEHAMBAAN muncul pada diri manusia, sehingga timbullah perasaan tidak mampu, tidak boleh merasa apa-apa, kerana semuanya adalah ciptaanNYA dan kehendakNYA.

 Padahal Allah-lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu."
Kerana sesungguhnya diri ini perlu kepada AKU yang hakiki (Sang Pencipta)
Sebab aku ada kerana AKU yang hakiki yang mengadakan, kerana aku (diri ini) bukanlah apa-apa dan bukanlah siapa-siapa
Maka sumber dari semua kehidupan, ilmu pengetahuan, bahkan agamapun berasal dari AKU HAKIKI bagi yang mampu melebur kepada Allah.


Maka bahagialah bagi diri yang hina ini bila dikurniai untuk lebur kedalam samudera TAUHIDNYA
Ya Allah, sebagaimana keahlian ada pada-MU, limpahkanlah shalawat salam barokah atas Junjungan kami, Pemimpin kami, Pemberi Syafa’at kami, Kecintaan kami, dan Buah jantung hati kami Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang sepadan dengan keahlian Beliau, kami bermohon kepada-MU Ya Allah, dengan hak kemuliaan Beliau, tenggelamkanlah kami didalam pusat dasar samudera ke-Esaan-MU sedemikian rupa sehingga tiada kami melihat dan mendengar, tiada kami menemukan dan merasa, dan tiada kami bergerak mahupun berdiam, melainkan senantiasa merasa didalam samudera Tauhid-MU dan kami bermohon kepada-MU Ya Allah, limpahilah kami ampunan-MU yang sempurna Ya Allah, nikmat kurnia-MU yang sempurna Ya Allah, sandar makrifat kepada-MU yang sempurna Ya Allah, cinta kepada-MU dan menjadi kecintaan-MU yang sempurna Ya Allah, ridha kepada-MU dan memperoleh ridha-MU pula yang sempurna Ya Allah. Dan sekali lagi Ya Allah, limpahkanlah shalawat salam dan barokah atas Beliau Junjungan Yang mulia Nabi Muhammad Saw keluarga serta para sahabat Beliau sebanyak bilangan segala yang diliputi oleh Ilmu Allah dan termuat di dalam dirimu, dengan Rahmat-MU Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan segala puji bagi Allah saw Tuhan seru sekalian alam.


Ketika yang Maha Esa memberi kurnia yang agung sehingga diri ini lebur kedalam samudera Tauhidnya maka muncullah AKU yang dahsyat, AKU yang mutlak, AKU yang Sempurna, AKU yang Maha Ada!, maka tidak aku (yang hak) selain ALLAH (AKU YANG ABADI).
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku''
Ternyata didalam aku sebagai makhluk masih ada AKU yang sejati dan yang AKU yang kekal, sehingga aku yang ada didalam diri ini harus hancur kerana aku adalah ciptaan bukan apa-apa dan bukan siapa-siapa, maka temuilah AKU yang kekal dan sejati itu nescaya hatimu akan menjadi tenang.





Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts