Trending

Friday, 17 February 2017

ASAL DIRI



Allah tiada didalam diri kita, tetapi kitalah yang ada didalam Allah, bukan kita mengandung Allah, tetapi Allah-lah yang mengandungi kita, bukan kita yang meliputi Allah, tetapi Allah-lah yang meliputi kita.
Kesemua sifat yang kita miliki ini adalah milik Allah, sifat yang ada pada diri kita pasti akan hilang lenyap dan hancur binasa. Sifat yang kekal dan abadi itu hanyalah Allah SWT.
Firman Allah :
Tiap-tiap sesuatu akan binasa, kecuali dzat Nya, baginya hukum itu dan kepada Nya kamu dikembalikan."
Makhluk itu hanya menjadi 'bekas' atau tempat Penzahiran Ketuhanan. Dia menyatakan DiriNya.
melalui 4 fasal yang dizahirkan pada :
1. Usul (Dzat)
2. Asal (Sifat)
3. Nama (Asma)
4. Perbuatan (Af'al)
Yang menjadi empat jalan :
1. Syariat
2. Tharikat
3. Hakikat
4. Ma'rifat
Martabatnya :
1. Syariat itu Af'al Allah
2. Tharikat itu Asma Allah
3. Hakikat itu Sifat Allah
4. Ma'rifat itu Dzat Allah
Alamnya :
1. Alam Syariat - Alam Nasut
2. Alam Tharikat - Alam Malakut
3. Alam Hakikat - Alam Jabarut
4. Alam Ma'rifat - Alam Lahut
Menjadi ;
1. Syariat jadi Tubuh
2. Tharikat jadi Hati
3. Hakikat jadi Ruh atau Nyawa
4. Ma'rifat jadi Sirr Rahsia.
1. Dzat = Wujud Dzat yaitu wujud yang HAQ pada Dzat Allah difahami dengan Rabbul Izzati iaitu wujud yang sebenar benarnya melekat pada Dzat Allah, yang menjadi Rahsia (SIRR), merupakan sesuatu yang tidak boleh di ucapkan tapi secara nyata boleh dirasakan, seperti rasa manis pada gula, rasa masin pada garam, hanya boleh dirasakan tanpa boleh dikatakan.
2. Sifat = Wujud Sifat yaitu wujud yang melekat pada sifat dzat difahami dengan sifat Allah iaitu terhimpunNya sekalian sifat dari segala sifat, yang dirangkum oleh para wali menjadi sifat 20, wujud sifat ini dinamakan juga Nur Muhammad, yang merupakan Ruh atau Nyawa pada diri.
3. Asma = Wujud Asma iaitu wujud yang melekat pada nama dzat yakni terhimpunnya sekalian nama dari segala nama, yang diringkas menjadi asmaul husna 99 nama 1 Rahsia, wujud ini dinamakan juga wujud iman, merupakan Hati pada diri tempat keyakinan yang menjadi iman kepada Allah sebagai cermin setiap makhluk yang memahami tentang dzat Allah.
4. Af'al = Wujud Af'al yaitu wujud yang melekat pada perbuatan dzat difahami dengan kelakuan Allah dalam Kudrat IradatNya, iaitu wujud yang keberadaanNya disebabkan oleh suatu sebab sehingga tidak terjadi dengan sendirinya, wujud ini dinamakan juga wujud adam, merupakan tubuh pada diri.
Sehingga pemahaman tentang wujud Allah ini adalah :
1. Dzat Allah jadi Rahsia pada diri.
2. Sifat Allah jadi Nyawa atau Nur Muhammad atau Ruh pada diri.
3. Asma Allah jadi Hati atau iman pada diri.
4. Af'al Allah jadi tubuh pada diri.
Tugas Sirr adalah merasakan.
Tugas Ruh adalah menghidupkan.
Tugas Hati adalah mengakui.
Tugas Wujud adalah memperlihatkan Af'al-NYA.
Tugas Akal adalah berfikir.
Tugas Nafsu adalah berkeinginan
Jadi bukan Dzat melainkan RAHSIA pada diriku.
Bukan Sifat melainkan Nur Muhammad atau NYAWA menjadi Ruh pada diriku.
Bukan Asma atau nama melainkan HATI atau keyakinan menjadi iman pada diriku.
Bukan Perbuatan melainkan batang TUBUH pada diriku.
Inilah yang sebenarnya manunggalnya diri dengan Allah Yang Maha Esa, yang dimaksud Wahdatul Wujud yang berada pada diri meliputi Dzat Sifat Af'al dan Asma, tiada jarak antara Hamba dan Allah Swt.



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts