Trending

Wednesday, 15 February 2017

PADAH!!! Iklan Maggi ‘Anak Dara Pemalas’ Dikritik Teruk Oleh Netizen



IKLAN terbaharu daripada produk mi segera Maggi yang menampilkan watak dua beradik kembar perempuan, Dina dan Dini dikecam kerana seolah-olah mempromosikan watak anak dara pemalas.

Iklan yang turut dimuat naik di laman YouTube pada 19 Januari itu menerima pelbagai reaksi berbeza-beza daripada netizen dan sehingga kini mendapat lebih sejuta tontonan di laman sosial.

Menerusi rakaman, pasangan beradik itu pada mulanya mempersoalkan tentang siapakah di antara mereka lebih disayangi oleh ibu ketika berada di ruang tamu.



“Rasanya, mak sayang Dini lebih daripada Dina,” soal Dina sebelum dibalas “ishh, mana ada… mak sayang sama jer,” balas Dini kepada kembarnya itu.

Drama ‘siapa sayang siapa’ kemudian diteruskan apabila si ibu ingin memasak maggi kari, iaitu masakan kegemaran Dini yang mana membuatkan Dina merasa sedikit kecewa kerana dia lebih menggemari maggi goreng.

Bagaimanapun, si ibu bertindak bijak dengan menyediakan kedua-dua menu kegemaran anaknya itu sambil memberitahu “dua-dua mak sayang” di penghujung rakaman.

Iklan strategi pemasaran itu ternyata menambat hati penonton namun apa yang membuatkan netizen merasa lucu dan meluat pada masa yang sama adalah disebabkan faktor ‘malas melampau’ kedua beradik itu.

Walaupun ia sekadar lakonan, rata-rata netizen mengatakan kedua beradik itu sepatutnya membantu ibunya memasak, bukannya mempersoalkan nilai kasih sayang ibu kepada mereka.










Tidak ketinggalan ada juga yang mengatakan ibu mereka yang pemalas sebab sekadar menghidangkan maggi kepada anak-anaknya.

Apa pun, rasanya para netizen bukan terlalu serius, sebaliknya kreatif dengan gurauan apabila menonton iklan berkenaan.

Apa pula pandangan anda?



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts