Thursday, 2 February 2017
Saya sedia ke Malaysia kata perogol bersiri selepas bebas di Kanada
PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia yang disabitkan melakukan jenayah seks terhadap 30 wanita di Kanada lebih 2 dekad lalu akan ditemani 3 pengawal semasa dihantar pulang ke Kuala Lumpur hujung minggu ini, menurut media Kanada.
Selva Kumar Subbiah, kini berusia 56, memberitahu sesi pendengaran pihak berkuasa sempadan Kanada, dia sudah bersedia pulang ke Malaysia.
“Saya bersedia berlepas, tuan,” katanya pada sesi dipengerusikan Andrew Laut, Isnin lalu.
Pada sesi itu, peguam berkata Selva Kumar dipercayai turut menyerang beratus-ratus wanita lain.
“Sejumlah 500 hingga 1,000 wanita mungkin diserang,” kata Naima Karimullah, peguam mewakili Agensi Khidmat Sempadan Kanada (CBSA), dipetik akhbar Toronto Star semalam.
Menurut laporan itu, pihak berkuasa Malaysia sudah meluluskan penerbangan untuk Selva Kumar.
Pada sesi itu juga, Selva Kumar cuba mendapatkan perintah supaya media dilarang menerbitkan gambarnya.
Bagaimanapun, akhbar Toronto Star berkata penting wajah terkini Selva Kumar ditunjukkan kepada orang ramai di samping butiran jenayahnya.
Selva Kumar merupakan penganut agama Yahudi, dan sebelum ini pernah berkata dia bakal berdepan diskriminasi di Malaysia.
Dia ditahan sejurus selepas dibebaskan Ahad lalu, selepas 24 tahun menjalani hukuman penjara, atas 19 kesalahan serangan seks, 28 kesalahan dadah, serta 10 kesalahan melibatkan pelbagai jenayah lain termasuk peras ugut.
Selva Kumar tiba di Kanada pada 1980 tetapi tidak pernah mendapat taraf penduduk tetap. Dia diberikan visa pelajar dan pelawat, dan mendakwa menuntut di Universiti McMaster dan Universiti Ryerson dalam jurusan agama.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Selva Kumar bebas seperti individu lain dan tidak ada undang-undang tempatan yang membolehkan pihak berkuasa memantau pergerakannya.
“Tetapi apa pun, pihak polis ada cara memantau mereka yang terlibat dengan jenayah sedemikian,” katanya.
Toronto Star melaporkan, ketika pendengaran mengenai pembebasannya pada Jun tahun lalu, pegawai penjara berkata Selva Kumar masih tidak kelihatan insaf atau rasa berdosa atas jenayahnya.
Labels:
macam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About
Popular Posts
-
ASMA' RAJEH DI RAJEH NAGA PUTIH. Pada kesempatan ini aku ijazahkan asma' kebanggaan aku yaitu RAJEH DI RAJEH NAGA PUTIH kepada...
-
ASMA KURUNG 😈 TUK SEGALA HAL... TATA CARA TUK MASUKKAN KHODAM ASMA KURUNG DLM DIRI BERIKUT INI: 🔯 - Amalkan selama 40 hari berturut-t...
-
ASMA PEMBUKA WADAH ENERGI Assalam sahabat-sahabat ahli Kampus semua. Semoga Allah redho dengan amal-amal kita dan moga dilimpahkan rah...
-
ASMA RAJEH IBLIS, NERAKA DAN LANGIT BUMI. Asma ini merupakan bagian lanjutan dari Asma Sunge Rajeh yang telah aku tulis sebelumnya. Un...
-
Cara Pembuatan Pupuk Organik Cair dari Limbah Rumah Tangga - Pemanfaatan sampah organik rumah tangga sebagai pupuk tanaman dapat membe...
-
MANTRA UNTUK SEMUA JENIS JUDI AGAR MENANG. TANPA SYARAT TANPA PANTANG. Assalamualaikum Wr. Wb sahabat-sahabat yang aku hormati sem...
-
Syarat Tumbuh: Iklim Angin sangat berperan dalam pembudidayaan jambu air. Angin berfungsi dalam membantu penyerbukan pada bunga. Tanaman ...
-
SUBHANALLAH!TRENDING DAN VIRAL GAMBAR2 BUDAK2 BERTUDUNG MELAYU SELFIE TGK AIR MANI DIMUKA!! APA NAK JADI!KORANG TGK BYK LAGI GMBAR2 DAN V...
-
VARIAN ASMA EMPAT NABI MUHAMMAD UNTUK KEREZKIAN DAN KEJAYAAN ___________________________________ ★ ★ ★ Datung Lalah Wawai Salam Penye...
-
ARAH PERJALANAN RIJALUL GHAIB Jadi Untuk Mengetahui posisi Rijalul Ghaibnya Ahli Hikmah dan Mukasyafah telah menentukan dimana letakny...


No comments:
Post a Comment