Trending

Friday, 17 February 2017

MEMPUNYAI BANYAK MATA DAN AMAT LUAS



Bahawa qalbu orang-orang yang sudah makrifat pada Allah Taala mempunyai banyak mata, sehingga boleh melihat sesuatu yang tiada dilihat oleh yang lain. Pada qalbu mereka ada beberapa sayap sehingga boleh terbang menghadap ke hadrat Rabb al Alamin dan menikmati keindahan dan kenikmatan serta boleh meminum air samudera kebijakan.
Hal ini sesuai dengan sabda Nabi saw yang menjelaskan bahawa hati orang-orang yang telah makrifat pada Allah taala akan mampu melingkupi semesta alam.
Pada hati orang-orang yang telah makrifat kepada Allah terdapat beberapa lisan. Dengannya, ia memohon dan mengadu kepada Allah secara rahsia, sehingga para melaikat pencatat amal pun tidak mengetahui apa yang diucapkannya”
Hadis lain pula berbunyi:
Pada qalbu orang-orang yang makrifat kepada Allah terdapat beberapa sayap, yang dengannya ia terbang menghadap ke Hadrat Allah Swt.
Selain itu, ada juga sabda Nabi saw yang menyatakan bahawa setelah ia terbang menghadap Allah Swt, ia bersenang-senang di taman yang amat suci sambil menikmati berbagai kenikamatan dan meminum air kebijakanaan.
Sabda Nabi saw berbunyi:
Di dalam tubuh manusia itu keberadaannya hanya diketahui oleh Allah semata”
Tatkala Nabi Musa as sedang khusuk beribadah, ia bertanya kepada Allah , ”Ya Tuhanku. Di manakah Engkau ’bersemayam’”.
Mendengar itu, Allah terus berfirman:
Sesungguhnya Aku telah menciptakan pada hati setiap mukmin sebuah tempat yang teramat luas. Dan ku ciptakan pula pada hati setiap orang kafir suatu tempat yang teramat sempit. Tidakkah engkau ketahui, wahai Musa!. Bila seorang mukmin sedang bertafakkur, maka di dalam hatinya ada Syurga, Neraka, Arsy Kursi, Loh, Qalam serta tujuh lapis langit dan 7 lapis bumi serta isinya. Semuanya itu tertampung di dalam hatinya”.
Berkaitan dengan hal ini juga Sabda Nabi saw menjelaskan bahawa:
Pada hati orang mukmin, terdapat pelita yang terang bederang yang merupakan cahaya Allah. Sedangkan hati orang kafir sangatlah teramat hitam dan gelap”
Dinamakan qalbu al alim iaitu hati Insan kamil yang mendapat limpahan kurnia dari Allah Taala dengan pertolongannya. Jelasnya, Insan kamil ini, ia berada di antara alam Uluwwi (alam yang tinggi dan alam salafi (alam yang rendah) atau berada antara Allah dan semesta alam. Oleh kerana itu, hati orang mukmin terdapat tirai pemisah antara Allah Taala selaku khaliq dengan makhlukNya. Ini jelas kerana qalbu orang yang mukmin itu mempunyai dua muka. Satu muka yang berada pada bahagian jasad yang nyata dan muka yang kedua yang berada pada muka inti zat yang elok. Dengan demikian, dari muka yang kedua ini ia akan memperolehi cahaya dan isyarat dari Sang Maha Penguasa yang akan membuatnya tenggelam dalam lautan Penyaksian (Bahr al Musyahadah). Pada saat ia tenggelam dalam lautan penyaksian, munculah perasangkannya bahawa ”Sesungguhnya Tuhan hanya Allah”. Yang pada akhirnya akan memunculkan perkataan ”Aku adalah Dia” (Ana Huwa) yang keluar dari lidahnya dengan penuh rasa cinta, Dalam hal inilah menyebabkan lenyap dan tenggelam dalam Ahadaiyyah (Kesatuan). Oleh itu, tidaklah aneh jika mereka terlanjur mengeluarkan bahawa ”Dia adalah Aku”(Huwa Ana)
Hal ini senada dengan firman Allah Taala yang meceritakan tentang perkataan Nabi Nuh as :
Dan bagi mereka yang memasuki rumah ku”.
Rumah yang dimaksudkan di sini adalah qalbu, kerana ia merupakan tempat pelenyapan pada Allah pada maqam Fana fi allah dan abadi bersama Nya Baqa bi Allah.
Allah berfirman :
Allah sumber cahaya yang menerangi langit dan bumi. Perumpamaan cahayanya, bagaikan obor yang berpelita di dalamnya. Pelita itu berada di dalam relung kaca. Relung kaca itu bagaikan cahaya bintang bergemerlapan yang dinyalakan dengan minyak zaitun penuh berkat”
Perumpamaan hati orang beriman (Sadr al mukmin) adalah seumpama obor (misykah). Perumpamaan hati yang mukmin (Qalb al mukmin) adalah umpama pelita (misbah). Perumpamaan makrifat orang mukmin (Makrifat al mukmin) adalah umpama cahaya pelita dan pelitanya itu sendiri yang berderang bagaikan bintang yang gilang gemilang. Dan minyak zaitunlah yang membantu menyalakan pelita makrifat itu.
Yang dimaksudkan dengan obor adalah badan. Yang dimaksudkan dengan pelita (misbah) adalah ruh pohon kayu yang dinyalakan dari cahaya. Yang dimaksukan dengan kaca adalah hati. Yang dimaksudkan dengan gelas yang dipersamakan dengan bintang yang gilang gemilang adalah nafs. Yang dimaksudkan dengan minyak zaitun (Zaitunah) adalah nafs yang telah selesai dinyalakan dengan cahaya yang suci serta fikiran yang terang.



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts