Masih lagi baru di dalam industri seni tanah air, Raysha Rizrose mengakui dia sangat mengagumi dan memandang tinggi Lisa Surihani dan mahu menjadikan isteri Yusry Abdul Halim sebagai contoh di dalam bidang seni.
“Saya pandang tinggi dan sentiasa mahu mencontohi Lisa Surihani. Dia sangat minimalis. Tanpa perlu bersolek tebal, personaliti dan minda Lisa melebihi kecantikan fizikal yang dimilikinya. Selain Lisa, saya juga kagumi Scha Alyahya dan Fazura”
“Mereka ada aura dan bijak bergaya. Hampir kebanyakan juara Dewi Remaja yang menang sebelum ini saya minat,” jelasnya kepada Berita Harian selain menjelaskan mahu menjadikan apa yang menimpa kakaknya, Nelydia Senrose di dalam bidang seni sebagai persediaan di dalam industri hiburan.
Selain itu, dalam masa yang sama, Raysha juga mengatakan dia kini mahu memberikan fokus kepada bidang lakonan sehingga sanggup menangguhkan pengajian namun masih mempunyai perancangan untuk menamatkannya lima tahun lagi.
“Saya sepatutnya sambung belajar bulan ini tetapi dengan kemenangan ini saya perlu menangguh seketika apa yang dirancang. Saya mahu timba pengalaman dalam dunia seni terlebih dahulu. Insya-Allah lima tahun lagi, saya akan memenuhi impian untuk menuntut dalam bidang undang-undang,” katanya.
No comments:
Post a Comment