Trending

Sunday, 2 August 2015

Peminat Berbalah Di Instagram Neelofa Hanya Kerana Escargot



Gara-gara muatnaik sekeping gambar makanan seperti siput babi oleh sesetangah peminat di akaun Instagram miliknya, Neelofa yang kini berada di kota London telah ditegur berkaitan hukum-hakam di dalam agama Islam mengenai makanan tersebut selain ada yang berhujah lanjut mengenai haiwan tersebut.

“Makan benda haram boleh menggelapkan hati,” salah satu komen di antara ratusan yang lain tertulis di bahagian komen Instagram tersebut. Sudah biasa kita lihat perkara sebegini, perbalahan mengenai siput tersebut terus berpanjangan.
Selain itu, menurut laman web e-fatwa, escargot adalah perkataan dalam bahasa Perancis yang merujuk kepada sejenis siput yang dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai siput babi.
Walaupun kedapatan beberapa jenis siput babi seperti helix aspersia dan helix pomatia, tetapi kedua-duanya adalah tergolong dalam genus yang sama iaitu Genus Helix. Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun.
Selain itu, ada juga yang menyatakan rasa geli dengan hidangan tersebut. Apa pun, pastinya Neelofa sendiri sudah biasa berhadapan dengan situasi begini. Terlalu cepat menilai hanya dengan sekeping gambar sehingga menyebabkan perbalahan berpanjangan hanya membuang masa.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts