Trending

Thursday, 6 August 2015

Akhirnya, Isteri Pertama Ashraf Muslim, Noor Dayana Sah Hamil



Isteri pertama Ashraf Muslim, Noor Dayana kini disahkan sedang hamil empat bulan.

Ini komen Ashraf Muslim: (Murai)

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana setelah empat tahun menunggu, Dayana kini hamil anak pertama hasil perkahwinan kami. Saya sangat gembira dengan kehamilannya ini,” 

“Saya tidak mahu memaklumkan (mengehebahkan) kehamilan Dayana di awal usia kandungannya kerana saya sendiri takut timbul rasa riak atau perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya. Kini kedua-dua isteri saya sedang hamil,” 

“Kandungan Dayana sudah memasuki bulan keempat manakala isteri kedua saya pula sedang sarat mengandung lapan bulan. Saya akan jaga kedua-dua isteri saya  dengan sebaiknya. Tiada berat sebelah antara saya dengan mereka,” 

Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Dayana pada 30 Ogos 2011 di Mekah sebelum mengahwini Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013.

Sebelum ini Ashraf dan Wan Sakinah dikurniakan cahaya mata sulung, Sarah Ashraf yang kini berusia satu tahun dan hubungan Wan Sakinah dengan Dayana menajdi erat.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts