Trending

Sunday, 9 August 2015

Kamal Adli, Emma akui makin mesra



PASANGAN merpati dua sejoli, Emma Maembong, 23, dan Kamal Adli, 29, dilihat lebih terbuka berbicara tentang hubungan 'rapat' mereka.

Spekulasi mengenai hubungan mesra yang terjalin antara Emma Maembong dan Kamal Adli mula tercetus apabila gambar mesra mereka tersebar di media sosial sekitar Mei lalu.

Namun, Kamal menegaskan, hubungan akrab mereka masih berada dalam fasa awal dan masing-masing tidak mahu terburu-buru untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya.

"Sejujurnya kami berdua memang tidak menyorokkan hubungan kami kerana tiada apa untuk disembunyikan. Malah, orang ramai sudah sedia maklum dengan hubungan kami.

"Masih terlalu awal untuk meletakkan 'target' hala tuju hubungan kami ini. Cukuplah sekadar semua mengetahui keakraban kami berdua. Saya akui Emma antara rakan artis perempuan yang rapat dan baik dengan saya sekarang. 

"Saya juga berpendapat belum masanya lagi untuk saya membuka mulut berhubung hal itu. Fokus utama pada ketika ini adalah kerjaya seni masing-masing," katanya kepada BH PLUS.

Sementara itu, pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Emma itu turut mengiyakan kenyataan yang diberikan oleh Kamal. 

Menurut gadis kelahiran Terengganu itu, ada pihak yang turut tidak senang dengan keakraban beliau dan Kamal. Ada yang turut memberikan kata-kata negatif apabila Emma kerap memuat naik gambar Kamal di akaun Instagram miliknya.

"Kami menerima seandainya ditawarkan untuk berlakon bersama jika ramai yang menyukai 'chemistry' kami menjayakan sesebuah naskah itu. Namun tidak dinafikan ada yang bertanya kenapa saya sering memuat naik gambar bersama Kamal.

"Kebetulan kami sedang menjalani penggambaran drama bersiri 30 episod, oleh itu mungkin ramai yang melihat kelibat kami bersama ke mana-mana dan sering memuat naik gambar bersama.

"Tugas saya sebagai seorang pelakon untuk mempromosikan sesebuah projek yang sedang saya jayakan. Malah, saya juga sering memuat naik gambar bersama Aiman Hakim Ridza selaku gandingan saya pada ketika itu," ujar Emma sambil tersenyum.

Bakat lakonan yang dicungkil menerusi drama Kau Yang Terindah pada 2012 menjadi titik perubahan pada kehidupan Emma daripada seorang gadis biasa menjadi tatapan peminat dunia hiburan.

Seiring dengan peningkatan usia dan perubahan penampilan diri yang sudah berhijab, Emma kini sedang dalam proses untuk mempertimbangkan tawaran watak yang memerlukan babak mesra dengan pelakon lelaki.

Walaupun dalam drama seperti Projek Memikat Suami dan Isteri Separuh Masa lakonannya masih mengetengahkan babak mesra dengan pasangan pelakon, kebanyakannya menggunakan helah kamera.



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts