Trending

Monday, 30 December 2019

Tanam durian ni sememangnya banyak kos yang perlu dikorbankan


Tersergam indah kehijauan daun di ladang Chantaburi. Tidaklah jauh cara mereka menguruskan tanaman berbanding dengan kita, kaedah yang sama, cara yang sama..semuanya hampir sama . Cuma kita sanggup atau tidak?
Tanam durian ni sememangnya banyak kos yang perlu dikorbankan. Apatah lagi soal baja.. Ya, baja memang banyak diperlukan pd pokok durian. Tidak ckup dngn organik semata, NPK kimia jgk mainkan peranan dan akhir sekali foliar sebagai sokongan. Kedua-dua kombinasi ini amat penting sekali terutama untuk peringkat vegetatif.
Saya disana bertanya tentang foliar yang mereka gunakan, tpi mereka rahsiakan pd saya. Hnya segelintir dri mereka juga rakan taulan saya memberitahu kebanyakan foliar tu buatan sendiri. Xmengapalah.. dari sudut jauh saya perasan satu beg guni ada gambar arnab. Dalam hati saya kata mungkin ini baja cap Arnab yg mereka guna. Tertulis beberapa nisbah NPK di beg. Konsep pembajaan yang sama sahaja dngn kita, mungkin ada certain part yg berbeza dengan kita terutama dari sudut sistem tanaman.
So, baja granule yg jelas saya nampak NPK👇
1.) 4-5-7 (organan)
2.) 21-3-3 (High Nitrogen, mungkin ini yang mereka gunakan untk bina pigmen hijau pd daun)
3.) 16-16-16 (penggalak tumbesaran tanaman)
*boleh sihat seperti dlm gmbr dibawah.
Saya rasa setakat ni dlu, saya akan kongsikan untk posting berikutnya ☺️. Jangan terlepas info yg ingin saya kongsikan kpd anda berkenaan durian ya! Klik "see first" dkt button following. Dan jangan lupa join channel telegram kami yg semestinya percuma untk anda! ☺️

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts