KLON MONTHONG 3TAHUN DAH BERPUTIK!
Sememangnya klon Monthong yg merupakan varieti dri Thailand dngn kod pendaftaran Jab Pertanian Malaysia D159 adalah klon yg paling cepat berbuah dan paling lasak.
Mungkin ada kajian dari rakan yang tanam, Monthong mudah kena kanker. Saya jugk setuju memandangkan saya sendiri dah lihat rawatan torehan pd btng tu utk rawat penyakit "Phytophthora palmivora" di ladang Chantaburi ini. Namun, Monthong menjadi tanaman No.1 di Thailand sebagai hasil eksport buanya setiap tahun.
Ini kerana buah Monthong ni jenis yg peram dan boleh tahan lama sehingga berbulan2. Ada ura2 mengatakan mereka tanam Monthong kerana boleh petik separuh masak "cash" tanpa perlu tunggu habis musim. Berat pula 1x lebih berat dari yg masak.
Namun, yang sebetulnya saya faham mereka akan petik bila buah dah matang sahaja. Sebagai langkah keselamatan sebenarnya, Durian Thailand yg dipetik akan direndam ' air kunyit' untuk mengelak dari kulat dan mereka eksport dngn kontena mengambil masa hingga satu minggu ke China.
Cakap soal pasaran Monthong ni, kalau eksport sangat berbaloi. Pasaran harga Thailand tahun lepas dlm rm8.50 1 kg. 1 ekar blh tanam 60 pokok. Sepokok 10 tahun blh dpt 150-300 biji x 3-6 kg x rm 8.50 x 150 biji = 8 ribu hingga 15 ribu x 60 pokok = rm 450,000- 900,000 1 ekar semusim.
So, kalau anda ada ruang untuk tanam Monthong atau ada tanah terbiar.. Tanamlah! 😉
No comments:
Post a Comment