Trending

Monday 30 December 2019

Cara pruning durian umur 1 tahun keatas


PEMANGKASAN POKOK DURIAN
.
.
Pemangkasan sangat penting utk pokok durian. Perlu dilakukan di peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk
pokok yang mempunyai batang utama yang tegak dan dan dahan-dahan primer yang
bersudut mendatar.
Kerja pemangkasan pokok durian bermula selepas 6 bulan ditanam di ladang.
Di Thailand, pokok durian dibuat pemangkasan untuk mencapai tinggi maksimum sekitar 7 meter utk semua pokok.
Pemangkasan pokok matang selalunya dibuat selepas musim buah. Bekas potongan perlu dirawat dengan racun kulat.
.
.
Tujuan utama pemangkasan ialah:
1. Membentuk dan mengawal pembentukan pokok. Dengan Membentuk batang & dahan utama.
2. Membuang tunas air yang tidak produktif, reput, berpenyakit dan mati.
3. Memberikan ruang pengudaraan yang baik pada pokok.
4. Mengalakkan pengeluaran buah yang banyak, berkualiti dan baik.
5. Mengurangkan ketinggian pada masa dan keadaan yang sesuai.
6. Membolehkan pancaran matahari menembusi kanopi.
7. Membentuk cabang-cabang pokoka seawal yang boleh bagi menggalakkan penghasilan awal.
8. Mengekalkan pokok sentiasa subur dan produktif.
9. Mudah pengurusan rawatan pokok dari penyakit.
10. Penggunaan baja yg optimum utk pokok.
11. Mudahkan pengurusan hasil.
Kaedah Pemangkasan (Prunning) seperti dalam gambar.
Gambar & Teknik Pemangkasan: Kredit Tn. Eh Mahmud
P/s: Silakan SHARE utk ilmu yg bermanfaat ini ðŸ˜Š
Selamat berkebun.




Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts