Trending

Saturday, 7 December 2019

Petua Tanam Nenas Dalam Polybag


Nenas adalah tanaman kontan yang senang tumbuh dan tidak memerlukan air yang banyak untuk hidup.

Setakat ini saya sudah menanam lebih 3k pokok nenas terutama jenis MD2 dan nenas madu kerana permintaanya yang tinggi di pasaran.

Artikel malam ini saya mahu kongsikan petua dan syarat menanam nenas dalam polybag. Mungkin ramai yang tidak tahu.

Petua Tanam Nenas Dalam Polybag

1. Bila nak tanam nenas ni, jangan tanam di bawah pokok yang tidak terkena cahaya matahari, mesti tanam di kawasan terbuka.

2. Jika tanam dalam polybag, campurkan tanah hitam dengan tanah organik atau tanah kompos.

3. Lepas tanam nenas, jangan terus tabur baja subur, biar dulu sampai nampak pucuk baru keluar, bermakna akar sudah keluar.

4. Kalau dalam satu minggu ada hujan sekali pun sudah memadai untuk nenas.  

5. Tolong JANGAN siram nenas setiap pagi dan petang. Nenas akan semput dan terbantut lalu akarnya mereput.

6. Akhir sekali, SAHABAT BAIK nenas adalah cuaca yang panas. Musuh nenas adalah tanah yang lembab



sebelum tanam nenas dalam polybag, semai dulu dalam botol meneral berisi air, lepas 2 minggu keluar akar barulah pindah ke tanah atau polybag, korang boleh belah 4 jika mahu






Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts