Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan rumah tangga masing-masing berkekalan hingga ke akhir hayat.
Namun, tidak semua pasangan mampu mengecap kebahagian selama-lamanya. Ada kalanya perkahwinan yang dibina berakhir dengan penceraian.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Elia telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kisahnya bergelar ibu tunggal dan membesarkan anak lelaki seorang diri.
Meskipun terpaksa memegang status janda di usia yang cukup muda, Elia tetap positif dan redha menerima takdir Ilahi.
Menurut wanita yang berasal dari Johor ini, dia menerima pelbagai tanggapan buruk daripada masyarakat dan orang sekeliling ketika di awal penceraiannya enam tahun lalu.
Bukan itu sahaja, bekas suaminya juga bersikap acuh tidak acuh dalam memberikan nafkah buat anaknya, Naufal.
Bagaimanapun, Elia terus cekal dengan memberikan sepenuh kasih sayang buat anak tunggalnya tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.
No comments:
Post a Comment