Trending

Monday 16 December 2019

Kajian kes Anak pokok yang terjejas pertumbuhan atas faktor Transplanting Shock



Kajian kes : Anak pokok yang terjejas pertumbuhan atas faktor Transplanting Shock.
Subjek : Anak pokok durian
Simptom :
- Kebanyakan daun asal sudah kering dan luruh
- Pucuk baru berdaun saiz kecil dan pokok masih rendah, walaupun selepas 9 Bulan dipindahkan ke plot tanah.
Pertumbuhan :
- Selepas dipindahkan, saiz, warna hijau (gelap / cerah) dan bukaan daun pucuk baru menandakan tahap kualiti tanah tersebut.
- Pucuk yang mengecil saiznya menandakan pokok telah mengalami Transplanting Shock'.
◎ sebahagian akar pokok stress / mati dan tidak dapat berfungsi sepertimana sebelum ia dipindahkan.
◎ pokok yang mengalami stess ini sama ada mampu untuk kembali pulih ATAU ia membesar dalam keadaan stress sehingga matang (mengambil masa yang lama & rupa fizikal pokok tidak mencapai pertumbuhan Optimum).
Contoh =
- anak pokok (Gambar ðŸ‘‡) itu sudah berusia 9 BULAN dipindahkan ke tempat itu.
→ saiz daun lebih kecil daripada saiz normal.
→ warna daun lebih ke arah hijau cerah.
→ bukaan kanopi (ranting) mengecil, tidak terbuka luas kerana ruas antara node daun dekat².
_ _ _ Organan = Bahan Organik / Humus _ _ _
» Pokok Durian dikategori sebagai pokok berkayu keras yang mampu hidup lebih 20 tahun pada ketinggian yang tersendiri.
» Kepentingan mengawal keperluan anak pokok, terutama sekali ketika pemindahan/ transplanting perlu diutamakan.
Syor saya...
» letakkan bahan organik_unsur_tumbuhan pada pangkal pokok (1kg / pokok).
» buat bancuhan bilasan Urea (15gram / 1L air), siram sekeliling pokok.
» Perhatikan reaksi dan pertumbuhan pokok selepas 2 Minggu. Jika masih tiada perkembangan, cabut & tanam kembali anak pokok, tetapi masukkan kompost di dalam lubang sebelum menanam semula anak pokok itu. Prosedur ini perlu dilakukan pada waktu yang sama, jangan biarkan akar pokok terdedah kepada persekitaran terlalu lama.
» Sebaliknya, selepas 2 minggu,jika pucuk tumbuh dengan rancak, 4 minggu selepas bilasan Urea, baja NPK sudah boleh diberikan.
● 6 minggu pertama selepas anak pokok dipindahkan, penanam sudah mampu menilai pertumbuhan pokok.
● Tanah yang mengandungi banyak bahan organik,
— tidak terlalu cepat untuk dipengaruhi oleh perubahan cuaca (kecuali kemarau berpanjangan & banjir). Kebanyakan masa, tanah ini mengekalkan kelembapan & mengurangkan sejatan drpd haba cahaya matahari.
— daripada segi pembajaan, tanah yang tinggi bahan organik memegang lebih banyak baja pada sesuatu masa, maka dosage baja boleh dikurangkan sehingga 80%.
— menggalakkan aktiviti mikroorganisma tanah, cacing tanah dan enzim, asid amino & hormon yang ada dalam tanah. Bahan organik memegang element² ini lebih banyak & bertahan lebih lama berbanding tanah 100%.
[!!! Pastikan tanah mengandungi bahan organik sebelum membuat semburan EM, asid amino, hormon, Mikrob dll].




Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts