Trending

Monday 11 December 2017

Neelofa Muat Naik Video Rindukan Fattah Amin?


Neelofa, 28, menafikan video KLCC yang dimuat naiknya ke Instagram, baru-baru ini memberi gambaran dia masih terkenangkan aktor Fattah Amin.
Video yang memaparkan menara berkembar Petronas yang dimuat naik pada 27 November lalu itu, turut menyelitkan kapsyen yang didakwa ramai seakan memberi gambaran dia sedang gembira melihat kebahagiaan Fattah daripada jauh.
“Ini yang saya tidak faham. Gambar KLCC yang saya muat naik bukan buat pertama kali. Apa salahnya sebagai rakyat Malaysia saya nak mengagumi KLCC?
“Kebetulan hari itu saya lalu dan kereta saya betul-betul di bawah (KLCC). Dan ia sangat cantik dari sudut itu apabila kereta sedang bergerak. Kenapa orang naik kaitkan? Saya hanya tak faham.
“Tolonglah. Kalau selepas ini saya bergambar lagi di situ orang tetap nak kaitkan ke apa?” kata Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor.
Terdahulu, rata-rata peminat menganggap video KLCC yang dikongsikannya ditujukan kepada bekas kekasihnya yang kini menjadi suami Nur Fazura itu.
Ia susulan salah satu petikan daripada buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin yang berbunyi:
“Aku dulu selalu berangan nak pergi KLCC, nak bawa kereta aku sendiri dan ‘parking’ Valet. Ternyata kini telah termakbul. Hahh…. kelakar kan.”
Sejak itu, KLCC seakan menjadi simbolik kepada diri Fattah.
Neelofa berkata, dia enggan lagi melayan spekulasi yang dibuat netizen kerana menganggapnya tidak berasas.
“Tak tahu nak cakap apa dah, dah banyak kali cakap macam-macam. Jadi saya rasa kena sabar banyak-banyak sebab orang nak cakap, cakap juga. Saya fikir, apa yang saya boleh lakukan dengan lebih lagi ialah bersikap baik pada semua orang dan menyebarkan positiviti. Itu saja,” ujarnya.

2 comments:

  1. Anda ingin mendapatkan penghasilan tambahan ?? Ayo Gabung dengan Situs RESMI POKER ONLINE TERPERCAYA di www.fanspoker.com
    Deposit dan Penarikan Dana Hanya 1 Menit (selama bank online) BANK BCA, Mandiri, BNI, BRI dan DANAMON Minimal Deposit & Withdraw 10 rb
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete
  2. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    ReplyDelete

About

Popular Posts