Trending

Wednesday, 13 December 2017

Cara dan Kaeadah Tepat Zikir Nafas


NAFAS KU BERZIKIR

Cara dan Kaeadah Tepat Zikir Nafas

-Zikir Nafas
-Mengenal Nafas
-Mengenal Asal usul nya Nafas
-Mengenal Datang nya Nafas
-Mengenal Reservoir Nafas
-Mengenal Punca Kedatang nya Nafas
-Menghargai Nafas dengan Haqqul Yakin
-Melihat kedatangan Nafas dari Pandangan Ainul Yakin
-Tarbiyyah diri dengan Muttu Qabla an tammutu [ hadis] Latih mematikan diri-
-Latih pergerakan Allah-(memulangkan Zat,Sifat,Asma,Af’al Allah s.w.t) Dengan Muraqabh dan Musyhadah
- Latih Ilmu Allah
-Dengan KALIMAH Syahadah dan Syuhud (Qudrat”Kuasa”,Iradat”berkehendak”,Ilmu”ilmu”,Hayat”hidup”)

Bagi kaum Aribillah, Nafas adalah Imej cermin dari Roh , nafas adalah kembar bagi Ruh. Ruh adalah hakikat dan nafas adalah syariatnya di alam ini.Ruh ibarat kapal, ombak bagaikan nafas.Jika tenang ombak, tenaglah perjalanan kapal. Begitu juga Ruh, jika nafas seorang hamba tenang, maka ia memberi kesan pada ruhnya.Kaum Aribillah dan ahli Rohanni amat mementingkan latihan pernafasan. Bila pernafasan elok, maka akan eloklah perjalanan ruh dengan ROBBnnya. Emosi amat mempengaruhi pernafasan, baik ia dalam keadaan marah “stress” atau tenang.
Jika seseorang itu berjaya mengawal emosinya.

Mereka yang tidak mementingkan rohani adalah seperti jasad yang tiada Roh , mereka amat di perbodohkan oleh syaitan , apa guna sebatang jasad walaupun ianya seorang raja , seorang yang cantik dan kaya jika tiada Roh dan Nyawa akan di kebumikan dengan secepat mungkin. Roh dan kerohanian amat penting dalam memahami pengertian hidup dan perjalanan hidup ini .Nafas berasal dari Robbul Alameen ,
Soalan pertama adalah mengenal Bagiamana turunya dan naiknya Nafas ini dari sebatang tubuh yang tidak ada hawl dan quwwah , dan bagaimana ratusan ribuan jutaan makhluk menerima Nafas turun , Nafas naik dengan secara sistematik dan secara teratur dan tanpa ada gangguan , dan tiada kehilangan satu nafas yang tegendala dalam ribuan juta tahun kecuali sudha sampai ajal maut seseorang itu dengan taqdir Nafas dan usia hayyatnya. Nafas adalah sumber kehidupan, tanpa nafas hancurlah kehidupan.

Nafas adalah al-Hayat yang datang dari Tuhan, ia adalah rahsia Illahi.Para ulama sufi mengamalkan zikir nafas untuk pembersihan rohani, manakala para ahli “tenaga dalam” mengamalkan pernafasan untuk mengaktifkan tenaga ghaibnya sehingga dapat melakukan perkara yang luar kekuatan jasad.Kaum sufi menamakan iannya sebagai Nasma iaitu gabungan antara Ruh Jasmani dan jasad.Zikir Nafas adalah jentera pengerak kepada semua sistem rohani dan jasmani.Zikir Nafas adalah merupakan IBU kepada segala zikir.Zikir ini mempunyai banyak keistimewaan.Zikir Nafas ini ada pecahan dan rangkaiannya tersendiri.Pecahan zikir ini ialah zikir Nufus, Tanafas dan Amfas.Keempat-empat perkara ini berkaitan diantara satu sama lain.Bermula nafas itu kerana anfas, dan hidup anfas itu kerana nuffus, manakala hidup nufus itu dengan rahsia dan rahsia itulah merupakan (diri) rahsia Allah.Nufus,Anfas dan Tanafas itu adalah satu perkara yang ghaib, yang wujud tanpa dapat dirasa dan dilihat seperti mana nafas.

Adalah tidak sedap membicarakan sesuatu yang tidak boleh dibuktikan dengan ilmu yakin, ataupun ainul yakin.Kerana ini boleh menimbulkan fitnah besar kepada pembicaranya kelak.Sudah menjadi ghalib manusia ia akan menolak sesuatu yang tidak tercapai oleh akal dan ilmunya, meskipun jalan paling baik jika ia terserempak dengan keadaan demikian ialah dengan mendiamkan diri (tawakuf) disamping belajar untuk memahaminya.Kedudkan Sistem Bathin dan Spiritual ini bergerak dengan Kuasa Qudrat yang mutlak dan hanya dapat di lihat dengan mati hati oleh mereka yang telah hidup hati mereka secara zahir dan bathin. Tanpa ILMU Mata hati memang hati itu tidak akan terbuka dan hidup dan tidak akan dapat memerhatikan keajaibaan hati ini. Kedudukan Anfas ialah dihidung.Tanafas ditelinga dan Nufus diJantung, manakala Nafas ialah dimulut.Anfaas,Nafas,Tanafas dan Nufus ini merupakan satu “kuasa” ataupun keadaan yang keluar masuk (bergerak) dalam tubuh seseorang manusia.Apa kah insan mudah memahami gerakan sistem spiritual dan rohani ini tanpa mengenal Robbnya dan ILLAH nya , dia sekali-kali tidak akan mengenal Robb nya tanpa ILMU KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH. Semua sistem pengerakan Nafas , Anfus , tanafas adalah satu sistem Unggul dan yang ajaib yang penuh dengan mukjizat.Tanafas ia bergerak di telinga,Nufus dijantung,Anfas di hidung sementara Nafas pula dimulut.Diantara keempat unsur ini,Nafaslah yang boleh dirasa dan disentuh serta mudah untuk diyakini (kalau kita membicarakan) kerana setiap orang boleh merasakan sengan perasaan zahir.

Justeru itu dalam bab ini saya berminat untuk membicarakan Zikir Nafas sahaja.Nafas adalah sumber utama dalam menghidupkan hati dan jasad. memahaminya dan menguasainya akan membawa Insan itu kepada kejayaan.Nafas adalah saluran penting bagi kita meneruskan hidup di atas bumi ini, ada jasad tanpa Nafas , tidak berguna jasad ini. Ada roh tapi tiada Nafas tidak juga bermenafaat Roh itu kepada jaasad itu.Bila sebut Nafas orang tahu,iaitu angin yang keluar masuk daripada lubang hidung dan mulut (daripada luar tubuh kedalam tubuh)Kalau mengikut pengertian saintifik,udara yang keluar dari mulut atau hidung itu ialah karbondioksida yakni bahan “perkumuhan”, sementara yang disedut masuk itu pula ialah oksigen.
Fungsi oksigen ini ialah untuk memutarkan darah dalam jantung, membolehkan nyawa bergerak.Oksigen itu disedut dari luar dimana ianya diproseskan oleh tumbuh-tumbuhan dan alam seluruhnya.Fikirlah dna renungkan lah betapa penting nya penguasan Nafas dalam hidup dan tanpa penguasan ini anda tidak akan bahagia secara zahir dan bathin. Ramai ahli sains mengakui hakikat ini bahawa semua punca masalah hidup yang membawa kepada keadaan tidak bahagia adalah kerana tidak wujud harmoni di antara jasad dan qalbu - emosi dan minda.

Mengikut kajian pakar 80% punca pesakit adalah berpunca dari ketidakstabilan emosi atau masalah psikologi.Emosi dan jasad ada kaitan yang amat rapat jika tidak di kawal ianya akan membawa mudarat kepada tubuh badan dan juga anggota badan yang menjalankan tugas penting dalam sistem peredaran darah dan sistem oxygenation. Justeru itu rawatan yang paling baik ialah membina motivasi seseorang itu kepada kekuatan dalaman.Tiada pembinaan yang paling baik melainkan mendekatkan manusia itu dengan RabbNya.Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan yang betul, atau disebut oleh ahli Tasauf sebagai zikir nafas, akan memberi kesan yang hebat. Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati (membakar mazmumah).Pernafasan yang betul akan memaksimumkan penyerapan oksigen yang amat penting dalam kehidupan dan kesihatan manusia.Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang terdedah kepada pelbagai penyakit seperti kanser,gangguan saraf, leukemia dan lain-lain.

Teknik Terapi Zikir pernafasan:
Perut dikempeskan se-kempes mungkin dan dikeraskan, agar energi yang dibangkitkan besar.> Tarik nafas perlahan-lahan dan kemudian dalam-dalam, dada digembungkan, perut dikecilkan, tahan selama beberapa detik agar diproses oleh paru-paru, dan lepaskan.> Penarikan Nafas harus dengan tertib dan juga secara natural tanpa di paksa atau pun di desak - kaedah ini akan gagal menghasilkan satu proses yang mukammil.

> Kemudian tarik nafas kembali dalam-dalam, tahan selama beberapa detik, dan selanjutnya[ sebaik nya 5-1-5 atau 10-1-10 atau pun 3-1-3] , tarik 3 saat - tahan 1 saat - dan lepas 3 saat ] atau ikut kekuatan daya tarikan dan hembusan.

> Lanjutkan terapi pernapasan dengan dada tetap digembungkan, dan perut tetap dikempeskan dan dikeraskan.Menarik nafas dengan membayangkan menghirup udara yang bersih dan sehat, lepaskan napas dengan membayangkan membuang penyakit, racun dan udara kotor.Nafas ditahan agar proses biologis didalam paru-paru berlangsung sempurna, yaitu : oksigen yang diudara diserap oleh paru-paru ( secara maximal ) dan udara kotor beracun ( CO2 ) dilepaskan ke-udara untuk kemudian dibuang keluar saat melepaskan napas. ( Dengan bernapas biasa maka proses berlangsung tidak sempurna, karena belum sempat terjadi pertukaran secara lengkap, udara sudah dikeluarkan lagi dari paru-paru ).

Waktu ingin melakukan zikir nafas kita wajib memulangkan Zat, Sifat, Af’al kita kepada Zat, Sifat, Af’al Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang batin iaitu Ruh dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya Wujud Yang Qadim Zat Allah jua.La maujud illaLlah yang bermaksud tiada yang ada di ala mini pada hakikatnya melainkan Allah jua.Hakikat nafi pada diri kita ialah la wujud(tiada yg wujud) ,
la qadir(tiada yg Maha kuasa) ,
la hayun,
la muridun,
la alimun(tiada yg Maha mengetahui) ,
la samiiun(tiada yg mendengar) ,
la basirun (tiada yg Maha melihat) ,
la mutakalimun fil haqiqah illaLah.
Berkata para Arifbillah, ”matikan diri kamu sebelum kamu dimatikan”.[ Hadis Sohih].

Mati disini dibahagikan kepada empat:
1) Mati Hissii iaitu seolah-olah sudah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya hanya Allah jua yang berkuasa, kemudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya.

2) Apa dia hakikat Asolatu Miraju lil Mukmineen. Miraj iaitu selepas sempurna mematikan diri kita hendaklah malakukan miraj ertinya iaitu menaikkan nafas kita malalyui alam “Qaba qawsain au adna” iaitu antara kening merasa penuh limpah dalam alam Qudus iaitu dalam benak kepala kita hingga hilang segala ingatan yang lainnya.Ia dinamakan mati ma’nawi iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu melainkan hanya berhadapan pada Allah jua.

3) Mati dalam Hidup dan Hidup dalam kematian , ini lah hakikat mati lah kamu sebelum kamu di matikan. Mati segala usaha ikhtiar segala daya upaya diri kita hanya kita mendirikan sembahyang dengan melihat pada matahatinya dari Allah,degan Allah dan untuk Allah.Dari Allah mengerakkan Ruhaniah,dari ruhaniah mengerakan Al-Hayat, dari Al-Hayat menggerakkan nafas dan dari nafas menggerakkan jasad dan adalah pada hakikatnya itu Allah jua yang menggerakkan sekaliannya sebagaimana firmaNya: “Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad Sala Allahu Alaihi Wasalam - ketika engkau melontar tetapi Allah yang melontarnya…”.Pada pandangan dzahirnya perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua.

4) Mati dalam tidur - Ini adalah satu rahsia maarifah dalam hidup yang hanya di ketahui oleh para Arif Billah dan Alimbillah - bukan nya oleh alimbil kitaab, ramai orang alim bil kitaab tetapi jahil tentang Allah dan segala ilmu tauhid dan maarifahtullah.Zikir Nafas adalah Ummul Zikir. Dan seafdal-afdal Zikir yang mampu memberi kekuatan Rohanni adalah Zikir Khafi, ini di jelaskan dalam beberapa hadis sohih.

Zikir Nafas adalah selaku Noor Cahaya yang memancar keseluruh jiwa seorang pengamal Zikir Nafas.Zikir nafas ini adalah besar faedah.Dengan melakukan zikir nafas sahaja ia boleh memecahkan ketulan darah hitam yang berada dihati yang dianggap sebagai istan iblis itu.Selagi istana Iblis tidak terpecah dan hancur musnah Nur Qalbi sebagai penyuloh lampu ma’rifat yang diharapkan itu tidak mungkin diperolehi.Nur itu tidak akan bersinar menyuloh kegelapan dalam diri.Kalau pun ia menyala tetapi cahayanya tidak telus.Zikir Nafas adalah ibu segala zikir. Ianya mampu membersihkan segala kotoran dalaman dan rohanni .Mengenal Diri

Sabda Rasulallah saw:
MAN ARAFA NAFSA FAQAD ARAFA RAB’BAH WAMAN ARAFA RAB’BAH FASADA JASAD.“Sesiapa yang mengenal dirinya,tentu dia mengenal Robbnya dan sesiapa yang mengenal Robbnya, maka binasalah dirinya.”

Firman Allah swt:“Dari Allah kau datang kepada Allah kau dikembalikan”(al-Baqarah:156)Apabila Ruh diturunkan kebumi, ia berhajat kepada Sifat Iftiqar Allah untuk berfungsi di atas muka bumi ini..Jika tiada Sifat Iftiqar,Ruh tidak berfungsi.Ini disebabkan ia memiliki sifat yang suci dan tinggi.Ia tiada pengetahuan dan kehendak terhadap alam yang rendah (dunia).Oleh itu, ia perlukan Sifat Iftiqar untuk melaksanakan tugas khalifah, untuk kehidupannya dan dunia.

Empat Sifat Iftiqar: Sifat Qudrat, Hayat, Iradat, Ilmu.Sebelum Ruh dimasukkan ke dalam jasad,Allah melapisi Ruh Al-Qudsi dengan lapisan-lapisan sampai kealam “Mulkiah” yang disebut “Qiswah Unsuriah” iaitu alam Jabarut, alam Malkut dan alam Mulki kerana kekuatan Ruh Al-Qudsi boleh menghancurkan jasad, sebagaimana cahaya matahari yang dihalangi cahayanya bumi dengan pelbagai lapisan agar tidak terbakar bumi ini kerana kepanasannya.-ALLAH swt-RUH YANG SUCI Firman Allah swt: (“Lalu kutiupkan Roh-Ku dalam tubuh manusia.”Al-Hijr:29)
-1) QUDRAT (Kuasa): iaitu dinyatakan pada (RUH JASMANI) dan diletakkan dalam jasad.Ruh memerlukan jasad untuk bergerak di atas muka bumi.(NASMA “fizikal”: kuasa batin yang hebat). TANAH: tubuh badan-istana hakikat.

-2) ILMU (ilmu): ianya dinyatakan pada (RUH SULTANI) dan menjadi akal apabila digabungkan dgn unsur air dan diletakkan pd otak.Ruh tidak akan dapat berfikir untuk kehidupan didunia tanpa ilmu bangsa dunia.(AIR: akal- ilham,laduni pandangan tajam hikmah).AIR: otak-istana syariat.

-3) HAYAT (hidup): ianya dinyatakan pada (RUH AL HAYAT) dan menjadi nafas apabila bergabung dgn udara.Ruh memerlukan nafas untuk berhubung dgn nafas.(NAFAS: menstabilkan emosi,akal,kesihatan dan perjalanan Ruh). ANGIN,udara:sistem pernafasan-istana tarikat.

-4) IRADAT (berkehendak): ianya dinyatakan pada (RUH SAIRANI RAWANI) dan menjadi nafas apabila digabungkan dgn unsur api dan diletakkan dijantung/qalbi.Ruh memerlukan nafsu yg bangsa dunia untuk memakmurkan dunia.(NAFSU: ketenangan,kasyaf,asyik,cinta,rindu,syuhud,makrifat) API: jantung-istana makrifat.Syaik Abdul Qadir Jailani:Di dalam Kitab Sirrul Asrar:Ruh adalah hakikat diri manusia yang sebenar.Ruh adalah Nur cahaya yang tinggi yang dibaluti dengan beberapa lapisan pakaian sebelum diturunkan ke alam dunia ini agar jasad tidak terbakar.“Manusia itu rahsiaku dan Aku adalah rahsia manusia.”(Hadis Qudsi)Setiap Ruh mempunyai tempat di daerah ketika ia berada dalam jasad.Setiap insan wajib mengetahui bagaimana mahu mengolah setiap lapisan tersebut agar tersingkap baginya rahsia.Kenali dirimu dengan merenungkan kedalam dirimu nescaya engkau akan mengenali Tuhanmu tanpa huruf,suara,tanpa dalil dan perantaraan.Galillah rahsia alam dirimu sendiri sehingga berjumpa dengan air dari alam Malakut,alam Jabarut dan akhirnya Lahut, nescaya kamu akan dapat menyaksikan kembali bagaimana dirimu berhimpun dan bertasbih di alam Lahut serta menyaksikan bagaimana dirimu bersaksi akan diri KeTuhanan sebagaimana firmannya: ”Adakah Aku Tuhan Kamu,(Ruh menjawab) Bahkan!Kami menyaksikan.”(al-Araf:172)

Sesiapa yang sampai kealam ini, ia mengambil ilmunya terus dari Allah tanpa perantaraan iaitu ilmu laduni.Di alam ini, ia beribadah dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah.Pandangannya sentiasa melihat pada dua alam, melihat diriNya di alam zahir iaitu Af’al,Sifat dan Asma, bermusyahadah dengan ZatNya di alam lahut.Adakala mereka itu fana (lebur) penglihatan di alam ini ketika mentajallikan rahsiaNya sehingga tiada yang dilihat melainkan Allah swt.

Bagaimana hendak Mengenal diri?
Apa yang harus di kenali dengan diri ini ?.Adakah Mengenal Jasad yang di kenali oleh semua orang kafir dan mushrik dengan itu mereka sudah mengenal Robb mereka?.Adakah mengenal Bathin sahaja tanpa mengetahui soal Rohani?.
Mengenal diri tanpa mengenal jalan mengenal diri anda tidak akan sampai kepada matlamat?.
Mengenal Jalan tanpa mengenal musuh akan tertewas separuh jalan.
Mengenal Musuh tanpa bersenjata akan di kalahkan.
Mempunyai senjata lengkap namun tidak mengenal maqam musuh akan menempuh kekalahan.
Mengenal senjata dan musuh tetapi tidak ada tarbiyah dari orang mengenal perjalanan dan kaeadah juga akan binasa dalam kesesatan.

Siapa yang benar mengenal dirinya, akan binasalah dirinya, tenggelam ia dalam lautan kefakiran, tenggelam ia dalam lautan ketiadaan keAkuan.Didalam kitab Kasaful Asrar dinyatakan bahwa wujud insan adalah bayang-bayang kepada wujud Tuhan.Tiada akan wujud bayang-bayang ini jika tiada yang empunya bayang-bayang, tidak bergerak bayan-bayang melainkan bergeraknya tuan empunya bayang-bayang.Apabila kamu memandang diri kamu, memandang kewujudan dirimu, maka kamu wajib memahami bahwa kamu ada pemiliknya.Wujud kamu menyatakan wujud diri-Nya.Dia ghaib dan kamu nyata, Dia hakikat dan kamu syariat, Dia adalah wujud dan kamu adalah bayang bagi wujud-Nya.Lihatlah diri kamu lagi,pandanglah segala sifat yang ada pada diri kamu,lihatlah matamu,lihatlah telingmu, lihatlah mulutmu,lihatlah akalmu,lihatlah gerak diammu,lihat rasa hatimu.Semuanya tidak lain melainkan kenyataan sifat-sifat-Nya.

Semoga hati kita tidak dibutakan sama sekali, sehingga tidak mengenal Diri-Nya, yang meskipun Al-Ghaib tetapi sangat dekat sekali, bahkan lebih dekat Dia bila dibandingkan dengan urat nadi yang ada di lehernya sendiri.Bererti lebih dekat Dia meskipun dibandingkan dengan keluar masuknya nafas dalam dada.Maka firman-Nya yang memutuskan:

“Barang siapa yang hidupnya sekarang ini (di dunia) buta (mata hatinya tidak mengetahui keberadaan Diri Tuhannya yang dekat sekali dan Wajib Wujud-Nya), maka kelak di akhirat juga akan lebih buta dan lebih sesat jalannya.”(Al-Isra:72)


2 comments:

  1. Anda ingin mendapatkan penghasilan tambahan ?? Ayo Gabung dengan Situs RESMI POKER ONLINE TERPERCAYA di www.fanspoker.com
    Deposit dan Penarikan Dana Hanya 1 Menit (selama bank online) BANK BCA, Mandiri, BNI, BRI dan DANAMON Minimal Deposit & Withdraw 10 rb
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete
  2. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    ReplyDelete

About

Popular Posts