Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, menyifatkan alam perkahwinan yang kini ditempuhi memberi kebahagiaan sebenar buat dirinya.
Fazura, 34, berkata walaupun agak kekok kerana masih dalam peringkat menyesuaikan diri dengan situasi itu, beliau seronok kerana ia menghadiahkan pengalaman baharu.
“Saya wanita paling bahagia ketika ini kerana mengahwini lelaki seperti Fattah Amin. Memang dialah lelaki saya nantikan selama ini. Saya tahu, dia lelaki yang baik, rapat dengan keluarga dan menyayangi kanak-kanak.
‘Memang agak kekok pada mulanya, tetapi selepas mula membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas termasuk memotong kukunya, baru saya dapatkan sesuaikan keadaan itu sepenuhnya,” katanya dalam pertemuan bersama BH Online, semalam.
Tambah Fazura sejak bernikah, mereka jarang berpisah lama walaupun atas dasar kerja.
“Macam mana nak berpisah kalau pergi bilik air pun sudah rindu,” katanya sambil ketawa.
Mengenai perancangan menimang cahaya mata, penyanyi lagu Bisa Apa dan Sayangi Dirimu ini memberitahu, mereka belum bersedia ke arah itu disebabkan komitmen kerja.
Pasangan sensasi ini selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 November lalu.
Sumber BHOnline
No comments:
Post a Comment