Trending

Wednesday, 13 December 2017

macam mne sy nk mulakan perniagaan dlm pembinaan..mohon tunjuk ajar


Kenalan : Salam tuan..macam mne sy nk mulakan perniagaan dlm pembinaan..mohon tunjuk ajar.
Ambo : Wasalam, disini ambo cuba kongsikan secara ringkas berkaitan bisness pembinaan rumah
Antara cara dan kaedahnya adalah :
1. Cari ILMU berkaitan pengurusan pembinaan dahulu sebelum menceburinya.
2. Selepas itu, perlu daftarkan ROB/ROC dengan memasukkn jenis perniagaan iaitu kontraktor pembinaan.
3. Bila dah berdaftar dengan ssm, anda bolehlah membuka akaun semasa untuk syarikat itu dan bolehlah cuba daftarkan cidb pula seterusnya.
4. Membuat hebahan kepada rakan2 terdekat dahulu terutama yang mampu untuk membuat pinjaman perumahan ataupun mempunyai tunai bagi membina rumah kediaman diatas tanah diorang sendiri.
5. Bila anda sudah ada sekurang2nya seorang pelanggan, anda boleh syorkan pelanggan anda itu kepada pelukis pelan untuk membuat rekabentuk yang dikehendaki.
6. Apabila urusan Akitek termasuk kelulusan pelan selesai, anda perlu membuat satu perjanjian dikenali perjanjian kontrak diantara syarikat anda dan pelanggan. Segala urusan seperti dokumen perjanjian, gadaian, penilaian dan permohonan pinjaman pihak guaman yang akan uruskan.
7. Selepas permohonan diluluskan, anda bolehlah untuk memasuki tapak bina. Disini anda perlu mencari sekurang2 5org tukang bina yang mana salah seorang dari mereka perlu pandai membaca pelan dari atas kertas utk dibina diatas tanah. Anda boleh deal dgn mereka untuk harga borong ataupun gaji mingguan. Tugasan anda pula ialah perlu deal dengan kedai hardware untuk memastikan segala bahan binaan dihantar. Disini segala kos perlu keluaran dari kewangan untuk memastikan sekurang2nya siap kerja2 asas pertapakan, beam dan tiang bangunan.
8. Apabila asas,beam dan tiang siap..anda bolehlah membuat tuntutan bayaran sekitar 30% daripada harga kontrak ataupun kelulusan pinjaman perumahan. Sebagai contoh jika harga kontrak rm200k, first tuntutan tadi akan dapat dalam rm60k.
9. Bila dah dapat tuntutan pertama, anda tolaklah modal asas tadi dan bolehlah open kontrak bina untuk rumah kedua pula. Dari baki tuntutan itu, anda gunakan untuk kerja2 seterusnya dan boleh gunakan putaran dari tuntutan bayaran seterusnya untuk menyiapkan kediaman pelanggan anda itu.
Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini boleh dijadikan rujukan.

1 comment:

  1. ayo menang kan ratusan juta rupiah di FANSPOKER || tunggu apa lagi gan , segera daftar kan diri anda di WWW.FANSPOKER.COM
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

About

Popular Posts