Trending

Saturday 9 December 2017

Bagaimana Hasilkan Cecair 'Kencing Harimau' Tiruan


Sudah menjadi kebiasaan petani atau pekebun akan mengalami masalah dengan haiwan perosak dan haiwan liar yang merosakkan tanaman mereka bila-bila masa sahaja terutamanya apabila kebun berhampiran dengan hutan.

Masalah seperti ini bagai sudah menjadi asam garam dalam mengusahakan tanaman terutamanya  seperti babi hutan atau monyet yang sentiasa menyerang tanaman yang telah diusahakan.

 Pelbagai petua orang dulu-dulu yang kita boleh praktikkan bagi mengelakkan perkara ini terjadi berulang kali. Salah satu petua yang boleh di guna pakai ialah seperti yang dikongsi oleh saudari Norfaizah Aziz bagaimana untuk membuat air kencing harimau tiruan dengan hanya menggunakan 2 bahan sahaja iaitu belacan dan ubat gegat sahaja.



Resepi yang ayah saya bagi utukk elakkan babi. Sebab baunya mcm kencing harimau. Saya tak tau kencing harimau mcm mana baunya...yah saya letak di kebun nya

Ikut teori saya, kalau babi boleh takut kencing rimau, mesti kucing pun takut. 

Malam tadi bereksperimen. Buat masa ni kucing belum berakkan lagi pokok saya dan kawasan berdekatan botol yg saya letak. Esok nak tinjau lagi hasil eksperimen.

Sebelum ni ayah saya guna minyak kibas utk elak kerbau rosakkan pagar n tanaman. Sebab yg sama, bau rimau. Tapi minyak kibas susah nak dapat. 

Aroma kencing harimau yang berada di paras tanah menyebabkan haiwan seperti babi hutan, ular, tikus, musang, memerang, monyet, gajah, tupai dan lain-lain akan terkesan dan lari dari kawasan tersebut.

Cubalah buat, tgk teori org kampung berkesan atau tidak. 







Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts