Trending

Monday, 4 December 2017

Di puncak Jabal Nur inilah terletaknya Gua Hira


Di puncak Jabal Nur inilah terletaknya Gua Hira yang sangat dimuliakan dalam sejarah Islam, kerana menjadi tempat Rasulullah SAW menerima wahyu Allah SWT yang pertama melalui Jibril AS.

KISAH JABAL NUR

Beberapa tahun sebelum dan setelah menikah dengan Khadijah, Rasulullah SAW telah menjadikan Gua Hira sebagai tempat menyepi untuk bertafakur, mengasingkan diri dari berbagai keruntuhan moral penduduk Makkah. Rasulullah SAW sering memisahkan diri dari keramaian untuk mencari jalan keluar, iaitu cara agar masyarakat tidak menyembah berhala.

Di gua ini menjelang usia 40 tahun, Rasulullah SAW yang selalu bertafakur, beribadah selama berjam-jam bahkan berhari-hari hanya dengan membawa bekal makanan dan minuman secukupnya. Pulang hanya untuk mengambil bekalan dan kembali lagi ke gua.

Sepanjang bulan Ramadhan digunakan beliau untuk beribadah. Pada malam 17 Ramadhan 41H atau 6 Ogos 610M, beliau melihat "cahaya" terang benderang memenuhi ruangan gua. Tiba-tiba Malaikat Jibril AS muncul dihadapan beliau menyampaikan wahyu Allah SWT yang pertama. (Surah Al 'Alaq : 1 - 5)

Setelah itu, dengan perasaan takut dan gelisah, beliau bergegas pulang dan berkata kepada Khadijah, "Selimutkanlah aku. Selimutkanlah aku." Khadijah menyelimuti dan mendampingi beliau hingga hilang rasa takutnya. Setelah mendengar kisah yang sangat ganjil dialami suaminya di Gua Hira, Khadijah segera menemui Waraqah Bin Naufal, anak saudara Khadijah, seorang pemeluk agama Nasrani di zaman Jahiliyah. Waraqah pandai menulis kitab Injil dengan bahasa Ibrani. Melalui dia, Muhammad SAW tahu bawa dirinya akan diangkat menjadi Nabi dan Rasul sebagaimana Nabi Musa, menerima wahyu Allah SWT melalui Jibril AS.

Nabi Muhammad SAW ketika itu berusia sekitar 40 tahun. Beliau telah dipilih Allah SWT sebagai Rasul. Rasul terakhir yang membawa manusia dari alam kegelapan ke alam yang terang benderang.
P/s 2jam naik, turun sejam. Kita dpt rasai sendiri peritnya pengorbanan Rasulullah SAW. Dapat sujud syukur dlm gua...merasai sendri pengalaman beribadat dlm gua tersebut.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts