NELOFA BUDAK PANDAI
1. Neelofa bukannya sebarangan artis, dia antara artis bijak yang kita ada.
2. Pencapaian akademiknya luar biasa dan otaknya geliga. 5A UPSR, 8A PMR dan 10A SPM dan dia 'budak MRSM'.
3. Lantikkan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Air Asia Berhad bukan sebab dia cantik dan ramai pengikut sahaja.
Dia memiliki 'mimpi yang sama seperti Air Asia'
4. Menjana jualan tudung lebih dari RM200 juta pada tahun ini di 37 buah negara, ia pencapaian luar biasa
5. Selain lelaki menjadi sebahagiah 5.3 M pengikutnya, aliran pengikut yang besar adalah wanita.
6. Kuasa membeli, jawatan pekerjaan dan simpanan wanita sedang mendahului lelaki kini. Simpanan wanita 18% lebih tinggi dari lelaki.
7. Zaman revolusi ini pengembara bukan lagi lelaki. Statistik penerbangan dan pelancongan diatasi oleh wanita kini. Wanita makin berani mengembara dan ada dimana mana.
8. Wanita mempunyai kuasa rayuan yang kuat untuk mengajak suami atau keluarga bercuti. "Abang jom kita ke Turkie"? Mata suami terkelip kelip cari duit nanti. Siapa tak sayang isteri.
9. Pernah tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia, pemilik NH Prima International Sdn Bhd ini juga jadi duta bagi jenama terkenal dunia Swarovski dan Lancome.
10. Lebih istimewa dia duta pertama produk kecantikan antarabangsa yang berhijab!
11. Dia mencipta populariti dan dari populariti itu dia mencipta perniagaan yang baik. Jenama 'Neelofa' dijaga dengan baik dan rapi.
12. Pemilihan Neelofa merupakan wakil suara generasi muda dan Gen Y dalam industri perniagaan hari ini. Zaman ini orang tak lantik tokoh politik lagi, tetapi siapa yang ada pengikut besar di media sosial.
13. Zaman tunggu tua baru berjaya telah berakhir. Kenapa mesti tua baru berjaya jika boleh waktu muda.
Revolusi baru bermula
Azizul Azli Ahmad
No comments:
Post a Comment