Trending

Sunday 10 May 2015

PANAS !! Citata Bikin Panas Di Konsert Mini nya ..Aumm !


Kuala Lumpur: Hampir 1,000 peminat terpukau dengan kelincahan penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Cita Citata yang mengadakan mini konsert Cita Citata Live @ KL Tower Sakitnya Tuh Di Sini di perkarangan Menara Kuala Lumpur di sini, bermula 5 petang tadi.
Kemunculan Cita, 21, tepat 6 petang disambut dengan sorakan peminat. Dia juga membuat kejutan apabila turun ke bawah pentas dan mengajak peminatnya turut sama bergoyang.
"Luar biasa sambutannya. Sakitnya di mana?," katanya yang disambut dengan pekikan Sakitnya Tuh Di Sini oleh penonton.
Menerusi konsert yang turut dihadiri oleh warga Indonesia ini, Cita menyampaikan rangkaian lagu popularnya iaitu Aku Mah Apa Atuh, Meriang, Jangan Ganggu Pacarku, Kalimera Athena, Perawan atau Janda serta Goyang Dumang.
Tidak ketinggalan dia turut menyampaikan lagu Sakitnya Tuh Di Sini yang turut dinyanyikan bersama oleh peminat.
Turut tampil menghiburkan penonton pada petang ini ialah Sarah Mentor dan Areef.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts