Trending

Tuesday 12 May 2015

KEJAM!!! kecil2 lagi dah MEMBUNUH!!!


KOTA BHARU: Seorang pelajar sebuah kolej di sini maut selepas dipercayai dipukul seorang pelajar senior tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu jam 12.00 malam, Mohd Nor Akram Zime, 16, dipukul dua kali di leher kanan sehingga tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Daerah Bachok oleh guru kolej berkenaan.

 Bapa mangsa, Zime Yaakob, 49 berkata anak keempat daripada tujuh beradik itu belajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang sebelum berpindah ke kolej itu kerana mahu dekat dengan keluarga.


 Katanya, dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu jam 1.00 pagi apabila menerima panggilan daripada pihak kolej.

"Namun belum sempat saya keluar, pihak polis tiba di rumah memaklumkan anak saya sudah meninggal dunia dan sebaik tiba di hospital barulah kami mendapat tahu anak meninggal akibat dipukul rakan," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, dekat sini, hari ini.

Zime berkata, mayat anaknya itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampungnya, di Kampung Gelam, Pasir Puteh selepas solat Asar, tadi.


"Saya reda dengan apa yang berlaku dan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata pihaknya sudah menahan pelajar senior terbabit jam 12.00 tengah hari tadi untuk membantu siasatan.

 Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts