Kisah Bayi Ajaib Ketika Kejadian Gempa Nepal.
Kisah bayi ajaib yang terkubur hampir 22 jam dalam kejadian gempa Nepal pada sabtu, 25 April 2015 lalu kini selamat apabila bayi berusia 5 bulan tersebut dijumpai oleh tentera Nepal dalam operasi menggali dan menyelamat mangsa runtuhan.
Bumi yang tiba-tiba bergoncang hebat pada sabtu lalu telah membuatkan ribuan nyawa di Nepal hilang, manakala runtuhan-runtuhan bangunan amat banyak sekali termasuklah salah satunya adalah tempat kediaman "bayi ajaib" ini.
Dengan pandangan mata yang sayu, ibu kepada bayi ini tidak berdaya apabila melihat bangunan tempat tinggalnya runtuh.
Dalam suasana yang panik, dia tahu bahawa di bawah runtuhan bangunan itu ada anak-anaknya. Soniya yang berusia 10 tahun dan Sonies yang baru berusia 5 bulan.
"Saya menjerit-jerit meminta pertolongan daripada jiran tetangga yang masih ada pada waktu itu untuk menyelamatkan anak-anak saya.' kata beliau mengingati kejadian saat itu.
Melihat keadaan rumah mereka yang ranap akibat gempa Nepal itu membuatkan Rasmila pasrah dan menganggap anak-anaknya tidak dapat diselamatkan.
"Saya rasa macam tidak percaya dengan semua ini," kata wanita 35 tahun itu.
"Saya tidak mendengar apapun dan tidak tahu apakah mereka masih hidup."
Suami Rasmina, Sham Krishna Awal 35 tahun, sedang bekerja ketika berlakunya goncangan gempa tersebut. Suami Rasmina segera pulang ke rumah dan dengan panik, dia mengais-ngais runtuhan tersebut untuk mencari anak-anaknya dengan dibantu oleh beberapa orang yang ada di situ.
"Harapanku agar mereka semua selamat ditemui," kata dia. "Aku tak mendengar bunyi apapun, tak ada satu suara pun di sebalik runtuhan itu.
Pasukan penyelamat tiba 2 jam kemudiannya. Usaha mencari dan menyelamat berjaya menemui Soniya dalam keadaan yang masih bernyawa, namun adiknya masih belum ditemui.

Keajaiban Ketika Gempa Di Nepal.
Tidak ada sebarang tanda yang bayi tersebut akan selamat, sehinggalah terjadinya satu keajaiban.
Pasukan tentara Nepal tiba di lokasi kejadian dan memulakan operasi mencari dan menyelamat dengan menggali bahagian runtuhan menggunakan tangan dan alat-alat yang ada.
Hampir tiga jam mereka mencari, namun masih tidak menjumpai bayi terbabit. Sham mula kehilangan harapan apabila usaha mencari bayinya itu tidak ditemukan.
Tiba-tiba dari bawah runtuhan itu dia mendengar ada satu suara tangisan yang lemah. Air matanya mula bercucuran. Bayi lelakinya Sonies masih hidup. Namun, hari telah lewat malam, tidak banyak yang dapat di lakukan pada waktu itu.
"Kalau memang bayimu ditakdirkan hidup, maka ia akan hidup. Jika tidak, Tuhan akan mengambilnya," kata seorang jiran yang cuba menenangkan Rasmila.
Pada pagi berikutnya, Sham dan Rasmina kembali semula ke runtuhan rumah mereka dan mereka mendapati suara tangisan bayi lelaki mereka sedang menangis lemah pada waktu itu.
"Kami kembali ke sana dan mendengar lagi suara itu," kata Rasmina.
Tentara Nepal datang semula untuk menggali dan menyelamat bayi tersebut. Akhirnya, keajaiban terjadi setelah 22 jam gempa Nepal berlalu. Dada Rasmina berdegup kencang, ketika melihat bayinya diangkat dari runtuhan tersebut.
Sonies segera dihantarkan ke Hospital berhampiran. Dokter yang memeriksanya mengatakan, ia hanya mengalami luka ringan pada bahagian pahanya sahaja, manakala yang lainnya baik sahaja.
Berita terselamatnya Sonnies yang merupakan "Bayi Ajaib" adalah satu berita yang baik ketika Nepal sedang berduka dan memberi harapan baru bagi orang yang di dekat mereka.
No comments:
Post a Comment