Trending

Friday 1 May 2015

Kit antihisteria UMP ravvat gangguan makhluk halus


Universiti Malaysia Pa-hang (UMP) memperke-nalkan kit antihisteria yang dapat membantu mera-wat gangguan makhluk halus yang sering dialami pelajar. Kit yang mengambil masa tiga tahun untuk dihasilkan, dilengkapi peralatan seperti penyepit jari, asid formik, pe-nyembur lada hitam, garam, limau dan cuka yang sering digunakan untuk menghalau makhluk halus daripada tents mengganggu pesakit.

Allahan makhluk halus Naib Canselor UMP, Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim, berkata semua barang yang digunakan dalam kit berkenaan adalah elemen yang memberi alahan kepada makhluk halus. "Dalam al-Quran dan hadis ada dinyatakan mereka' ini alah pada benda masin (ga-ram), masam (limau dan cuka) serta yang pedas seperti lada hitam. "Selain itu, penyepit digunakan untuk menyepit jari mangsa, manakala asid formik berfungsi seperti air panas un-tuk disemburkan di tempat makhluk halus berada, na-mun tindak balas asid formik ini lebih baik berbanding air panas," katanya pada sidang media pelancaran kit antihis-teria di Kementerian Pendi-dikan, di sini, semalam. • Daing Nasir berkata, sera-mai tiga penyelidik UMP serta seorang ahli perubatan Islam dari Pusat Rawatan Islam Ma-narah terbabit dalam penye-lidikan dan pihaknya sudah menjalankan percubaan di se-banyak 11 sekolah seluruh ne-gara yang pelajarnya sering  mengalami histeria.


Patuh syariah "Barang dalam kit itu juga su-dah lama digunakan bagi uru-san menyembuhkan pesakit, cuma kita memberi sedikit pembaharuan bagi memudah-kan urusan. Ia juga patuh sya-riah serta bebas daripada se-barang perkara yang berbentuk metafizik, tahyul atau khurafat yang menyesatkan," katanya. Kit itu dijual pada harga RM8,750 merangkumi kursus dan latihan bagi dua orang untuk menggunakan produk berkenaan, khidmat rawatan pakar jika kes tidak selesai, rawatan lanjut bagi kes kronik, tiga kali isian semula bara-ngan dalam kit, sesi ceramah, kos pengurusan risiko dan ke-selamatan serta khidmat na-sihat atas talian. Selain itu, UMP mempertim-bangkan untuk menubuhkan sebuah Makmal Perubatan Is-lam bertujuan mengembang-kan kajian ilmiah dan saintifik dalam bidang berkenaan.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts