Dalam kursus yang diberi, kami perlu tanam pokok tumpang dahulu untuk dijadikan tempat vanila bergantung. Gambar di atas adalah pokok tumpang yang kami tanam. Kalau kawasan Batu Kurau ni kami panggil pokok pagar.
Ini gambar keratan batang vanila yang sudah siap ditanam. Alhamdulillah kebanyakan vanila yang ditanam tumbuh dengan sihat pada peringkat awal penanaman. Macam mana nak tahu vanila sihat ke tak? Haa..tengok gambar dekat bawah ni.
Ini juga salah satu tanda pokok vanila yang sihat. Akar angin (warna hijau muda) ada banyak yang dah mula turun mencari tanah. Akar ni yang akan beri sumber makanan kepada pokok vanila.
Tapi keadaan vanila yang sihat segar bugar ni tak tahan lama. Hujung tahun 2012, kebanyakan pokok vanila menunjukkan tanda-tanda bermasalah. Antara tanda-tandanya ialah daun kekuningan, batang kering dan hitam, tiada akar angin yang keluar. Masalah ni kemungkinan disebabkan oleh kekeringan. Hujung tahun 2012 hujan kurang dikawasan kebun. Jadi vanila tidak mendapat sumber air yang mencukupi.
Saya cuba cari sumber dari internet untuk atasi masalah ni. Akhirnya saya terjumpa satu blog yang cerita tentang dia pergi melawat ke ladang vanila ni Kampung Teris, Pahang.
2 blog ni yang beri kami idea untuk cuba letakkan sabut di bahagian bawah pokok tumpang. Tujuan sabut diletak adalah untuk serap air dan simpan kelembapan untuk beri sumber air kepada vanila terutama musim kering.
Lepas dah isi sabut ni, alhamdulillah kebanyakan pokok vanila menunjukkan perubahan positif. Banyak yang dah mengeluarkan akar angin. Harap-harap perubahan ni akan terus positif :)
Itu saja setakat ini. Jumpa lagi.
hantu raye berkata... boleh terangkan lebih lanjut tentang tanaman vanila ini? berminat dengan tanaman yang dinyatakan. - bagaimana dengan penjagaan? - kesesuaian suhu dan tanah bagi menanam pokok vanila ini? - biji benih nak dapat dari mana? - bagaimana untuk membuat penjagaan adakah sama seperti menanam pokok lada dan sayuran? jika tak keberatan dapat menghubungi dengan call atau whatsap di talian 019-7217746 (ayie @ hantu raye)
ReplyDeleteMine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto