Dipercayai, orang-orang Totonaca Mexico adalah yang pertama penemui vanila. Mereka percaya buah eksotik ini telah diberikan kepada mereka oleh para dewa, dan terus mengusahakan vanila hari ini.
Pada abad ke-14, di Sepanyol menyaksikan Moctezuma, Maharaja Aztec, melumatkan buah vanila, menggabungkannya dengan coklat dan menjadikannya sebagai minuman dalam gelas emas yang paling terhormat untuk tetamu. Pada pertengahan abad ke-15, vanila telah diimport ke Eropah untuk digunakan sebagai ramuan dalam pembuatan coklat.
Peneroka Eropah, pegawai botani dan penyelidik meneroka hutan Amerika Tengah dan Selatan, sehingga menjadikan buah vanila dikenali umum di Eropah. Di Eropah mengikuti contoh dari puak-puak di Dunia Baru menggunakan buah vanila dalam pengeluaran ubat-ubatan,kosmetik ,perasa makanan dan sebagai rangsangan saraf (aromaterapi seperti essential oil ). Mereka juga menemukan beberapa kegunaan mereka sendiri, termasuk perasa kepada produk tembakau. Namun dengan kemajuan sains dan teknologi, vanilin dari buah vanila kini banyak digunakan dalam industri makanan, perubatan, wangian, cat, tayar dan sebagainya.

Pada awal 1800-an tanaman vanila tumbuh di botani sekitar Jerman dan Perancis. Dari Eropah, vanila diangkut ke Reunion, Mauritius dan Republik Malagasi. Dalam jajahan tropika baru, tenaga kerja kanak-kanak diperlukan bagi pendebungaan menggunakan tangan untuk menghasilkan buah vanila.
Dari saat ini, tanaman vanila dibawa ke Indonesia, Seychelles, dan Kepulauan Comoros. Pada sekitar waktu yang sama, vanila diperkenalkan sebagai tanaman di Martinique dan Guadeloupe di Caribbean.

Hari ini, buah vanila tumbuh dalam 20 darjah utara dan selatan Khatulistiwa di kawasan tropika di dunia seperti Madagascar, Indonesia dan Malaysia. Negara-negara lain di Pasifik yang membekalkan vanila dunia termasuk Papua New Guinea, Tahiti, Filipina, Fiji, Tonga, India, Guatemala, dan Costa Rica.
Permintaan vanila di pasaran global adalah sangat tinggi sehingga mencecah 18,000 MT setahun. Pada masa yang sama menurut sumber FAO pengeluaran vanila dunia dari tahun 2000 hingga 2006 adalah sebanyak 6,000 – 10,000 MT sahaja. Ini menjadikan Projek Tanaman Vanila yang dianjurkan MOV Plantation mempunyai prospek sangat cerah. Harga pod kering vanila di pasaran antarabangsa boleh mencapai USD50 hingga USD100 sekilogram.
No comments:
Post a Comment