Trending

Friday 3 July 2020

Durian Khun poh dan durian D15




Bercerita tentang Dua jenis durian yang saya dapat Cuba semalam dekat bukit mertajam pulau pinang. Gerai ini direkomen oleh pekerja hotel yang saya tinggal . Perbualan mengenai durian bermula apabila saya check in ke hotel tersebut Dan dia Tanya tujuan saya KE penang Kali ini . Dia kemudian memperkenalkan kawan baiknya
Chongwei Richard Koh
yang kebetulan merupakan seorang tauke gerai durian di bukit mertajam. Harga di gerainya agak berpatutan Dan mempunyai banyak jenis buah durian untuk dipilih. Gambar pertama ialah durian Khun poh. Warnanya memang cantik Dan rasanya lebih kepada manis daripada pahit tetapi terdapat aroma yang sangat istimewa sehingga saya asyik makan durian ini tanpa henti. Durian yang mesti dicuba kalau Ada peluang. Gambar kedua Pula ialah durian D15. Aromanya juga agak kuat Dan mempunyai rasa pahit manis . Isinya lembut tetapi mempunyai sedikit kekerasan dalam 5% mungkin disebabkan oleh Baja yang digunakan oleh penanam durian. RM50 untuk Dua biji durian amat berbaloi bagi saya. Sekali lagi saya berpuas hati dengan kualiti durian yang saya makan. Boleh singgah KE sini untuk dapatkan durian dengan harga berpatutan Dan telefon no yang tertera di kad untuk mendapatkan lokasi gerai durian tersebut. 😊😊😊

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts