Trending

Friday, 3 July 2020

POKOK DURIAN KAHWIN SANDING INARCHING



Dalam satu pokok: satu dahan buah monthong/bantal emas dan satu lagi dahan buah cheni.
POKOK DURIAN KAHWIN SANDING/INARCHING
Dari pembacaan, cantuman secara sanding atau inarching anak pokok durian, tiga pokok dlm satu lubang, boleh membuat pokok yg di semai dari biji, mula berbunga seawal 5 tahun. (dgn pembajaan yg betul). Ini adalah kerana 'strong root systemnya'.
Saya guna biji benih dari durian yg dibeli. Bila dah besar dlm satu setengah kaki, saya tanam 3 pokok dlm satu lubang, tapi yg ini, hanya 2 pokok yg hidup.
Caranya: Saya buat torehan sepanjang 1 1/2 inci pd setiap batang dan cantum ketiga2 batang ni menggunakan tali. Bila batang2 ini dah bercantum baru tali dibuang. Ranting kat atas lepas cantuman anak2 pokok ini saya tak potong, dibiarkan saja. Pokok tersebut mula betbunga selepas 5 tahun ditanam. Sekarang pokok tersebut telah berbuah. Ranting dibelah kanan naik tinggi dan buahnya dari variti monthong sementara dari ranting dibelah kiri rasanya variti cheni.
Dahan sebelah kanan monthong buahnya sangat sedap gambar 2, 3, dan 4. Buah dari sebelah kiri dahan rasa macam buah cheni lah (gambar 5, 6).



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts