Trending

Thursday, 21 May 2020

Potensi Tanaman NENAS MD2 Untuk 1 Ekar Tanah 15000 sulur


Ramai kawan2 yang berminat menanam NENAS MD2 sbb pulangannya yang agak lumayan dan lebih tahan lasak berbanding nenas lain.
Namun kita perlu TAHU 3 aspek penting sebelum memulakan PROJEK tanam nenas untuk elak kerugian yang lebih besar.
1. IKLIN / CUACA
Cahaya dari 8am -5pm adalah faktor paling PENTING untuk menentukan kemanisan nenas. Suhu yang paling sesuai adalah 30 darjah celsius.
Berdasarkan satu kajian, kekurangan cahaya matahari boleh menyebabkan hasil tuaian merosot sebanyak 10-20 peratus.
Kekurangan cahaya matahari pada nenas boleh menyebabkan kandungan ASID berlebihan berbanding gula, sebab tu BUAH nenas jadi ASAM.

2. HUJAN /AIR
Nenas tergolong sbg tanaman kontan yang tahan kemarau, jika air berlebihan akibat hujan berlarutan, ia boleh menyebabkan nenas mengalami penyakit reput pangkal
Nenas tidak perlu disiram dengan kerap, cukup memadai di siram oleh embun pagi dan air hujan. Bergantung pada keadaan jika kemarau berterusan baru lah di siram.
3. TANAH
Nenas tumbuh di kebanyakan tanah di Malaysia seeprti tanah meneral dan tanah gambut. Pastikan tanah yang di pilih tidak menakung air.
POTENSI TANAM NENAS 1 EKAR
Sebaiknya saya sarankan anda tanam menggunakan plastik SILVERSHINE untuk mengurangkan kos merumput. 1 ekar boleh tanam sekitar 15,000 sulur anak nenas.
Katakan 1 ekar = 15,000 pokok (sulur)
1 biji nenas beratnya sekitar 2kg (2kg x 15k = 30,000kg
contoh kita jual 1 kg rm3 (harga borong)
30,000 kg x 3 = rm90,000 untung kasar untuk 1 ekar (15,000 sulur)
Jika ditolak kos membeli bibit dan lain2 kos, katakan tolak separuh, kita masih untung rm45k
Nenas boleh berbuah 3 kali dalam satu musim. Maknanya selepas pokok berbuah sekali, biarkan 1 anak nenas tumbuh di celah2 daun, ia berbuah lebih cepat dari musim pertama.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts