Trending

Thursday, 21 May 2020

Potensi Pendapatan Tanaman Durian MUSANG KING King Untuk 1 Ekar Tanah


Ramai yang bertanya, berapa potensi pendapatan tanam durian MUSANG KING untuk 1 ekar atau 0.404686 hektar.
Ini satu soalan yang bagus. At lease anda tahu berapa bajet yang perlu di keluarkan dan KEUNTUNGAN yang ingin anda ingin CAPAI.
Tapi jika tiada sebarang tindakan untuk BERMULA, semuanya tinggal angan-angan mat jenin. Jika anda mahu jadi petani berjaya, kenalah SET goal atau MATLAMAT untuk jangka masa tertentu.
Contohnya, jika anda mahu dapatkan INCOME sebulan sebanyak RM105k semusim dengan menjual durian MUSANG KING, anda kena mula tanam dari hari ini.


1 EKAR TANAH BOLEH JANA RM105K SEMUSIM. BEGINI KIRAANNYA
1 ekar tanah BUKIT boleh tanam 50 pokok Musang King
Andaikan 1 pokok berbuah 30 biji durian
1 biji durian mempunyai berat purata 2kg
50 pokok x 30 biji = 1500 biji
1500 biji x 2 kg = 3000 kilogram
3000 kilogram x rm35 = RM105,000 pendapatan semusim (belum tolak kos membaja, benih dan lain-lain)
ini baru 1 ekar, bayangkan jika anda tanam 10 ekar atau 20 ekar. Kiralah sendiri.


Tidak hairanlah pengusaha-pengusaha durian di Raub contonya, meraih JUTAAN ringgit semusim dan hanya seorang PETANI. 
Tapi, nak jadi petani BERJAYA kena ada ILMU. bukan main hentam sahaja. Kecuali tanam untuk suka-suka dan makan sendiri.
Sekadar artikel murahan, abaikan jika tidak setuju.
Jika anda rasa artikel ini BERMANFAAT, jangan lupa SHARE di fb anda terima kasih – Sifudurian
Kredit pic Dusun Tok Bak/Harian Metro

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts