6 FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG CEKUR FERTIGASI
1. Ramai yang tidak tahu tanaman cekur ini mampu menjana pendapatan lumayan jika diusahakan dengan sungguh-sungguh. Ia satu peluang pertanian yang ditinggalkan.
2. Ubi cekur dijual RM25 sekilo. Daun cekur pula dibuat ulam RM15 sekilo. Harga borong ubi cekur adalah RM13-15 sekilo manakala daun cekur harganya RM 6-8 sekilo.
3. Cekur atau kencur ini dibuat ulam dan dicampurkan dalam masakan orang jawa. Banyak manfaat dan kelebihan cekur ni sebenarnya. Tapi Tak ramai yang tahu potensinya
4. Antara manfaat cekur adalah melancarkan haid, mengecutkan rahim lepas bersalin, mengurangkan bengkak, melegakan batuk, merawat saraf dan sendi, buang angin, muntah dan banyak lagi.
5. Seorang petani, encik Bahar menanam lebih 10 ribu polybeg cekur. Setiap hari beliau tuai. Satu polybeg jika dijaga dengan baik boleh menghasilkan lebih 3 kg dalam masa 4 bulan daun cekur. Manakala ubinya perlu tunggu 8 bulan. Jika tanam di tanah perlu tunggu 1 tahun, daun tidak cantik.
6. Sistem Fertigasi Cekur boleh di intergrasikan dengan tanaman lain seperti sayur yang memanjat iaitu kacang panjang, timun dan sebagainya. Di bawah kita tanam cekur kat atas boleh dapat hasil tanaman lain dua musim sebelum cekur jug di tuai.
Permintaan yang tinggi sehingga 100 kg seminggu mendorong beliau mahu benanam lebih banyak cekur. Jika berminat dengan benih cekur fertigasi bolehlah hubungi encik Bahar di talian 0137999415
No comments:
Post a Comment