Trending

Thursday, 21 May 2020

Baja Subur TERBAIK Untuk Pokok DURIAN Selepas Di Tanam Supaya Cepat Berbuah


Anda kena ingat, pokok ni makhluk hidup seperti manusia, perlu diberi makanan seperti air, matahari dan BAJA untuk hidup dan membesar.
Ramai yang tanya BAJA jenis apa yang sesuai digunakan supaya pokok seperti durian cepat membesar dan berbuah.
Artikel malam selasa ini saya kongsikan jenis baja yang perlu anda gunakan untuk TUMBESARAN pokok durian.
Ramai pekebun menggunakan baja butiran yang tertera tulisan NPK pada bungkusan seperti :15-15-15 atau 12-12-17 atau 13-13-21.

APA MAKSUD BAJA NPK ?
N bermaksud Nitrogen : Baja untuk daun
P bermaksud Posphorus: Baja untuk akar
K bermaksud Kalium (Potassium) : Baja untuk buah/bunga
Jika pada baja NPK 12-12-17, bermaksud mempunyai kandungan:
Nitrogen:12%,
Posphorus:12%
Kalium (Pottasium):17%.


Baja yang perlu anda GUNAKAN untuk tumbesaran pokok durian adalah baja yang tertera tulisan NPK 15-15-15, atau 16-16-16+te kerana kandungan nutrien adalah sekata dan amat sesuai untuk tumbesaran pokok yang baru ditanam.
Cara penggunaannya adalah baja tersebut perlu di TABUR pada pangkal pokok SEKALI dalam setiap 3 bulan atau 4 kali setahun.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts