Trending

Monday, 7 October 2019

RUMITNYA TANAM DURIAN


RUMITNYA TANAM DURIAN
AWAS !! Panjang Berjela..
Sebenarnya saya sangat teruja apabila posting fb saya yang lepas dikongsikan oleh rakan-rakan fb sebanyak 21 shares. Share terbanyak untuk posting fb saya.. tentunya rakan-rakan fb inginkan posting-posting yang berilmiah dan saling mendapat manafaatkan jadi posting yang ni saya target 30 shares, kalau kurang saya tak tulis dah lepas ni.. hanya posting-posting biasa untuk fb je lah...
Kenapa tajuk saya RUMITNYA TANAM DURIAN?
Ramai yang datang berjumpa dan ramai yang ingin menanam durian tetapi lebih 70% adalah ingin gunakan sistem tradisonal 3T Tanam Tinggal Tuai. Kenapa saya katakan Sistem Tradisional 3T? Mak ayah atau datuk nenek kita dahulu menanam pokok buah-buahan untuk kita dan anak-anak merasa selepas mereka tiada nanti dan inilah yang diamalkan oleh mereka. Mereka tanam, dan mereka mengharapkan pokok tersebut hidup dan akan keluarkan hasil, ia sudah cukup bagus bagi kita untuk merasa nikmat buah-buahan setelah tiba waktu musim nanti. Namun dalam dunia sekarang yang mengelaskan Pertanian Ini Adalah Perniagaan ianya tentu banyak berubah, Sebagai petani malah Usahawan juga perlu berubah bukan? Nak dapat RM13500 utk 8 pokok sahaja? Sepokok anda akan perolehi RM1687.50, kos baja, foliar etc anda perlu labur sebanyak RM307 semusim. Bolehkan? Dan tips yang terdahulu saya telah tulis kan…
Tips untuk posting kali ni adalah bab pengairan… Ingat ye pokok dewasa memerlukan kira-kira 327 liter air sehari, banyak bukan… banyak ler pulak airnya… Sebab itulah saya katakana RUMITNYA TANAM DURIAN. Nak hasil berkualiti bukan… Mari saya kira berapa besar kolam yang anda perlu bina untuk seekar tanaman durian? Seekar tanaman durian kita dapat menanam kira-kira 27 pokok dengan jarak tanaman yang dicadangakan 40kaki x 40kaki. Susahnya kita ekar guna hektar guna, kaki guna, meter guna… aduh…
27 pokok dengan keperluan air maksimum bagi dewasa adalah sebanyak 327 liter sehari (saya bundarkan menjadi 350 liter, lebih xpe jangan kurang.) 9450 liter air diperlukan sehari bagi volume air. Jadi gunakan formula
Vl = 1000 X Vm³.
Kita perlu membina kolam sekurang-kurangnya berkapasiti +- 10m³ untuk seekar tanaman. Jadi anda perlu gali kolam sedalam 1.5 meter dengan panjang kolam 3meter dan lebar 2.25meter (2.25meter X 3meter X 1.5meter) untuk mendapat volume air bagi kolam tersebut berjumlah 9450liter. Makin luas ladang kita maka makin besarlah kolam yang perlu untuk menakung air bagi keperluan pengairan pokok-pokok durian kita. Mr Lim salah seorang Rakan Industri di Raub pernah mengatakan jika kita menanam 10 ekar durian kita perlu menyediakan rezab 1 ekar untuk kolam takungan bagi pengairan, lagi mudah bukan sifir Mr Lim 9:1 settle masalah pengairan xpayah susah-susah kira macam saya.
Ingat, dalam pertanian kita perlu sentiasa pegang prinsip ABC
AIR
BAJA
CAHAYA
Wassalam, sampai jumpa lagi, belum habis bab A ni
Bilik saya
9.05am





Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts