Trending

Friday, 25 October 2019

LUMRAH KEJADIAN BAHAWA OBAT YANG MUJARAB PASTI NYA PAHIT


Bismillahirrohmanirrohim ..!!
Sekadar "ulang bicara" untuk Muhasabah di pagi Jumaat yang Barokah ini.
WAMA ‘ARAFA NAFSAHU FAQOD ‘ARAFA RABBAHU”
Barang siapa *mengenal (NAFSU) diri sendiri, sesungguhnya ia mengenal TUHAN. (Makrifatullah)
* Mengenal dan menyucikan kekotoran ** 2 dari 7 martabat Nafsu@Jiwa nya) ..
1. ** Nafsu@Jiwa AMMARRAH
2. ** Nafsu@Jiwa LAWWAMMAH
3. Jiwa@Roh MULHIMMAH
4. Jiwa@Roh MUTMAINNAH
5. Jiwa@Roh RADHIAH
6. Jiwa@Roh MARDIAH
7. Jiwa@Roh KAMIL MU KAMIL.
Sabda Nabi ::
Awaluddin Makrifatullah
seawal beragama Mengenal Allah.
** Makna nya sebelum mengenal Allah maka hakikat nya kita sedang mencari "agama Allah" kerana Agama ALLAH adalah setelah Mengenali ALLAH. .
Fikir fikir kan lah ...
Kalau kita masih senang untuk menambah kan kekotoran hati daripada bersusaha payah berusaha membersihkan kekotoran hati demi melaksanakan Syariat Batin dari sunnah Nabi Muhammaad supaya "terbimbing" jiwa kita untuk "MENGENAL ALLAH" sebagaimana kita "cuba" lakukan syariat lahir dari sunnah Nabi, yang dicontohi "sunnah" lahir dan batin Nabi oleh para sahabat Nabi seterus nya yang dicontohi para Sufi dan Para Wali Allah dan oleh semua yang hakikat nya dikatakan "hamba" allah sejak zaman berzaman untuk MENGENAL ALLAH bagi mendapat STATUS SEAWAL BERAGAMA yang dikehedaki tatacara kehendak Allah dari maksud Firman "Awaluddin Makrifatullah" itu.
Maka siapa kah kita antara 73 Golongan yang dimaksudkan Rasulullah ..!!
Sebagai mana diriwayatkan, antara nya oleh Abdullah Ibnu Amru yang meriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda :
Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di dalam kekuasaan-Nya, umatku akan berpecah kepada 73 golongan, maka satu golongan masuk syurga dan 72 golongan yang lain masuk neraka, maka para sahabat bertanya siapakah mereka yang Rasulullah?
Nabi bersabda:
Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah”.
_ Al Jamaah yang mengikuti sunnah lahir dan batin nya Rasulullah _
** Antara maksud "syurga" adalah mendapat bimbingan kearah "siratalmustakim" yang senantiasa kita mohon dalam setiap kali bacaan Alfatihah kita.
*** Bila sebut "sunnah" maka wajib bergabung "perilaku" nya yang lahiriah dan yang bathin Nabi Muhammad untuk melepaskan kejahatan kejahatan Nafsu Amarrah yang bermaharaja dalam diri kita umpama nya _ takabur, bangga diri, tidak sabar, suka mengkritik (menghina), adu domba, gemar makanan dan pakaian pelbagai, berperangai jahat, tidak senonoh, tiada budi bahasa, dengki, khianat, riya, mencari kemewahan tidak halal, memfitnah@menyebar fitnah dan lain lain sifat tercela ..
Semua kejahatan nafsu tersebut wajib "diusahakan" membuang nya agar terbuka sedikit jalan dari hijab" untuk menuju kepada Nafsu Lawwammah yang sikit lebih baik sifat nya namun masih tercela pada sisi allah kerana belum ada sinar MAKRIFATULLAH pada jiwa ini sehingga boleh menuju pula kepada maqom yang seterus nya ia itu kepada Jiwa@Roh Mulhimah sebagai TAPAK bermula nya cahaya MAKRIFATULLAH pada jiwa sesaorang yang dikatakan HAMBA ALLAH sebelum berjaya mendapat ROH YANG MUTMAINNAH (Jiwa yang tenang) yang dijanji kan allah berada Syurga "Jannah" .. !!
Firman Allah..
Yaa ayyatuhan nafsul muthmainnah
irji’ii ilaa Rabbiki
raadhiyatan mardhiyyah
Fadkhulii fii ‘ibaadii
wadkhulii jannatii
“Hai jiwa yang tenang
Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan hati puas lagi diridhai, Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu (dan) Maka masuklah ke dalam surga Ku.”
Sekadar ini sahaja sebagai ulangan untuk hamba, anak anak dan saudara dunia akhirat hamba jadikan nya pagi ini sebagai anak tangga ke arah MUHASABAH sempena Jumaat yang barokah ini.
"LUMRAH KEJADIAN BAHAWA OBAT YANG MUJARAB PASTI NYA PAHIT"
Sabun nya segala kekotoran itu adalah dengan kalimah ...!!
Laa ilaa ha ilalllah ... atau
Allah allah allah
Insyaallah ..!!
Barokallah hu hu hu haq ...


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts